Thursday, December 30, 2010

Biar Falak Berbicara (10)

Ah...agak lama falak tidak berbicara di sini...kekangan waktu dan masa yang menghimpit...bagai mencipta suatu keterlupaan yang merengsakan....apapun...terima kasih kepada yang sudi menjadi follower kepada blog ini..baru tersedar...ramai adik2 yang mula menjengah dan manyapa laman ini...TERIMA KASIH BANYAK....  Antara aktiviti falakpenang yang terakhir untuk tahun ini ialah Falak On The Street pada 13 Disember lalu di Masjid Daerah Jawi, SPS...Alhamdulillah...sambutan amat menggalakkan daripada warga sekitar daerah Jawi...tersentuh jua hatiku dengan keterujaan beberapa remaja yang sabar dan lama menanti untuk melihat sendiri lintasan meteor Geminids...dan ternyata kesabaran mereka terbalas dengan kehadiran beberapa meteor di langit Jawi pagi itu...walau dalam cuaca yang sedikit merisaukan....Pada 25 Disember pula, team falakpenang dijemput mengadakan cerapan langit sempena Kem Mukhayyam di Surau Al-Furqan, Taman Seri Indah, Pajak Song, Kepala Batas. Langit begitu mengizinkan pada malam itu...dan anak-anak serta penduduk sekitar dapat melihat wajah Jupiter dari dekat....mengenali objek langit seperti Buruj Orion aka bintang kiblat....Gugusan Pleaides @ Bintang Tujuh Beradik...bintang Sirius...dan meatap kawah Bulan pada awal paginya....apapun...seawal 2011 ini, Hujan Meteor Quadrantids akan muncul pada 3-4 Januari...anda cuma perlu tumpukan perhatian ke arah langit Utara sekitar jam 2.00 pagi hingga ke subuih....insyaAllah...akan akan temuinya...jom raikan falak...

Tuesday, November 16, 2010

Hujan Meteor Leonids 17-18 November 2010

Memandangkan Hujan Meteor Leonids akan mencapai kemuncaknya pada pagi 17-18 November ini...saya rasa eloklah kita sambung sdikit lagi pembelajaran peta bintang kita. Hujan Meteor Leonids ini berlaku setiap tahun pada tarikh yang sama...di tempat yang sama. Untuk melihat hujan meteor ini, pandang ke arah TIMUR sekitar jam 4.00 pagi sehingga subuh. Bagaimana dapat kita ketahui kedudukan tempat keluarnya hujan meteor ini.? Inilah gunanya kita mempelajari peta bintang....kita menggunakan peta bintang Pusat Falak Sheikh Tahir. Ok...cara membaca peta bintang amat mudah...yang pertama kita perlu mengetahui TARIKH hari untuk dibuat cerapan. Katakan hari ini, 16 November 2010. Cuba lihat di garisan bawah peta bintang kita yang terdapat TARIKH dan takat garis MASA. Sekarang cari tarikh hari ini atau tarikh yang paling hampir dengannya. Saya pasti anda akan menjumpai 2 tarikh untuk bulan November iaitu, NOVEMBER 6 dan NOVEMBER 20. Jadi, kita akan menggunakan tarikh NOVEMBER 20 sebagai tarikh rujukan kita hari ini. Sekarang lihat bintang-bintang dan buruj yang terdapat segarisan (dari bawah ke atas) dengan tarikh tersebut. Semua bintang dan buruj yang berada di dalam garisan tersebut adalah buruj dan bintang yang terdapat di atas kepala kita pada jam 8 MALAM. Disebelah utara, kita akan nampak ANDROMEDA dan PEGASUS....manakala di selatan, AQUARIUS dan SCULPTOR. Dapat kan?
Ok....untuk mengubah kedudukan jam pula...kita akan bergerak ke KIRI mengikut takat MASA yang terdapat dalam garisan TARIKH tadi. Setiap takat mewakili SATU JAM...jadi, kita bermula dengan NOVEMBER 20 sebagai jam 8 MALAM...bergerak ke KIRI iaitu ke DISEMBER 6 akan membawa kita ke jam 9 MALAM....DISEMBER 21 = jam 10 MALAM.... dan begitulah seterusnya. Sekarang kita akan cari...di mana buruj LEO...kerana daripada situlah hujan meteor akan keluar. Kita buat kiraan bermula jam 8 MALAM pada TARIKH NOVEMBER 20.... bergerak ke KIRI setiap SATU JAM....kita kan jumpa buruj LEO pada kedudukan jam 6 PAGI atau 7 PAGI. Jadi kita dapat kenalpasti bahawa buruj LEO akan berada di atas kepala kita pada waktu tersebut. Untuk melihat hujan meteor, cukup untuk kita menganggarkan waktu buruj itu berada di ufuk TIMUR, iaitu kira-kira 2 atau 3 jam ke belakang.....jadi dapat kita pastikan bahawa hujan meteor ini boleh di lihat sekitar jam 4 PAGI....macam mana? Mudah kan...?

