Thursday, June 30, 2011
Penang Astronomy Convention 2011
Konvensyen Astronomi Pulau Pinang kembali untuk tahun 2011 dengan penganjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Universiti Sains Malaysia pada 7 hingga 9 Julai ini...semua dijemput meraikan falak..
Monday, June 27, 2011
Kajian Fizikal Waktu Solat (Fajar Sadiq) di Pulau Tinggi, Mersing
Pada 24-26 Jun lalu, team falakpenang iaitu saya, Us Mohd Jais dan En Afiz dengan bantuan Us Hanafiah dari Jabatan Mufti Johor telah ke Pulau Tinggi, Mersing untuk menjalankan kajian Fizikal Waktu Solat (Fajar Sadiq). Alhamdulillah...cuaca di pulau dan sepanjang kami di sana amat baik...walaupun sedikit berombak pada waktu petang...kajian masih dapat dijalankan. Bertolak dari Tanjung Leman ke Pulau Tinggi menaiki speed boat...perjalanan mengambil masa setengah jam...terasa puas dapat membelah ombak Laut China Selatan...walaupun ia pengalaman yang agak mencemaskan. Tiba di Pulau Tinggi sekitar jam 11.30 pagi...terus ke chalet Tok Mok, iaitu Ketua Kampung bagi Pulau Tinggi. Pada sebelah petangnya, sekali lagi menaiki speed boat ke Pulau Mentigi...lebih kurang 3km dari Pulau Tinggi...untuk mencerap matahari terbenam dan menentukan stesen cerapan fajar keesokan paginya..Jam 4.00 pagi, sekali lagi menaiki speed boat membelah kesunyian pagi Pulau Tinggi ke Pulau Mentigi...bersedia untuk cerapan fajar...dengan kehendak Allah, buat pertama kali saya melihat fajar kazib pada jam 5.21 pagi...dan Us Hanafiah nampak sekali lagi pada jam 5.25 pagi...benarlah kata orang yang pernah melihatnya....fajar kazib hanya sekelip mata...naik dari ufuk bagai ekor serigala...ternyata benarlah kata-kata Ibnu Mandur...
Lantas, tumpuan kami terarah ke ufuk langit Timur pada bacaan 66 darjah 46 minit...iaitu tempat timbulnya matahari...keadaan langit yang berawan menyukarkan penggunaan teodolit...lantas saya mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian ke ufuk dengan mata kasar....sedang Us Hanafiah sesekali bergegas ke Total Station GTS 220 yang kami bawa bersama....tiba-tiba Us Hanafiah menunjukkan satu garisan putih di langit..."Nuar, itu awan ke apa? " tanyanya kepadaku...ternyata garisan putih itu bukan awan....dan bukan juga kesan laluan jet...kerana ia bergerak ke barat sekata dengan timbulnya cahaya fajar merah dan terbitnya matahari...aku katakan itulah 'Khait al-abyadh"...dan Us Hanafiah bersetuju. Subhanallah...sekali lagi aku diperlihatkan tanda-tanda dan Isyarat Mu Ya Allah...tentang apa yang Kau sebutkan sebagai benang putih itu...subhanalllah...

Wednesday, June 8, 2011
Thursday, June 2, 2011
Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011
Gerhana yang dijangka berlaku pada 16 Jun 2011 ini adalah gerhana bulan penuh yang bermula jam 3.22 pagi hingga 5.05 pagi.Team falakpenang akan berkampung di Masjid Daerah Jawi, Seberang Perai Selatan pada 15-16 Jun. Program akan bermula dengan pameran falak pada jam 6.00 petang...makan malam selepas Maghrib dan Forum Khas "Peristiwa Gerhana Dan Kelebihan Bulan Rejab" pada jam 9.30 malam. Dua ahli panel dijemput iaitu, Us Mod Isa Abd Rahman (Jabatan Mufti Kedah) dan Us Mohd Faizal Jani (Jabatan Mufti Perak)...pencerapan gerhana akan bermula pada jam 3.00 pagi. diikuti solat sunat gerhana dan khutbah, dan solat sunat tahajjud yang akan dipimpin Imam Masjid Daerah. Muslimin dan Muslimat adalah dijemput hadir beramai-ramai....jom raikan falak!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)