Friday, August 19, 2011
Falak On The Street @ Masjid Jamek Ihsaniah, Simpang Ampat, SPS
Thursday, August 11, 2011
Aktiviti Falakpenang Sepanjang Ramadan 2011
Aktiviti falak tetap diteruskan pada bulan Ramadan tahun ini dengan penganjuran beberapa program yang dirancang dan jemputan pameran atau cerapan daripada agensi-agensi lain...
12 Ogos - Cerapan Bulan Penuh (Astrofoto) Dan Meteor Perseids di Pusat Falak Sheikh Tahir
16 Ogos - Falak On The Street di Masid Jamek Simpang Empat, Seberang Perai Selatan
19 Ogos - Pameran Dan Cerapan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas
23 Ogos - Bengkel Falak di Kolej Komuniti Kepala Batas
29 Ogos - Cerapan Hilal Syawal 1432H di Pusat Falak Sheikh Tahir
Jom raikan falak.....

Monday, August 8, 2011
Bulan Penuh Dan Meteor Perseids
Jumaat ini...12 Ogos 2011....andai tiada aral..team falakpenang akan ke Pusat Falak Sheikh Tahir untuk astrofoto bulan penuh pada awal malam....dan pagi esoknya akan cuba menghitung butiran tahi bintang yang lalu di langit Pantai Acheh...satu aktiviti yang agak lama ditinggalkan...harap-harap cuaca elok dan wajah bulan penuh...(walau belum cukup penuh sepenuhnya) dapat dirakamkan buat sekian kalinya....Meteor Perseids pula dijangka bermula jam sekityar jam 4 pagi..sehinggalah subuh...cuma kehadiran bulan penuh akan sedikit mengganggu penglihatan..namun amat berbaloi untuk di nanti dan disaksikan...cuma halakan pandag ke langit utara...condong sedikit ke timur...pada waktu puncaknya Meteor Perseids boleh mencapai sekitar 60 biji sejam...agak menarik tu...jom raikan falak...
Monday, August 1, 2011
Marhaban Ya Ramadan.....
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan....Selamat Datang kepada kami wahai bulan penuh kemuliaan dan barakah....selamat datang... Hadirnya Ramadan bermula petang semalan dengan pelaksanaan Majlis Cerapan Hilal Ramadan 1432H di Pusat Falak Sheikh Tahir...apapun, terima kasih banyak kepada yang hadir...dianggarkan hampir 200 orang....dengan persediaan 5 teodolit dan 2 teleskop....usaha menjejak anak bulan Ramadan bermula sejak jam 6.30 lagi...cuaca amat baik pada awalnya..namun awan gelap setinggi 3-4 darjah 'berkampung' di ufuk barat Pantai Acheh sehinggalah matahari terbenam...dan ketika bulan terbenam pada jam 8.03 malam di Pantai Acheh....awan gelap masih menghuni kaki langit...apakan daya...Allah Maha Merancang....SS Dato' Seri Haji Hassan Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan anak bulan tidak kelihatan sekitar jam 8.05 malam...namun umat Islam di Malaysia tetap memulakan ibadah puasa pada hari ini kerana hilal atau anak bulan Ramadan telah memenuhi kriteria dan syarat kenampakan yang ditetapkan...iaitu anak bulan telah mencapai ketinggian 2 darjah dan jarak lengkung 3 darjah...dan umurnya telah mencapai 8 jam selepas ijtimak...Selamat Berpuasa untuk semua...team falakpenang tetap akan beraktiviti sepanjang Ramadan ini...insya Allah pada 16 Ramadan...Falak On The Street akan mengunjungi Masjid Jamek Simpang Empat SPS...dan pada 20 Ramadan....program berbuka puasa dan cerapan bersama anak yatim di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas....jom raikan falak....
Tuesday, July 12, 2011
Penang Astronomy Convention 2011
Tahniah...pada semua yang terlibat dalam penganjuran Penang Astronomy Convention pada 7 - 9 Julai baru-baru ini...tahniah juga kepada pemenang-pemenang pertandingan anjuran Jabatan Mufti P.Pinang seperti Pertandingan Pidato Falak yang diungguli peserta daripada SMKA Al-Irshad...dan pertandingan pertandingan pameran falak terbaik yang dimenangi SMKA Al-Mashoor (P)...semoga kemenangan ini akan mendorong kita untuk kejayaan berikutnya pada tahun mendatang....ribuan juta terima kasih juga kepada rakan-rakan jabatan mufti negeri yang hadir memberikan sokongan..Jabatan Mufti Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan KL....tak lupa juga pada team 'guru-guru' falak saya daripada Unisza...semoga ketemu lagi di acara falak selepas ini....
Thursday, June 30, 2011
Penang Astronomy Convention 2011
Konvensyen Astronomi Pulau Pinang kembali untuk tahun 2011 dengan penganjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Universiti Sains Malaysia pada 7 hingga 9 Julai ini...semua dijemput meraikan falak..
Monday, June 27, 2011
Kajian Fizikal Waktu Solat (Fajar Sadiq) di Pulau Tinggi, Mersing
Pada 24-26 Jun lalu, team falakpenang iaitu saya, Us Mohd Jais dan En Afiz dengan bantuan Us Hanafiah dari Jabatan Mufti Johor telah ke Pulau Tinggi, Mersing untuk menjalankan kajian Fizikal Waktu Solat (Fajar Sadiq). Alhamdulillah...cuaca di pulau dan sepanjang kami di sana amat baik...walaupun sedikit berombak pada waktu petang...kajian masih dapat dijalankan. Bertolak dari Tanjung Leman ke Pulau Tinggi menaiki speed boat...perjalanan mengambil masa setengah jam...terasa puas dapat membelah ombak Laut China Selatan...walaupun ia pengalaman yang agak mencemaskan. Tiba di Pulau Tinggi sekitar jam 11.30 pagi...terus ke chalet Tok Mok, iaitu Ketua Kampung bagi Pulau Tinggi. Pada sebelah petangnya, sekali lagi menaiki speed boat ke Pulau Mentigi...lebih kurang 3km dari Pulau Tinggi...untuk mencerap matahari terbenam dan menentukan stesen cerapan fajar keesokan paginya..Jam 4.00 pagi, sekali lagi menaiki speed boat membelah kesunyian pagi Pulau Tinggi ke Pulau Mentigi...bersedia untuk cerapan fajar...dengan kehendak Allah, buat pertama kali saya melihat fajar kazib pada jam 5.21 pagi...dan Us Hanafiah nampak sekali lagi pada jam 5.25 pagi...benarlah kata orang yang pernah melihatnya....fajar kazib hanya sekelip mata...naik dari ufuk bagai ekor serigala...ternyata benarlah kata-kata Ibnu Mandur...
Lantas, tumpuan kami terarah ke ufuk langit Timur pada bacaan 66 darjah 46 minit...iaitu tempat timbulnya matahari...keadaan langit yang berawan menyukarkan penggunaan teodolit...lantas saya mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian ke ufuk dengan mata kasar....sedang Us Hanafiah sesekali bergegas ke Total Station GTS 220 yang kami bawa bersama....tiba-tiba Us Hanafiah menunjukkan satu garisan putih di langit..."Nuar, itu awan ke apa? " tanyanya kepadaku...ternyata garisan putih itu bukan awan....dan bukan juga kesan laluan jet...kerana ia bergerak ke barat sekata dengan timbulnya cahaya fajar merah dan terbitnya matahari...aku katakan itulah 'Khait al-abyadh"...dan Us Hanafiah bersetuju. Subhanallah...sekali lagi aku diperlihatkan tanda-tanda dan Isyarat Mu Ya Allah...tentang apa yang Kau sebutkan sebagai benang putih itu...subhanalllah...

Subscribe to:
Posts (Atom)