Monday, November 19, 2012

Bengkel Cerapan Hilal

Pada 14 November lalu, team falak kedah telah mengadakan Bengkel Falak yang merangkumi Bengkel Arah Kiblat dan Bengkel Cerapan Hilal untuk para guru dan pelajar Pondok Al-Imaniah Ad-Dalawiyah Jitra Kedah. Bengkel yang disertai lebih 20 peserta itu didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah moden bagi penetuan arah kiblat dan cerapan hilal masa kini. Team falakpenang dijemput untuk membantu team falak kedah mengendalikan bengkel berkaitan cerapan hilal. Alhamdulillah, para peserta dapat mengikuti dan memahami kaedah moden yang ditunjukkan, walaupun selama ini para peserta hanya didedahkan dengan kaedah tradisional seperti rubu' mujayyab di pondok mereka. Para peserta seterusnya didedahkan dengan cerapan sebenar, iaitu cerapan hilal Muharam 1434H di Menara Alor Setar. Walaupun cuaca agak mengecewakan, namun para peserta tetap bersemangat melaksanakan rukyah disamping mempelajari kaedah cerapan hilal menggunakan teodolit. Terima kasih atas jemputan team falak kedah untuk sedikit perkongsian ilmu, diharapkan selepas ini kita akan dapat mengikuti pengajian secara pondok pula untuk mendalami kitab-kitab turath falak. Jom raikan falak...