Showing posts with label anak bulan. Show all posts
Showing posts with label anak bulan. Show all posts

Tuesday, September 14, 2010

Cerapan Hilal Syawal 1431H



Majlis Cerapan Syawal 8 September 2010 lalu berlangsung sebagaimana tahun-tahun sebelumnya....dan keputusannya telah dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada malamnya...ternyata segala khabar angin dan cerita-cerita kosong yang mengelirukan masyarakat meleset sama sekali. Hari Raya Puasa 2010 jatuh pada hari Jumaat 10 September 2010...terima kasih kepada yang mahu bertanya pihak berwajib dalam hal ini...mendapatkan penjelasan tentang desas desus raya pada hari Khamis...harapan kami agar tiada yang beremosi dan tergelintar dengan cerita-cerita kosong tanpa fakta dan data yang muktabar. Apapun...raikan falak dengan data dan fakta yang tepat!!!!!

Monday, September 6, 2010

Anak bulan oh anak bulan


Entah tiba-tiba...timbul cerita raya akan jatuh pada hari Khamis ini...tersebar agak meluas...hinggakan telefonku kepanasan berdering...bertalu-talu masuk...bertanyakan tentang kebenaran raya hari khamis....atau jumaat!! Melalui sms guruku...Dr Baharrudin dan laman sesawang sosial guruku Cikgu Mat...ternyata mereka juga mengalami nasib yang sama...Hmm...ada benarnya...dan memang benar pun kata Dr Baha...taqwim adalah mekanisma sains dan agama... pendapat-pendapat sebegitu bakal meresahkan masyarakat....malah media pun patut memainkan peranan sewajarnya....

Wednesday, July 14, 2010

XPDC Rukyah Hilal @ Pulau Perhentian



Xpdc rukyah hilal Syaaban kali ini benar-benar mengujakan...apa tidaknya...untuk sampai ke Pulau Perhentian Kecil pun ada yang kegusaran di lambung ombak...dengan bot laju yang mengerutkan dahi....hajat mengelih anak bulan diteruskan jua. Bermula jam 6 petang lagi...sambil santai-santai dengan oren jus ditangan...sessi mencari tapak dan mendirikan alat bermula. Tika mentari mula berlabuh....sang awan nakal turut mengekori...sama bermain di kaki langit barat. Ah...berpeluh semua pencerap...hajat memecah rekod lebur begitu saja...bagai Belanda yang terlepas World Cup lagaknya....apapun...ia pengalaman menarik...kerana menjejak hilal memang senantiasa tak semudah yang disangkakan.....

Tuesday, June 15, 2010

Hilal Rejab 1431H




Petang ahad lalu(13 Jun), hilal Rejab muncul disebalik kawanan awan tebal di Pantai Acheh...hampir berputus asa team falakpenang pada mulanya kerana kawanan awan hitam turun menuruti tenggelamnya sang mentari tika itu. Apapun, kepuasan merukyah petang itu amat terasa dengan anak bulan kelihatan di ruang udara kasa lebih 10 minit...sebelum dilitupi awan pada jam 8.13 malam.

Friday, April 16, 2010

Mencerap anak bulan

Aktiviti mencerap anak bulan sememangnya tugas rutin pegawai-pegawai falak setiap negeri. Dan setiap kali hari berlakunya cerapan, akan berderiplah sms-sms rakan-rakanku dari negeri-negeri lain." Penang camner..nampak ke?" aku merenung sms dari Melaka....ah, bagai sukarnya untuk kujawab sms itu...."tak..awan tebal" jawabku ringkas....seringkas mesej pesanan ringkas!!! Petang semalam, aku bersama 55 pelajar ukur tanah POLISAS, Kuantan yang mengunjungi Pusat Falak Sheikh Tahir melakukan cerapan hilal Jamadil Awal 1431H. Ah...dalam keadaan awan yang tidak menentu, langit Pulau Pinang bagai kesedihan petang semalam... Namun,kesabaran para pelajar POLISAS amat aku kagumi sebenarnya...mereka menunggu sehingga bulan benar-benar terbenam...pencerapan kami tamatkan jam 20:03...bagai terngiang di telingaku pesanan guruku, Dr Baha..."ahli falak tidak boleh meninggalkan tapak cerapan sehingga bulan benar-benar tenggelam....walaupun cuaca amat buruk hari itu". Itulah yang aku praktikkan selama ini....dan aku terapkan jua pada rakan-rakanku yang baru dalam bidang falak ini. Kegusaranku tiba-tiba bertukar geram atas kehadiran Dr Baha...."saya orang pertama nampak di balai cerap KUSZA petang ni, anak bulan muncul lebih 20 minit di langit Merang". Ahhhh....jelesnya aku menerima sms itu...namun aku akur...rezeki masing-masing. Mungkin rezekiku di lain kali...mungkin tika Terengganu dilanda musim tengkujuh nanti....aku akan menghantui Dr Baha dengan sms-sms kenampakan hilal di Pulau Pinang pula....
Begitulah rutinku dan rakan-rakan setiap bulan...baik rakan-rakan di Pusat Falak Sheikh Tahir..atau rakan-rakan falak di negeri lain...saling berlumba memenangi kenampakan anak bulan. Suatu pertandingan yang amat sihat kurasakan....Apapun....selepas bulan ghurub, langit Pantai Aceh agak cerah dengan kemunculan Sirius, Orion, Procyon, Aldebaran, Castor dan Pollux....ah...sayangnya adik-adikku dari POLISAS tadi malam tak boleh lama di situ...kalau tak...boleh kita sama-sama mencerap bintang...disamping mengenal beberapa buruj yang agak familiar di langit....Raikan falak....