1. Hujan Meteor Orionids - akan berlaku setiap tahun pada tarikh kemuncaknya 21-22 Oktober,namun boleh juga kelihatan dari 17-25 Oktober. Agak banyak kerana boleh mencapai sehingga 20 meteor sejam..waktu yang sesuai untuk melihatnya( hanya dengan mata kasar) iaitu pada selepas waktu tengah malam di buruj Orion di sebelah timur.
2. Hujan Meteor Leonids- berlaku setiap tahun pada tarikh kemuncaknya 17-18 November...namun boleh juga kelihatan bermula 13 November sehingga 20 November...juraian meteor Leonids boleh mencapai bilangan 40 meteor sejam pada tarikh kemuncaknya....halakan pandangan anda ke arah buruj Leo, iaitu kawasan Timur langit selepas tengah malam.
3. Hujan Meteor Geminids- tarikh kemuncaknya 13-14 Disember, namun mula kelihatan di langit bermula 6 Disember sehinggalah 19 Disember. Mampu mencapai bilangan 60 meteor pelbagai warna sejam pada waktu puncaknya. Juraian meteor akan keluar dari buruj Gemini, iaitu disebelah Timur langit dan masa terbaik untuk melihatnya ialah selepas tengah malam.
Friday, October 7, 2011
Wednesday, October 5, 2011
Pengukuran Bayang Matahari Ketika Transit
Pengukuran bayang matahari ketika transit sebenarnya suatu aktiviti yang menarik untuk dilakukan. Dan ia sebenarnya perlu dilakukan untuk mengetahui waktu sebenar matahari transit. Malah, pengukuran ini sebenarnya dapat menyakinkan kita lagi tentang masuknya waktu Zohor kerana perubahan yang berlaku amat kecil dan jarang dapat dikesan dengan mata kasar. Ini pernah terjadi di satu tempat di mana ada satu pihak yang mendakwa matahari belum transit atau belum gelincir sehinggakan mereka melaksanakan solat Zohor hampir setengah jam lewat daripada jadual waktu solat yang dikeluarkan pihak berkuasa agama tempatan. Team falakpenang yang baru berjinak-jinak dengan pengukuran ini amat berharap aktiviti ini dapat dijalankan oleh rakan-rakan falak yang lain dan sama-sama berkongsi data dan kaedah yang digunakan ditempat masing-masing......jom raikan falak...
Monday, September 12, 2011
Sang Mantan
Sesekali bertemu sang mantan...ada juga baiknya...pelbagai cerita baru dapat dikongsi....bermacam nostalgia dapat diimbau bersama....sang mantan yang banyak berjasa...terkadang bagai dilupa...entahlah....lumrah alam gamaknya...apapun, petemuan dalam suatu majlis bersama mereka bagai berada semula di zaman kegemilangan....
Friday, August 26, 2011
Salam Idul Fitri 1432H
Dalam kekalutan mengejar Lailatul Qadr dan melangsaikan persiapan lebaran...sedar tak sedar..kita telah sampai kepada hari ke-26 Ramadan 1432 ...dan Idul Fitri pula akan mula menjengah beberapa hari lagi...tersentak jua dengan beberapa isu falak kebelakangan ini...yang pastinya hadir dari kekurangan ilmu dan kesalahfahaman tentang beberapa perkara...entah mengapa langsung tak terlintas untuk menjawab persoalan-persoalan yang bagiku 'karut belaka'. Omongan tentang peristiwa bulan mengelilingi kaabah dan hari raya berbeza antara semenanjung dan sabah sarawak bagiku tada apa-apa sangat....mungkin masyarakat mula 'alert' dengan ilmu falak...mula celik mata dengan apa yang dilakukan 'pekerja-pekerja falak' sepertiku...dan apabila orang baru nak MULA celik atau baru nak MULA 'alert'...pastinya pengetahuan tak se'masak'dan sedalam guru-guruku yang telah lama bergelumang dalam dunia
'kefalakan' ini...orang baru nak bermula la katakan...lalu aku biarkan saja...setelah melihat beberapa sahabat falak mula memperjelaskan isu tersebut...termasuk beberapa guru falakku sendiri....apapun, lapangkan hati...bukakan minda...sama-sama kita menyambut hari kemenangan pada 1 Syawal nanti dengan penuh ikhlas hati dan baik sangka sesama Islam...Selamat Hari Raya buat semua...Maaf Zahir dan Batin....moga bermanfaat...raikan falak...

