Friday, August 26, 2011

Salam Idul Fitri 1432H

Dalam kekalutan mengejar Lailatul Qadr dan melangsaikan persiapan lebaran...sedar tak sedar..kita telah sampai kepada hari ke-26 Ramadan 1432 ...dan Idul Fitri pula akan mula menjengah beberapa hari lagi...tersentak jua dengan beberapa isu falak kebelakangan ini...yang pastinya hadir dari kekurangan ilmu dan kesalahfahaman tentang beberapa perkara...entah mengapa langsung tak terlintas untuk menjawab persoalan-persoalan yang bagiku 'karut belaka'. Omongan tentang peristiwa bulan mengelilingi kaabah dan hari raya berbeza antara semenanjung dan sabah sarawak bagiku tada apa-apa sangat....mungkin masyarakat mula 'alert' dengan ilmu falak...mula celik mata dengan apa yang dilakukan 'pekerja-pekerja falak' sepertiku...dan apabila orang baru nak MULA celik atau baru nak MULA 'alert'...pastinya pengetahuan tak se'masak'dan sedalam guru-guruku yang telah lama bergelumang dalam dunia
'kefalakan' ini...orang baru nak bermula la katakan...lalu aku biarkan saja...setelah melihat beberapa sahabat falak mula memperjelaskan isu tersebut...termasuk beberapa guru falakku sendiri....apapun, lapangkan hati...bukakan minda...sama-sama kita menyambut hari kemenangan pada 1 Syawal nanti dengan penuh ikhlas hati dan baik sangka sesama Islam...Selamat Hari Raya buat semua...Maaf Zahir dan Batin....moga bermanfaat...raikan falak...

Monday, August 22, 2011

Dari Kaca Asap Ke Hidrogen Alpha Filter,Dari Padang Lalang ke Jiaxing, Dari Al-Irshad ke Maldives

Teringatku semasa zaman kanak-kanak dulu...bila saja berlaku kejadian 'matahari sakit', saya akan tercari-cari serpihan kaca di tempat buangan sampah...nyala pelita minyak tanah dan asapkan ia agar menjadi sedikit gelap....kata orang tuaku...itulah caranya utuk melihat 'matahari sakit' tanpa menyakitkan mataku. Zaman mula berubah dengan kehadiran kamera berfilem...dan ketika itu juga filem kamera digunakan untk melihat matahari sakit. Pada zaman kanak-kanakku, tidak terlintas untuk mengadakan solat sunat atau perkara-perkara sunat lain sebagaimana dituntut. Mungkin kerana maklumat tentang kejadian gerhana atau matahari sakit ketika itu belum meluas.
Menelusuri alam persekolahan, seingat aku hanya sekali aku bersolat sunat tika matahari sakit. Kalau tak salahku, sekitar tahun 1988 di SMKA Al-Irshad...masih di tingkatan 2 ketika itu...hanya menurut saja ustaz dan kawan-kawan melaksanakan solat sunat gerhana. Tika itu solat diadakan di atas gelanggang tenis...(hari ini, tapak gelanggang tenis dan bola tampar telah tiada di SMKA Al-Irshad kerana dibina dewan besar di atasnya)...ketika itu masih jua tiada teleskop..tiada filter mylar atau thousand oak...apatah lagi Alpha Hidrogen Filter...aku dan kawan-kawan masih menggunakan negatif filem dan kaca asap!
Memasuki alam pekerjaan, segalanya berubah dengan perkembangan teknologi zaman...aku bukan saja berpeluang meneropong 'matahari sakit' dengan penapis mylar dan thousand oak...malah Alpha Hidrogen Filter kepunyaan 'rakan sekutu' sekerja kami iaitu USM. Terlalu berbeza imej yang kelihatan...tak terjangkau dengan apa yang aku rasai dengan filter 'kaca asap' buatan sendiri...atau penapis negatif filem yang dibekalkan guru sainsku di Al-Irshad dulu....
Menjejak gerhana penuh, cincin atau separa sejak 'mendaftarkan diri' sebagai pekerja falak telah membawaku ke Jiaxing, China pada 2009. tika itu gerhana penuh yang berlaku adalah gerhana terpanjang di abad ini, iaitu hampir 6 minit. Bayangkan....keadaan pada jam 9.00 pagi adalah sama dengan 12.00 tengah malam selama hampir 6 minit di Jiaxing...aku bagaikan kerinduan yang amat sangat kepada sinar mentari di siang hari tika itu....bukan aku saja,malah semua orang yang berada di Dataran Jiaxing tika itu... Pada tahun 2010 pula, penjejakan gerhana cincin membawaku ke Kepulauan Maldives. Kali ini suasana tidaklah segelap di Jiaxing, hanya menjadi redup dan mendung....pepatung dan beburung di Pulau Hulhule, Maldives bergegas terbang pulang kerana menyangkakan hari telah usai, dan senja bakal berinsut tua sebentar lagi. Sesungguhnya apa yang paling menarik, wajah mentari dalam bentuk cincin yang dirakamkan rakanku,Ramli Ahmad dari Negeri Sembilan....ma sya Allah...amat mengagumkan!!

