Friday, February 3, 2012

Kajian Waktu Fizikal Solat di Kawasan Tanah Tinggi

Alhamdulillah....kajian fizikal waktu solat kawasan tanah tinggi berjaya diadakan pada 30 -31 Januari lalu bersama pelajar tahun akhir Sarjana Muda Syariah Falak Universiti Malaya di Gunung Jerai, Kedah pada ketinggian 1005m. Walaupun kali pertama, para pelajar tahun akhir UM tampak efisien dengan tugasan yang diberikan penyelia mereka. Matahari terbenam berjaya dicerap pada jam 7.32 malam dengan azimut matahari pada kedudukan 252d 13m 30s dan altitud -0d 58m 30s. Data ini berjaya membuktikan tambahan 4 minit untuk waktu solat Maghrib bagi Puncak Gunung Jerai...namun ufuk Timur tak mengizinkan kami untuk mengkaji fajar. Harapnya cuaca di Bukit Bendera pada 18-19 Februari ini amat baik agar kajian dapat diteruskan.....jom raikan falak!!!!!!

Friday, January 27, 2012

Sesekali teringin jugak...

Menelusuri beberapa blog rakan-rakan falak sepanjang minggu ini...banyak yang bercakap tentang himpunan bulan sabit muda dan planet Zuhrah...lantas kamera kecil ini pun terdorong untuk mencuba seberapa dapat gambaran tersebut....apa pun, inilah hasilnya....yang diambil pada senja 25.01.2012....yang tak seberapa....jom raikan falak...

Kem Kemantapan Ilmu Falak @ Sg Siput

Kesempatan berkumpul, bersua muka dan bercerita sesama rakan dan sahabat se'minat'an...(dulunya dikenali sebagai seperguruan), tentunya tak dapat dilepaskan. Walaupun kesesakan jalanraya dan cuaca yang bagaikan mencemburui pertemuan sahabat-sahabat lama ini bertandang tanpa diduga...semangat untuk sama-sama berkongsi berita dan cerita tetap berkobar-kobar. Penantian sehingga jam 2 pagi....bersambung hingga jam 4.30 pagi terasa berbaloi dengan cuti yang dikorbankan. Apapun, thanks kepada saudara Muzamir Mazlan yang bertungkus lumus menjadikan kem ini suatu kenyataan...juga pada tokey Falak-Online, Shahrin...yang sudi berkongsi menunjuk ajar penggunaan 'alat mainan' baru...Astrotrac...mmg best bro!!!! Harapnya sanggahan alam dan mainan udarakasa tidak menjejaskan semangat kita untuk kem seterusnya....Hmmm, Pengkalan Hulu? Pulau Tali Kail??? jom raikan falak.....

Monday, January 16, 2012

Lawatan Uitm Merbok ke Pusat Falak Sheikh Tahir

Kunjungan pertama ke Pusat Falak Sheikh Tahir bagi tahun 2012 ini dilakukan oleh pelajar Uitm Merbok, Kedah. Lawatan pada 13 Januari itu disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat Pusat Falak Sheikh Tahir, Pengenalan Astronomi dan Mengenal Peta Bintang. Walaupun cuaca pada awalnya agak mendung, semangat para pelajar amat tinggi untuk melihat objek langit dengan menggunakan teleskop pada malam itu. Cerapan langit bersambung selepas subuh dengan cuaca sedikit elok dan para pelajar dapat menjengah wajah bulan dan merenung kelibat planet Marikh dengan lebih dekat lagi. sebelum itu, pada sebelah petangnya, Pusat Falak Sheikh Tahir menerima kunjungan daripada 2 orang wakil jabatan agama Wilayah Setoi, Thailand. Harapan agar hubungan yang baru dibina akan membuahkan hasil antara 2 wilayah memandangkan terdapat pengajian dan pengajaran falak di wilayah Setoi tersebut. Untuk para pelajar, kumpullah sberapa banyak maklumat agar tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia maklumat hari ini...jom raikan falak!!!
 

Friday, December 30, 2011

Ringkasan Kalendar Falak 2012

Alhamdulillah....2011 sudah hampir ke penghujungnya dan 2012, yang banyak dikaitkan dengan fenomena astronomi bakal muncul. Apapun, di sini diperturunkan ringkasan fenomena astronomi 2012...namun untuk yang selanjutnya bolehlah melayari web nasa atau portal komuniti falak Malaysia iaitu falak online...sekadar berkongsi...moga bermanfaat....jom raikan falak!!!!



