Wednesday, July 28, 2010

Malam Bulan Penuh Di Bulan Syaaban


Malam bulan penuh syaaban atau malam nisfu sudah berlalu...ada yang sempat menadah surah yasin di masjid dan surau....ada yang tidak...apapun, segalanya terpulang...namun bulan penuh di bulan syaaban ternyata amat meriah sambutannya. Teringatku semasa kecil dulu...berpetang-petang lagi dah ke masjid...sambil membawa sebotol air (kadang-kadang sampai 3 botol) untuk dijadikan air yasin....selepas itu berlumba-lumbalah mengejar pak imam membaca yasin 3 kali dalam jurang Maghrib dan Isyak itu....dan di akhir acara, pastinya ada acara makan-makan yang disediakan pihak masjid..hmmm, apapun cara sambutannya...biar berbeda sekalipun caranya....sang purnama tetap pada fasanya yang sama setiap tahun...putih cerlang dan indah dipandang!!! Malam nisfu yang lalu, tika dalam perjalanan pulangku dari Bukit Mertajam ke Jelutong, sang purnama kelihatan begitu klasik tika ia mula mendaki langit Timur....bagai terpenjara di tengah-tengah tompokan awan...dengan wajahnya yang sedikit kelam...ia menggagahi jua sambil membentuk sedikit halo dalam ruang yang sempit...ah, begitu klasik ku rasakan tika itu...andai...hmmm...andai kupunyai DSLR yang mantap...nescaya wajah purnama klasik itu pasti ku penjarakan di album falakpenang....hampir sejam keadaan itu...sehinggalah sang purnama berjaya meloloskan dirinya dan menguasai keseluruhan langit malam....di malam bulan penuh di bulan Syaaban....

Tuesday, July 20, 2010

Jom amik gambar bulan!!!


Malam tadi wajah bulan amat nyata sekali....putih cerlang dan cantik dipandang. Patutlah sang pungguk senantiasa dikaitkan dengan sang bulan yang indah itu....untuk peminat falak, ini saatnya untuk kita sama-sama memfotokan wajah bulan separa....walau cahayanya terang...kontras daerah gelapnya bakal membangkitkan wajah kawah dan kerak bulan....lurah Tyco pun kurang memantulkan cahaya tika ini...jadi anda mampu menganggarkan kedalamannya lurahnya itu...tak perlu kamera mahal seperti DSLR...hanya kamera kompak dan sebuah teleskop...wajah bulan amat mudah dirakamkan....bagi pengguna Nikon kompak seperti saya...cuma off je flash dan turunkan exposure compensation serendah mungkin!!!! Nantikan hasilnya....di atas, saya tunjukkan wajah bulan yang saya rakam menggunakan Nikon L14 compact sebelum ini....

Wednesday, July 14, 2010

Istiwa Adzam 16 Julai ini

Jumaat ini, 16 Julai 2010....matahari akan sekali lagi berada di atas Kaabah....di mana semua bayang yang terjadi tika itu akan menghala ke Kaabah. Ini suatu peluang untuk kita menyemak semula rah kiblat kita....fenomena ini akan berlaku sekitar jam 5.28 petang....anda boleh menyemak arah kiblat tempat anda dengan melihat ke objek-objek tegak seperti tiang, dinding dan sebagainya....selamat mencuba.

XPDC Rukyah Hilal @ Pulau Perhentian



Xpdc rukyah hilal Syaaban kali ini benar-benar mengujakan...apa tidaknya...untuk sampai ke Pulau Perhentian Kecil pun ada yang kegusaran di lambung ombak...dengan bot laju yang mengerutkan dahi....hajat mengelih anak bulan diteruskan jua. Bermula jam 6 petang lagi...sambil santai-santai dengan oren jus ditangan...sessi mencari tapak dan mendirikan alat bermula. Tika mentari mula berlabuh....sang awan nakal turut mengekori...sama bermain di kaki langit barat. Ah...berpeluh semua pencerap...hajat memecah rekod lebur begitu saja...bagai Belanda yang terlepas World Cup lagaknya....apapun...ia pengalaman menarik...kerana menjejak hilal memang senantiasa tak semudah yang disangkakan.....

Bengkel Standard Arah Kiblat Peringkat Kebangsaan


Team falakpenang telah menghadiri Bengkel Standard Arah Kiblat di ILIM Wilayah Timur, Besut pada 10-12 Julai 2010. Bengkel yang turut dihadiri semua pegawai falak negeri seluruh Malaysia berjaya mencapai beberapa kata sepakat dalam menyeragamkan kaedah penentuan dan pengesahan arah kiblat di Malaysia. Terima kasih buat semua yang sudi berbengkel...teruja juga melihat langit Besut yang saban malam menghidangkan wajah Sang Scorpion...dengan jaluran kelabu lengan Bima Sakti yang menakjubkan.

Tuesday, July 6, 2010

Biar Falak Berbicara (9)

Ah, agak lama falak menyepi dari laman ini....selepas kekalutan masa yang bertimpa-timpa..disusuli dengan kemalangan kecil...laman ini bagai tiada daya upayanya. Bermula dengan Karnival Falak pada 26-27 Jun di Masjid At-Taqwa, Tmn Bertam Indah, KB...disusuli dengan persidangan balaicerap Malaysia di Hotel Seri Malaysia, KB pada 28 Jun, aku berangkat ke ILIM Bangi pada keesokan harinya (29 Jun) sehingga 1 Julai kerana menyertai kursus falak Rubu Mujayyab. Agak memenatkan, namun segalanya bagai direncanakan terlebih awal oleh Yang Maha Esa. Gerhana bulan separa yang berlaku pada 26 Jun lalu pun tak dapat dicerap kerana cuaca yang mendung dan berawan. Kehadiran jemaah yang menbanjiri setiap inci Masjid At-Taqwa malam itu bagai teruji dengan cuaca yang mengecewakan. Rata-rata yang ingin mencerap gerhana ternyata sedikit terusik jiwanya, namun tuntutan sunat solat gerhana dan mendengar khutbah dilangsaikan jua. Apapun,perencanaan kita sebagai hamba tak mungkin pernah selalunya sama dengan perencanaan Yang Maha Merencanakan. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih pada yang membantu krew falakpenang menjayakan Karnival Falak P.Pinang tempoh hari...