.....dari kaca asap ke alpha -H...
...dari padang lalang ke jiaxing...
....dari al-irshad ke maldives...
Apapun...pengalaman-pengalaman ini amat berharga bagi diriku...menyaksikan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT dari pelbagai sudut yang berbeza...dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa...dari kaca asap ke hidrogen alpha filter...dari padang lalang ke jiaxing...dari al-irshad ke maldives....raikan falak!!!

Friday, August 19, 2011

Falak On The Street @ Masjid Jamek Ihsaniah, Simpang Ampat, SPS


Program Falak On The Street diteruskan dengan penganjuran bersama Jawatankuasa Masjid Jamek Ihsaniah, Simpang Ampat, SPS pada 16 Ogos 2011 yang lalu. Terima kasih kepada jawatankuasa qaryah keran sudi menerima kunjungan Bahagian Falak JMNPP untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anak qaryah Simpang Ampat. Harapnya pihak qaryah tidak serik menrima kunjungan kami pada masa akan datang.....raikan falak.

Thursday, August 11, 2011

Aktiviti Falakpenang Sepanjang Ramadan 2011

Aktiviti falak tetap diteruskan pada bulan Ramadan tahun ini dengan penganjuran beberapa program yang dirancang dan jemputan pameran atau cerapan daripada agensi-agensi lain...

12 Ogos - Cerapan Bulan Penuh (Astrofoto) Dan Meteor Perseids di Pusat Falak Sheikh Tahir
16 Ogos - Falak On The Street di Masid Jamek Simpang Empat, Seberang Perai Selatan
19 Ogos - Pameran Dan Cerapan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas
23 Ogos - Bengkel Falak di Kolej Komuniti Kepala Batas
29 Ogos - Cerapan Hilal Syawal 1432H di Pusat Falak Sheikh Tahir

Jom raikan falak.....



Monday, August 8, 2011

Bulan Penuh Dan Meteor Perseids

Jumaat ini...12 Ogos 2011....andai tiada aral..team falakpenang akan ke Pusat Falak Sheikh Tahir untuk astrofoto bulan penuh pada awal malam....dan pagi esoknya akan cuba menghitung butiran tahi bintang yang lalu di langit Pantai Acheh...satu aktiviti yang agak lama ditinggalkan...harap-harap cuaca elok dan wajah bulan penuh...(walau belum cukup penuh sepenuhnya) dapat dirakamkan buat sekian kalinya....Meteor Perseids pula dijangka bermula jam sekityar jam 4 pagi..sehinggalah subuh...cuma kehadiran bulan penuh akan sedikit mengganggu penglihatan..namun amat berbaloi untuk di nanti dan disaksikan...cuma halakan pandag ke langit utara...condong sedikit ke timur...pada waktu puncaknya Meteor Perseids boleh mencapai sekitar 60 biji sejam...agak menarik tu...jom raikan falak...

Monday, August 1, 2011

Marhaban Ya Ramadan.....

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan....Selamat Datang kepada kami wahai bulan penuh kemuliaan dan barakah....selamat datang... Hadirnya Ramadan bermula petang semalan dengan pelaksanaan Majlis Cerapan Hilal Ramadan 1432H di Pusat Falak Sheikh Tahir...apapun, terima kasih banyak kepada yang hadir...dianggarkan hampir 200 orang....dengan persediaan 5 teodolit dan 2 teleskop....usaha menjejak anak bulan Ramadan bermula sejak jam 6.30 lagi...cuaca amat baik pada awalnya..namun awan gelap setinggi 3-4 darjah 'berkampung' di ufuk barat Pantai Acheh sehinggalah matahari terbenam...dan ketika bulan terbenam pada jam 8.03 malam di Pantai Acheh....awan gelap masih menghuni kaki langit...apakan daya...Allah Maha Merancang....SS Dato' Seri Haji Hassan Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan anak bulan tidak kelihatan sekitar jam 8.05 malam...namun umat Islam di Malaysia tetap memulakan ibadah puasa pada hari ini kerana hilal atau anak bulan Ramadan telah memenuhi kriteria dan syarat kenampakan yang ditetapkan...iaitu anak bulan telah mencapai ketinggian 2 darjah dan jarak lengkung 3 darjah...dan umurnya telah mencapai 8 jam selepas ijtimak...Selamat Berpuasa untuk semua...team falakpenang tetap akan beraktiviti sepanjang Ramadan ini...insya Allah pada 16 Ramadan...Falak On The Street akan mengunjungi Masjid Jamek Simpang Empat SPS...dan pada 20 Ramadan....program berbuka puasa dan cerapan bersama anak yatim di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas....jom raikan falak....