Monday, November 1, 2010

Mari Belajar Membaca Peta Bintang 2

Diatas adalah contoh peta bintang yang biasa saya gunakan untuk mencerap buruj bintang di langit. Saya rasa ramai yang pernah melihat atau menggunakan petan bintang sebegini...cuma ini adalah versi dan edisi Pusat Falak Sheikh Tahir. Sebagai pengenalan...peta bintang ini membahagikan langit kepada empat arah angin iaitu Utara, Selatan, Barat dan Timur. Didalam peta bintang ini...nama bagi buruj di labelkan dengan HURUF BESAR  - ada 88 semuanya dan nama bintang dilabelkan dengan huruf kecil. Itu yang membezakan nama-nama yang yang tertulis di dalam peta bintang ini. Ok....jumpa lagi di kesempatan yang lain untuk pembelajaran seterusnya...



Tuesday, October 19, 2010

Hujan Meteor Orionods 21-22hb Okt ini....

Ah....lupakan seketika pasal pembelajaran kita tentang peta bintang...kita bincangkan sebentar tentang fenomena yang akan berlaku pada minggu ini....Hujan Meteor Orionids akan tiba pada 21-22 Oktober ini...
Meteor adalah bebola api yang berlalu sekilas pandang di langit luas...dan pada tarikh tersebut anda cuma perlu tumpukan perhatian pada langit utara...condong ke kanan sedikit...iaitu sedikit ke Timur...sekitar jam 2 atau 3 pagi...lebih tepat lagi pada sesiku kanan sang pemburu di buruj Orion....anda akan dapat melihat lintasan-lintasan bebola api yang mengagumkan....segalanya bergantung pada cuaca yang baik dan cantik...apapun...pada minggu ini...sang purnama akan menyerlah di tengah langit....jadi tunggulah sekitar jam 2 @ 3 pagi...sehingga sang purnama mulai merangkak ke langit barat...anda tumpukan perhatian ke langit utara.... raikan falak..

Wednesday, October 6, 2010

Mari Belajar Membaca Peta Bintang

Pernahkah anda pada sesuatu malam...tika memandang ke langit luas...anda terlihat begitu banyak taburan mutiara di dada langit...bagai berkaca di malam yang gelap sunyi? Tahukah anda bahawa terdapat kira-kira 3,000 bintang yang dapat dilihat dengan mata kasar pada satu malam? Dan tahukah anda bahawa setiap gugusan yang berada di kawasan langit yang berdekatan akan membentuk satu buruj? Dan buruj-buruj ini pula telah dipatenkan dan dipetakan oleh IAU menjadi 88 buruj yang sentiasa berada di langit kita sepanjang tahun.....Mengetahui dan memahami peta bintang adalah suatu kelebihan bagi anda yang berada di kawasan-kawasan yang gelap....yang dapat menyaksikan ribuan bintang yang bertaburan di langit. Buruj-buruj ini juga ada yang menjadi panduan kita untuk mengetahui arah kiblat dan pedoman bagi yang berkelana.... 

Friday, September 24, 2010

Fenomena Tanpa Bayang di Pontianak

Setiap tahun...ketika matahari tegak pada tarikh 21-23 Mac dan 21-23 September di atas bandar Pontianak yang berlatitud 0'00N dan 109'20E...semua benda tegak yang berada di situ tidak akan mempunyai bayang bagi tempoh selama 5 minit hingga 10 minit. Fenomena menarik ini bakal dinikmati oleh team falakpenang yang tika ini sedang merancang untuk menyertai ekspedisi ke sana...kepada yang berminat boleh menghubungi saya atau krew falakpenang secepat mungkin kerana urusan tempahan tiket sedang dijalankan...sekiranya anda meempah dalam waktu terdekat...kos keseluruhan adalah kurang daripada RM500...

Wednesday, September 15, 2010

Istiqbal Musytari 21 September ini...


Planet terbesar dalam sistem suria kita, Musytari akan berada dalam posisi istiqbal pada 21 September ini...dan yang paling menariknya...fenomena ini dapat dilihat sepanjang malam bermula selepas maghrib hingga subuh esoknya...dan purnama jua mula mengambang penuh mulai malam tersebut. Peristiwa istiqbal atau opposisi berlaku dimana kedudukan planet Musytari, bumi dan matahari berada dalam satu garisan lurus...pada malam tersebut, Musytari akan kelihatan amat terang pada pandangan mata kasar...dan lebih terserlah ke'ayuan'nya menerusi lensa teleskop!!! Krew falakpenang akan mengadakan pencerapan di Pusat Falak Sheikh Tahir sepanjang malam tersebut untuk mendokumentasikan wajah Musytari itu bersama bulan-bulannya yang terkenal iaitu Europa, Io, Ganymede dan Callisto. Harapnya cuaca mengizinkan dan kita sama-sama dapat berkongsi nanti..di atas saya sertakan wajah Musytari yang pernah dirakamkan NASA...raikan falak...