Mencerap wajah bulan penuh di Kompleks TaHa Pulau Pinang pada 24 Ogos lalu amat mengujakan...langit begitu mengizinkan kami memfotokan wajah purnama dan menimbulkan rasa kagum di hati pengunjung pada malam itu....kehadiran Musytari seketika selepas itu tambah merangsang minat pengunjung dengan pencerapan wajah bulan Musytari seperti Io, Ganymede, Europa dan Callisto..
Wednesday, August 25, 2010
Monday, August 16, 2010
Email mengarut tentang 27 Ogos...
Ada beberapa orang sahabat dan kenalan yang menerima emel yang mengatakan pada 27 Ogos ini....planet marikh akan secerah bulan penuh dan kita akan nampak 2 biji bulan pada malam itu...emel dalam bahasa orang putih...ntahla sapa yang mula sebarkannya...penerima emel juga diminta melihat ke arah bulan pada jam 12.30 pg 27 Ogos...mengarut saja..pada malam itu memang Marikh akan kelihatan amat cerah dilangit...tapi sekitar jam 8 malam...itu pun dah hampir nak terbenam di ufuk barat...pada jam 12.30 pagi...bulan sedang naik di langit Timur bersama planet yang cerah..iaitu Jupiter...tika jam ini...Marikh telah lama terbenam di bawah ufuk...mana mungkin kita dapat melihat adanya 2 bulan pada saat itu sebagaimana yang diemelkan itu...
Tuesday, August 10, 2010
Senja @ Open Day PFST 2010
Hari Terbuka Pusat Falak 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Ogos lalu...dengan penganugerahan sijil Tunas Muda Falak buat pelajar-pelajar sekolah angkat dan pelancaran operasi pejabat PFST...namun, setelah semua tetamu beransur pulang...senja mula berinsut tua dan aku mula meraikannya......raikan falak.....thanks nikon L14 ku yang telah uzur.....
Friday, August 6, 2010
Sesekali bersantai.....
Wednesday, July 28, 2010
Malam Bulan Penuh Di Bulan Syaaban

Malam bulan penuh syaaban atau malam nisfu sudah berlalu...ada yang sempat menadah surah yasin di masjid dan surau....ada yang tidak...apapun, segalanya terpulang...namun bulan penuh di bulan syaaban ternyata amat meriah sambutannya. Teringatku semasa kecil dulu...berpetang-petang lagi dah ke masjid...sambil membawa sebotol air (kadang-kadang sampai 3 botol) untuk dijadikan air yasin....selepas itu berlumba-lumbalah mengejar pak imam membaca yasin 3 kali dalam jurang Maghrib dan Isyak itu....dan di akhir acara, pastinya ada acara makan-makan yang disediakan pihak masjid..hmmm, apapun cara sambutannya...biar berbeda sekalipun caranya....sang purnama tetap pada fasanya yang sama setiap tahun...putih cerlang dan indah dipandang!!! Malam nisfu yang lalu, tika dalam perjalanan pulangku dari Bukit Mertajam ke Jelutong, sang purnama kelihatan begitu klasik tika ia mula mendaki langit Timur....bagai terpenjara di tengah-tengah tompokan awan...dengan wajahnya yang sedikit kelam...ia menggagahi jua sambil membentuk sedikit halo dalam ruang yang sempit...ah, begitu klasik ku rasakan tika itu...andai...hmmm...andai kupunyai DSLR yang mantap...nescaya wajah purnama klasik itu pasti ku penjarakan di album falakpenang....hampir sejam keadaan itu...sehinggalah sang purnama berjaya meloloskan dirinya dan menguasai keseluruhan langit malam....di malam bulan penuh di bulan Syaaban....
Tuesday, July 20, 2010
Jom amik gambar bulan!!!

Malam tadi wajah bulan amat nyata sekali....putih cerlang dan cantik dipandang. Patutlah sang pungguk senantiasa dikaitkan dengan sang bulan yang indah itu....untuk peminat falak, ini saatnya untuk kita sama-sama memfotokan wajah bulan separa....walau cahayanya terang...kontras daerah gelapnya bakal membangkitkan wajah kawah dan kerak bulan....lurah Tyco pun kurang memantulkan cahaya tika ini...jadi anda mampu menganggarkan kedalamannya lurahnya itu...tak perlu kamera mahal seperti DSLR...hanya kamera kompak dan sebuah teleskop...wajah bulan amat mudah dirakamkan....bagi pengguna Nikon kompak seperti saya...cuma off je flash dan turunkan exposure compensation serendah mungkin!!!! Nantikan hasilnya....di atas, saya tunjukkan wajah bulan yang saya rakam menggunakan Nikon L14 compact sebelum ini....
Wednesday, July 14, 2010
Istiwa Adzam 16 Julai ini
Jumaat ini, 16 Julai 2010....matahari akan sekali lagi berada di atas Kaabah....di mana semua bayang yang terjadi tika itu akan menghala ke Kaabah. Ini suatu peluang untuk kita menyemak semula rah kiblat kita....fenomena ini akan berlaku sekitar jam 5.28 petang....anda boleh menyemak arah kiblat tempat anda dengan melihat ke objek-objek tegak seperti tiang, dinding dan sebagainya....selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)