Friday, March 18, 2011
Lawatan Falak Ke Pontianak 19-23 Mac ini
Cadangan team falakpenang untuk ke Pontianak, Kalimantan, Indonesia mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Pelbagai tanggapan dan komen diperolehi...malah ada yang memperkecilkan usaha ini. Apapun, tahniah untuk team falakpenang yang begitu kental dan cekal hatinya untuk terus teguh dengan pendirian yang kita sama-sama rancangkan sejak Oktober tahun lepas. Tidak sampai lagi 24 jam perjalanan yang panjang akan bermula....akan kita bawa bersama usaha-usaha kita selama ini dan roh sebagai 'pekerja falak' tetap kita pertahankan....lantas, team falakpenang mengharapkan doa rakan-rakan falak agar perjalanan yang panjang ini dirahmati dan diberkati....semoga selamat sampai dan selamat pulang...selamat mencapai apa yang diusahakan dan dirancangkan....Untuk pengetahuan, fenomena matahari tegak atas titik O darjah khatulistiwa ini, atau Vernal Equinox akan berlaku pada 21 Mac 2011 di Tugu Khatulistiwa di Bandar Pontianak, Kalimantan, Indonesia lebih kurang jam 11.57 tengahari. Terdapat suatu tempat yang menjadi tumpuan ramai semasa peristiwa ini iaitu Tugu Khatulistiwa yang didirikan pada tahun 1928 oleh pemyelidik Belanda yang ketika itu berusaha menentukan titik O darjah. Team falakpenang InsyaAllah akan diiringi oleh Konsul Malaysia di Pontianak untuk ke Tugu Khatulistiwa di samping kunjungan hormat ke pejabat Konsul selepas itu....raikan falak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment