Monday, June 21, 2010

Falak On Da Street @ Pantai Queensbay

Team falakpenang dalam usaha mempromosikan Karnival Falak Pulau Pinang 2010, telah turun ke Pantai Queensbay dengan program falak on da street. Cuaca agak baik pada 19 Jun 2010 lalu, dengan langit menghidangkan wajah bulan separa yang anggun, pancaran cahaya sang Venus yang angkuh dikaki langit barat dan rupa bentuk klasik sang Zuhal yang bergelang itu. Kehadiran pengunjung yang mencuba menerobos wajah bulan malam itu amat memberangsangkan....sehingga memaksa krew falakpenang berembun sehingga jam 2.oo pagi. Apapun, terima kasih banyak atas sokongan orang ramai....terasa bagaikan ilmu falak mulai membugar jiwa-jiwa yang ketandusan lagaknya......

Karnival Falak Pulau Pinang 2010


Jemput Hadir Beramai-ramai...



Tuesday, June 15, 2010

Hilal Rejab 1431H




Petang ahad lalu(13 Jun), hilal Rejab muncul disebalik kawanan awan tebal di Pantai Acheh...hampir berputus asa team falakpenang pada mulanya kerana kawanan awan hitam turun menuruti tenggelamnya sang mentari tika itu. Apapun, kepuasan merukyah petang itu amat terasa dengan anak bulan kelihatan di ruang udara kasa lebih 10 minit...sebelum dilitupi awan pada jam 8.13 malam.

Friday, June 11, 2010

falakpenang @ Bengkel Falak JMN Perlis





Pada 7-9 Jun lalu, team falakpenang telah menjayakan Bengkel Falak Syarie-Hisab Arah Kiblat bersama JMN Perlis di De Baron Resort, Langkawi. Bengkel yang disertai lebih 20 peserta itu berjaya mengupas dan merungkai beberapa isu dan topik berkaitan arah kiblat dan ilmu falak sendiri. Sepanjang bengkel tersebut, peserta didedahkan dengan kaedah pencarian titik kordinat tempat, hitungan arah kiblat dan penandaan arah kiblat di kediaman masing-masing. Diharapkan minat dan semangat para peserta akan berterusan, sebagaimana ucapan Timbalan Mufti Perlis yang berjanji akan meneruskan bengkel falak ini ke tahap yang lebih tinggi.



Wednesday, June 2, 2010

Ilmu Falak Membugar Ketamadunan

Ilmu falak membugar ketamadunan....itulah tema bagi Karnival Falak Pulau Pinang 2010 yang akan diadakan pada 26-27 Jun 2010 bertempat di Masjid Jamek At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas. Jemput hadir beramai-ramai....mungkin ada maklumat dan info yang dapat dikongsi bersama....mungkin ada ilmu yang dapat digali bersama....mungkin ada kegusaran yang dapat diredakan bersama....mungkin ada keceriaan yang dapat dirasai bersama....raikan falak!!!!