Monday, August 22, 2011
Dari Kaca Asap Ke Hidrogen Alpha Filter,Dari Padang Lalang ke Jiaxing, Dari Al-Irshad ke Maldives
Teringatku semasa zaman kanak-kanak dulu...bila saja berlaku kejadian 'matahari sakit', saya akan tercari-cari serpihan kaca di tempat buangan sampah...nyala pelita minyak tanah dan asapkan ia agar menjadi sedikit gelap....kata orang tuaku...itulah caranya utuk melihat 'matahari sakit' tanpa menyakitkan mataku. Zaman mula berubah dengan kehadiran kamera berfilem...dan ketika itu juga filem kamera digunakan untk melihat matahari sakit. Pada zaman kanak-kanakku, tidak terlintas untuk mengadakan solat sunat atau perkara-perkara sunat lain sebagaimana dituntut. Mungkin kerana maklumat tentang kejadian gerhana atau matahari sakit ketika itu belum meluas.
Menelusuri alam persekolahan, seingat aku hanya sekali aku bersolat sunat tika matahari sakit. Kalau tak salahku, sekitar tahun 1988 di SMKA Al-Irshad...masih di tingkatan 2 ketika itu...hanya menurut saja ustaz dan kawan-kawan melaksanakan solat sunat gerhana. Tika itu solat diadakan di atas gelanggang tenis...(hari ini, tapak gelanggang tenis dan bola tampar telah tiada di SMKA Al-Irshad kerana dibina dewan besar di atasnya)...ketika itu masih jua tiada teleskop..tiada filter mylar atau thousand oak...apatah lagi Alpha Hidrogen Filter...aku dan kawan-kawan masih menggunakan negatif filem dan kaca asap!
Memasuki alam pekerjaan, segalanya berubah dengan perkembangan teknologi zaman...aku bukan saja berpeluang meneropong 'matahari sakit' dengan penapis mylar dan thousand oak...malah Alpha Hidrogen Filter kepunyaan 'rakan sekutu' sekerja kami iaitu USM. Terlalu berbeza imej yang kelihatan...tak terjangkau dengan apa yang aku rasai dengan filter 'kaca asap' buatan sendiri...atau penapis negatif filem yang dibekalkan guru sainsku di Al-Irshad dulu....
Apapun...pengalaman-pengalaman ini amat berharga bagi diriku...menyaksikan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT dari pelbagai sudut yang berbeza...dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa...dari kaca asap ke hidrogen alpha filter...dari padang lalang ke jiaxing...dari al-irshad ke maldives....raikan falak!!!
Menelusuri alam persekolahan, seingat aku hanya sekali aku bersolat sunat tika matahari sakit. Kalau tak salahku, sekitar tahun 1988 di SMKA Al-Irshad...masih di tingkatan 2 ketika itu...hanya menurut saja ustaz dan kawan-kawan melaksanakan solat sunat gerhana. Tika itu solat diadakan di atas gelanggang tenis...(hari ini, tapak gelanggang tenis dan bola tampar telah tiada di SMKA Al-Irshad kerana dibina dewan besar di atasnya)...ketika itu masih jua tiada teleskop..tiada filter mylar atau thousand oak...apatah lagi Alpha Hidrogen Filter...aku dan kawan-kawan masih menggunakan negatif filem dan kaca asap!
Memasuki alam pekerjaan, segalanya berubah dengan perkembangan teknologi zaman...aku bukan saja berpeluang meneropong 'matahari sakit' dengan penapis mylar dan thousand oak...malah Alpha Hidrogen Filter kepunyaan 'rakan sekutu' sekerja kami iaitu USM. Terlalu berbeza imej yang kelihatan...tak terjangkau dengan apa yang aku rasai dengan filter 'kaca asap' buatan sendiri...atau penapis negatif filem yang dibekalkan guru sainsku di Al-Irshad dulu....
Menjejak gerhana penuh, cincin atau separa sejak 'mendaftarkan diri' sebagai pekerja falak telah membawaku ke Jiaxing, China pada 2009. tika itu gerhana penuh yang berlaku adalah gerhana terpanjang di abad ini, iaitu hampir 6 minit. Bayangkan....keadaan pada jam 9.00 pagi adalah sama dengan 12.00 tengah malam selama hampir 6 minit di Jiaxing...aku bagaikan kerinduan yang amat sangat kepada sinar mentari di siang hari tika itu....bukan aku saja,malah semua orang yang berada di Dataran Jiaxing tika itu... Pada tahun 2010 pula, penjejakan gerhana cincin membawaku ke Kepulauan Maldives. Kali ini suasana tidaklah segelap di Jiaxing, hanya menjadi redup dan mendung....pepatung dan beburung di Pulau Hulhule, Maldives bergegas terbang pulang kerana menyangkakan hari telah usai, dan senja bakal berinsut tua sebentar lagi. Sesungguhnya apa yang paling menarik, wajah mentari dalam bentuk cincin yang dirakamkan rakanku,Ramli Ahmad dari Negeri Sembilan....ma sya Allah...amat mengagumkan!!

![]() |
| .....dari kaca asap ke alpha -H... |
![]() |
| ...dari padang lalang ke jiaxing... |
| ....dari al-irshad ke maldives... |
Friday, August 19, 2011
Falak On The Street @ Masjid Jamek Ihsaniah, Simpang Ampat, SPS
Thursday, August 11, 2011
Aktiviti Falakpenang Sepanjang Ramadan 2011
Aktiviti falak tetap diteruskan pada bulan Ramadan tahun ini dengan penganjuran beberapa program yang dirancang dan jemputan pameran atau cerapan daripada agensi-agensi lain...
12 Ogos - Cerapan Bulan Penuh (Astrofoto) Dan Meteor Perseids di Pusat Falak Sheikh Tahir
16 Ogos - Falak On The Street di Masid Jamek Simpang Empat, Seberang Perai Selatan
19 Ogos - Pameran Dan Cerapan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas
23 Ogos - Bengkel Falak di Kolej Komuniti Kepala Batas
29 Ogos - Cerapan Hilal Syawal 1432H di Pusat Falak Sheikh Tahir
Jom raikan falak.....

Subscribe to:
Posts (Atom)