Monday, November 19, 2012

Bengkel Cerapan Hilal

Pada 14 November lalu, team falak kedah telah mengadakan Bengkel Falak yang merangkumi Bengkel Arah Kiblat dan Bengkel Cerapan Hilal untuk para guru dan pelajar Pondok Al-Imaniah Ad-Dalawiyah Jitra Kedah. Bengkel yang disertai lebih 20 peserta itu didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah moden bagi penetuan arah kiblat dan cerapan hilal masa kini. Team falakpenang dijemput untuk membantu team falak kedah mengendalikan bengkel berkaitan cerapan hilal. Alhamdulillah, para peserta dapat mengikuti dan memahami kaedah moden yang ditunjukkan, walaupun selama ini para peserta hanya didedahkan dengan kaedah tradisional seperti rubu' mujayyab di pondok mereka. Para peserta seterusnya didedahkan dengan cerapan sebenar, iaitu cerapan hilal Muharam 1434H di Menara Alor Setar. Walaupun cuaca agak mengecewakan, namun para peserta tetap bersemangat melaksanakan rukyah disamping mempelajari kaedah cerapan hilal menggunakan teodolit. Terima kasih atas jemputan team falak kedah untuk sedikit perkongsian ilmu, diharapkan selepas ini kita akan dapat mengikuti pengajian secara pondok pula untuk mendalami kitab-kitab turath falak. Jom raikan falak...

Friday, September 21, 2012

Latihan Trabas Ukur Zon Utara

Alhamdulillah, pada 15 September lalu, team falakpenang telah berjaya menganjurkan satu siri latihan trabas ukur bersama-sama team falakkedah dan falakperak. Latihan yang dikendalikan Tuan Haji Sr Fakhrul Azman Bin Ali daripada Syarikat Juru Ukur Hikmah sedikit sebanyak mengimbau kembali sesi latihan semasa berkursus di KUSZA/UDM/Unisza. Cuma lebihnya kali ini, para peserta didedahkan dengan kerja ukur sebenar dengan 'cubaan' melakukan trabas tertutup bagi lot yang telah ditetapkan. Rata-ratanya, peserta amat berpuashati dengan latihan yang dijalankan...cuma diharapkan ianya dapat diteruskan lagi dengan siri lanjutan yang mungkin diadakan di Perak atau Kedah pula selepas ini...jom raikan falak....

Tuesday, September 11, 2012

Bengkel Falak Kolej Komuniti Bukit Mertajam

Walau hanya sekadar bengkel ringkas, yang diselami para pelajar tanpa asas falak , ternyata pertemuan pertama kali dengan para pelajar kursus jahitan dan rekaan fesyen ini tetap membuahkan hasil dan era pemikiran baru terhadap ilmu falak di minda mereka. Apapun, tahniah pada adik-adik...atau anak-anak ? yang memanggil kami 'pakcik'....kerana berjaya mengharungi suatu tradisi keilmuan yang jarang diwar-warkan kepada semua....raikan falak!!!!

Tuesday, August 14, 2012

Salam Hari Raya Salam Kemaafan


Salam Syawal....Salam Hari Raya...Salam Kemaafan buat semua...pedulikan apa jua fenomena langit sepanjang minggu ini...sama ada ianya berderetan di langit, maupun bersebaris di atas sana....simpan saja teleskop dan kamera demi mengejar 'seribu bulan' dan kembali kepada fitrah...
Pada hujung minggu ini, insyaallah lebaran akan menjelang..lapangkan dada, luangkan hati serta minda untuk fenomena ulung yang berlaku setiap tahun ini....kewajipan berzakat jangan dilupai...bermaafan sesama kita...doakan segalanya berjalan lancar...bagi yang pulang berhari raya jauh maupun dekat...
agar mampu kita rancakkan semula aktiviti falak selepas hampir sebulan 'berehat'....jom raikan falak!!
p/s : sepanjang seminggu ini jerebu menghijab semua objek langit Pulau Pinang..

Friday, August 10, 2012

Peristiwa Bulan Menghijab Musytari

Pada pagi 12.8.2012 (Ahad) nanti, kita akan berpeluang menyaksikan satu peristiwa yang biasanya disebut sebagai Moon Occults Jupiter. Dalam kata lain, bulan pada ketika itu akan menghijab planet Musytari hampir 30 minit di Pulau Pinang bermula jam 2.34 pagi hingga jam 3.00 pagi. Satu fenomena yang menarik untuk dirakamkan...jom raikan falak!!!


kedudukan planet Musytari sebelum dihijab oleh bulan pada jam 2.30 pagi
 

kedudukan planet Musytari selepas dihijab oleh bulan pada pukul 3.00 pagi
 

Thursday, August 9, 2012

Desir Marikh Menguntum Mahabbah Falakpenang-Falakkedah

Alhamdulillah, malam tadi (8/8/2012), desir angin Marikh bersama 'panas'nya derap Curiosity menemukan lagi team falakpenang dan falakkedah di SMA Taufikiah Khairiah Halimiah, Padang Lumat, Kedah. Program pendedahan ilmu falak syarie dan pencerapan bintang anjuran sekolah itu turut dijayakan Jabtan Ukur Dan Pemetaan Negeri Kedah dan SMKA Al-Mashoor (L) berjaya menarik minat hampir 800 pelajar sekolah berkenaan.
Walaupun, cuaca agak mengecewakan dan tiada sebarang objek langit dapat dicerap dengan jelas, namun semangat ingin tahu amat berkobar-kobar di kalangan para pelajar dengan pelbagai soalan dan pertanyaan diajukan kepada krew falakpenang dan falakkedah. Kaunter edaran bahan falak dan jualan cenderamata tak putus-putus diserbu oleh para pelajar yang dahagakan pengetahuan disamping merobek sifat ingin tahu di hati masing-masing. Apapun, terima kasih atas jemputan...moga pengetahuan yang sedikit ini dapat kita manfaatkan bersama....moga ketemu lagi di lain acara...jom raikan falak!!!

Monday, July 23, 2012

Ramadan 1433H

Majlis Cerapan Hilal Ramadan 1433H pada 19 Julai 2012 lepas berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran lebih 100 orang tetamu. Walaupun umur bulan hanya mencapai 7 jam 18 minit di Pantai Acheh pada hari itu, para pencerap masih bersemangat untuk menjejak hilal hingga ke saat terbenamnya. Cuaca baik namun kecerahan sang mentari menutup segala objek langit yang lain daripada memunculkan diri. Apapun, terima kasih kepada semua yang hadir...kita ketemu pada cerapan hilal syawal nanti....yang pastinya membuka ruang menjejak yang lebih terbuka buat semua pencerap. Jom raikan falak....