Thursday, October 27, 2011

Falak di Qaryah Masjid Sg Burung, Balik Pulau

Program falak anjuran Pemuda Qaryah Masjid Sg Burung, Balik Pulau telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Oktober 2011. Walaupun hujan turun seawal jam 6 petang, ia tidak melemahkan semangat anak-anak qaryah untuk meneruskan perkongsian maklumat mengenai ilmu falak bersama team falakpenang. Program dimulakan dengan Bengkel Hisab Arah Kiblat oleh Ustaz Jamil Nordin dan diikuti Ceramah Astronomi pada sebelah malamnya. Harapan team falakpenang agar anak-anak qaryah tidak serik untuk menjemput lagi di masa akan datang. Raikan falak......

Wednesday, October 19, 2011

Tunas Muda Falak Siri 3 (Sekolah Rendah)

  

Siri 3 Tunas Muda Falak peringkat sekolah rendah menutup tirai siri Tunas Muda Falak bagi tahun ini dengan kejayaan penganjurannya di SK Guar Perahu Bukit Mertajam pada 15 Oktober lalu. Seramai 40 orang pelajar daripada 4 buah sekolah angkat falak Jabatan Mufti Pulau Pinang mengambil bahagian dalam program sehari yang dipenuhi dengan aktiviti Penerokaan Alam Semesta, Bengkel Roket Air, LDK Peralatan Falak dan Astrorace. Harapan kami agar para pelajar tidak serik dengan aktiviti yang diaturkan dan moga ketemu pada himpunan ahli falak di puncak Bukit Bendera November ini....jom raikan falak.....(tahniah untuk kumpulan Centaurus, dibawah bimbingan anuarfalakpenang yang telah memenangi astrorace.....)

Friday, October 7, 2011

Fenomena Meteor Oktober - Disember 2011

1. Hujan Meteor Orionids - akan berlaku setiap tahun pada tarikh kemuncaknya 21-22 Oktober,namun boleh juga kelihatan dari 17-25 Oktober. Agak banyak kerana boleh mencapai sehingga 20 meteor sejam..waktu yang sesuai untuk melihatnya( hanya dengan mata kasar) iaitu pada selepas waktu tengah malam di buruj Orion di sebelah timur.

2. Hujan Meteor Leonids- berlaku setiap tahun pada tarikh kemuncaknya 17-18 November...namun boleh juga kelihatan bermula 13 November sehingga 20 November...juraian meteor Leonids boleh mencapai bilangan 40 meteor sejam pada tarikh kemuncaknya....halakan pandangan anda ke arah buruj Leo, iaitu kawasan Timur langit selepas tengah malam.

3. Hujan Meteor Geminids- tarikh kemuncaknya 13-14 Disember, namun mula kelihatan di langit bermula 6 Disember sehinggalah 19 Disember. Mampu mencapai bilangan 60 meteor pelbagai warna sejam pada waktu puncaknya. Juraian meteor akan keluar dari buruj Gemini, iaitu disebelah Timur langit dan masa terbaik untuk melihatnya ialah selepas tengah malam.

Wednesday, October 5, 2011

Pengukuran Bayang Matahari Ketika Transit

Pengukuran bayang matahari ketika transit sebenarnya suatu aktiviti yang menarik untuk dilakukan. Dan ia sebenarnya perlu dilakukan untuk mengetahui waktu sebenar matahari transit. Malah, pengukuran ini sebenarnya dapat menyakinkan kita lagi tentang masuknya waktu Zohor kerana perubahan yang berlaku amat kecil dan jarang dapat dikesan dengan mata kasar. Ini pernah terjadi di satu tempat di mana ada satu pihak yang mendakwa matahari belum transit atau belum gelincir sehinggakan mereka melaksanakan solat Zohor hampir setengah jam lewat daripada jadual waktu solat yang dikeluarkan pihak berkuasa agama tempatan. Team falakpenang yang baru berjinak-jinak dengan pengukuran ini amat berharap aktiviti ini dapat dijalankan oleh rakan-rakan falak yang lain dan sama-sama berkongsi data dan kaedah yang digunakan ditempat masing-masing......jom raikan falak...