Tuesday, August 14, 2012
Salam Hari Raya Salam Kemaafan
Salam Syawal....Salam Hari Raya...Salam Kemaafan buat semua...pedulikan apa jua fenomena langit sepanjang minggu ini...sama ada ianya berderetan di langit, maupun bersebaris di atas sana....simpan saja teleskop dan kamera demi mengejar 'seribu bulan' dan kembali kepada fitrah...
Pada hujung minggu ini, insyaallah lebaran akan menjelang..lapangkan dada, luangkan hati serta minda untuk fenomena ulung yang berlaku setiap tahun ini....kewajipan berzakat jangan dilupai...bermaafan sesama kita...doakan segalanya berjalan lancar...bagi yang pulang berhari raya jauh maupun dekat...
agar mampu kita rancakkan semula aktiviti falak selepas hampir sebulan 'berehat'....jom raikan falak!!
p/s : sepanjang seminggu ini jerebu menghijab semua objek langit Pulau Pinang..
Friday, August 10, 2012
Peristiwa Bulan Menghijab Musytari
Pada pagi 12.8.2012 (Ahad) nanti, kita akan berpeluang menyaksikan satu peristiwa yang biasanya disebut sebagai Moon Occults Jupiter. Dalam kata lain, bulan pada ketika itu akan menghijab planet Musytari hampir 30 minit di Pulau Pinang bermula jam 2.34 pagi hingga jam 3.00 pagi. Satu fenomena yang menarik untuk dirakamkan...jom raikan falak!!!
kedudukan planet Musytari sebelum dihijab oleh bulan pada jam 2.30 pagi |
kedudukan planet Musytari selepas dihijab oleh bulan pada pukul 3.00 pagi |
Thursday, August 9, 2012
Desir Marikh Menguntum Mahabbah Falakpenang-Falakkedah
Alhamdulillah, malam tadi (8/8/2012), desir angin Marikh bersama 'panas'nya derap Curiosity menemukan lagi team falakpenang dan falakkedah di SMA Taufikiah Khairiah Halimiah, Padang Lumat, Kedah. Program pendedahan ilmu falak syarie dan pencerapan bintang anjuran sekolah itu turut dijayakan Jabtan Ukur Dan Pemetaan Negeri Kedah dan SMKA Al-Mashoor (L) berjaya menarik minat hampir 800 pelajar sekolah berkenaan.
Walaupun, cuaca agak mengecewakan dan tiada sebarang objek langit dapat dicerap dengan jelas, namun semangat ingin tahu amat berkobar-kobar di kalangan para pelajar dengan pelbagai soalan dan pertanyaan diajukan kepada krew falakpenang dan falakkedah. Kaunter edaran bahan falak dan jualan cenderamata tak putus-putus diserbu oleh para pelajar yang dahagakan pengetahuan disamping merobek sifat ingin tahu di hati masing-masing. Apapun, terima kasih atas jemputan...moga pengetahuan yang sedikit ini dapat kita manfaatkan bersama....moga ketemu lagi di lain acara...jom raikan falak!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)