FENOMENA LANGIT 2012



JANUARI

3-4 JANUARI – HUJAN METEOR QUADRANTIDS
9 JANUARI – BULAN PENUH

FEBRUARI

7 FEBRUARI – BULAN PENUH

MAC

3 MAC – OPPOSISI MARIKH
14 MAC – KONJUNKSI ZUHRAH DAN MUSYTARI
20 MAC – VERNAL EKUINOKS

APRIL

6 APRIL – BULAN PENUH
15 APRIL – OPPOSISI ZUHAL
21-22 APRIL – HUJAN METEOR LYRIDS

MEI

5-6 MEI – HUJAN METEOR ETA EQUARIDS
20 MEI – GERHANA MATAHARI ANNULAR DI CHINA DAN JEPUN

JUN

4 JUN – BULAN PENUH
4 JUN – GERHANA BULAN SEPARA
6 JUN – TRANSIT ZUHRAH MELINTASI MATAHARI

JULAI

3 JULAI – BULAN PENUH
28-29 JULAI – HUJAN METEOR SOUTHERN DELTA AQUARIDS

OGOS

2 OGOS – BULAN PENUH
12-13 OGOS – HUJAN METEOR PERSEIDS
24 OGOS – OPPOSISI NEPTUN
31 OGOS – BULAN PENUH

SEPTEMBER

29 SEPTEMBER – OPPOSISI URANUS

OKTOBER

21-22 OKTOBER – HUJAN METEOR ORIONIDS
29 OKTOBER – BULAN PENUH

NOVEMBER

13 NOVEMBER – GERHANA MATAHARI PENUH DI AUSTRALIA
17-18 NOVEMBER – HUJAN METEOR LEONIDS
27 NOVEMBER – KONJUNKSI ZUHRAH DAN ZUHAL

DISEMBER

3 DISEMBER – OPPOSISI MUSYTARI
13-14 DISEMBER – HUJAN METEOR GEMINIDS
28 DISEMBER – BULAN PENUH

Wednesday, December 28, 2011

Hari Terbuka Pusat Falak Sheikh Tahir Dan Gerhana Bulan Penuh

Pada 10 Disember lalu, telah diadakan Hari Terbuka Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Balik Pulau. Program yang sederhana ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat dengan penyertaan dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti Bengkel Roket Air, Bengkel Straw Rocket, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Pelancaran Roket Air. Ternyata ruang Galeri Al-Battani yang baru dinaiktarafkan menarik minat pengunjung dengan konsep temporari modennya. Sambutan harti terbuka tersebut berakhir jam 5.30 petang dan disusuli dengan program Cerapan Gerhana Bulan Penuh di MAsjid Sg Pinang, Balik Pulau. Walau cuaca pada malam tersebut mendung dan berawan, para jemaah tetap setia dan bersemangat untuk melihat gerhana. Solat sunat gerhana diimamkan oleh Imam Masjid Daerah Barat Daya sementara khutbah gerhana disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Seri Haji Hassan Bin Haji Ahmad.

Monday, November 21, 2011

Pemasangan Tanda Arah Kiblat di Tanah Perkuburan Islam

Tanda arah kiblat di tanah perkuburan Islam dilihat sesuatu yang penting dan perlu pada hari ini. Ini kerana selepas atau ketika ketiadaan penggali yang biasa, penggantinya terkadang kehilangan arah dan berdasarkan agak-agak sahaja. Hasil lawatan team falakpenang ke beberapa tanah perkuburan, terdapat arah kiblat di situ tidak  tepat dengan arah kiblat sebenar....walaupun ia terletak bersebelahan dengan masjid. Justeru, usaha pemasangan tanda arah kiblat bagi tanah perkuburan Islam Pulau Pinang sedang giat dijalankan....dengan Qaryah Masjid Al-Ihsaniah, Simpang Ampat, SPS merintis denai memasang tanda arah kiblat di tanah perkuburan mereka. Tahniah....kerana meraikan falak demi mencapai kesempurnaan ibadat dan kemaslahatan penduduk setempat....