Thursday, May 19, 2011

Pertandingan Pidato Falak Sekolah Menengah Angkat Falak JMNPP Sempena Konvensyen Dan Ekspo Astronomi @ USM 2011

Satu pertandingan pidato falak antara sekolah menengah angkat JMNPP akan diadakan pada 7 Julai 2011 bersempena Konvensyen Dan Ekspo Astronomi @ USM 2011. Setiap sekolah hanya boleh menghantar seorang peserta sahaja dan dikehendaki memilih salah satu daripada tajuk berikut :
1. Kepentingan Ilmu Falak Dalam Mencapai Kesempurnaan Ibadah Orang Islam
2. Sheikh Tahir Jalaluddin : Sumbangannya terhadap Perkembangan Ilmu Falak di Malaysia
3. Hujan Meteor ; Kaitan Antara Al-Quran Dan Sains
4. Menyingkap Ketokohan Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi
5. Rahsia Dan Hikmah Penciptaan Alam Menurut Perspektif Falak.

Tarikh Tutup penyertaan ialah 27 Jun 2011...sila sahkan penyertaan anda melalui surat yang akan dihantar JPN. Hadiah Pertama RM 200.00, Hadiah Kedua RM 150.00 dan Hadiah Ketiga RM 100.00...peserta juga akan diberikan sijil penyertaan...jom raikan falak...

Tuesday, May 10, 2011

Sambutan Minggu Astronomi Antarabangsa Petrosains @ Aeon Jusco, Bandar Baru Perda, BM


Team falakpenang telah dijemput memeriahkan Sambutan Minggu Astronomi Antarabangsa Petrosains di Aeon Jusco bandar Baru Perda Bukit Mertajam pada 6 hingga 8 Mei 2011 lalu. Pelbagai aktiviti termasuk pameran falak, pertunjukan simulasi langit StarLab, permainan minda sains, pencerapan matahari, bulan dan planet serta pertunjukan sains buih oleh Unit Penyelidikan Ilmu Falak, USM. Tahniah diucapkan kepada petrosains atas usaha memperkenalkan ilmu falak astronomi kepada masyarakat setempat dan diharapkan usaha murni ini akan berterusan sehingga ke masa hadapan.

Cerapan Hilal Jamadil Akhir 1432H

Majlis Cerapan Hilal Jamadil Akhir 1432H kali ini dilaksanakan bersama sifu-sifu falak dari Unisza iaitu Dr Baharrudin, En Syahril Hirman dan Cikgu Ahmad Taufan. Team falakpenang bersama-sama team falakkedah dan team Unisza melakukan pencerapan hilal di Pantai Merdeka pada 4 Mei 2011. Cuaca amat tidak mengizinkan dengan awan setebal 3 darjah menutupi matahari terbenam sehingga ke akhirnya...apapun, terima kasih atas usaha sifu-sifu falak yang sudi sama-sama mencerap pada hari tersebut.