Memandangkan Hujan Meteor Leonids akan mencapai kemuncaknya pada pagi 17-18 November ini...saya rasa eloklah kita sambung sdikit lagi pembelajaran peta bintang kita. Hujan Meteor Leonids ini berlaku setiap tahun pada tarikh yang sama...di tempat yang sama. Untuk melihat hujan meteor ini, pandang ke arah TIMUR sekitar jam 4.00 pagi sehingga subuh. Bagaimana dapat kita ketahui kedudukan tempat keluarnya hujan meteor ini.? Inilah gunanya kita mempelajari peta bintang....kita menggunakan peta bintang Pusat Falak Sheikh Tahir. Ok...cara membaca peta bintang amat mudah...yang pertama kita perlu mengetahui TARIKH hari untuk dibuat cerapan. Katakan hari ini, 16 November 2010. Cuba lihat di garisan bawah peta bintang kita yang terdapat TARIKH dan takat garis MASA. Sekarang cari tarikh hari ini atau tarikh yang paling hampir dengannya. Saya pasti anda akan menjumpai 2 tarikh untuk bulan November iaitu, NOVEMBER 6 dan NOVEMBER 20. Jadi, kita akan menggunakan tarikh NOVEMBER 20 sebagai tarikh rujukan kita hari ini. Sekarang lihat bintang-bintang dan buruj yang terdapat segarisan (dari bawah ke atas) dengan tarikh tersebut. Semua bintang dan buruj yang berada di dalam garisan tersebut adalah buruj dan bintang yang terdapat di atas kepala kita pada jam 8 MALAM. Disebelah utara, kita akan nampak ANDROMEDA dan PEGASUS....manakala di selatan, AQUARIUS dan SCULPTOR. Dapat kan?
Ok....untuk mengubah kedudukan jam pula...kita akan bergerak ke KIRI mengikut takat MASA yang terdapat dalam garisan TARIKH tadi. Setiap takat mewakili SATU JAM...jadi, kita bermula dengan NOVEMBER 20 sebagai jam 8 MALAM...bergerak ke KIRI iaitu ke DISEMBER 6 akan membawa kita ke jam 9 MALAM....DISEMBER 21 = jam 10 MALAM.... dan begitulah seterusnya. Sekarang kita akan cari...di mana buruj LEO...kerana daripada situlah hujan meteor akan keluar. Kita buat kiraan bermula jam 8 MALAM pada TARIKH NOVEMBER 20.... bergerak ke KIRI setiap SATU JAM....kita kan jumpa buruj LEO pada kedudukan jam 6 PAGI atau 7 PAGI. Jadi kita dapat kenalpasti bahawa buruj LEO akan berada di atas kepala kita pada waktu tersebut. Untuk melihat hujan meteor, cukup untuk kita menganggarkan waktu buruj itu berada di ufuk TIMUR, iaitu kira-kira 2 atau 3 jam ke belakang.....jadi dapat kita pastikan bahawa hujan meteor ini boleh di lihat sekitar jam 4 PAGI....macam mana? Mudah kan...?
No comments:
Post a Comment