Tuesday, February 1, 2011
Safar Semakin Tua
Tadi pagi...kelihatan sang bulan sungguh indah..walaupun pada umur Safar yang sudah tua...namun kejernihan wajah yang terpancar amat mengagumkan....alangkah baiknya jika dapat merakamkannya...Ah, bulan tua bagai sinonim dengan 'tua' nya umur seseorang....sering dilupakan...tika sang peminat astronomi lebih teruja merakamkan wajah bulan separa atau purnama penuh mengambang....wajah bulan tua pada jam 7.00 pagi tadi amat unik dengan sedikit kesan 'earthshine' di bahagian atasnya...dan Venus sedang tinggi dilangit menuju ke puncak dasawarsa.....raikan falak.
Tuesday, January 25, 2011
Sesekali Falak Beriadah....
Team falakpenang mengambil peluang beriadah di Hutan Sg Tukun Teluk Bahang pada 22 Januari lalu dengan mencuba mengatasi rasa gayat dan goyah tika melalui jambatan gantung 'Canopy Walkaway' sejauh 260m di situ...Sesungguhnya peluang mengeluarkan peluh ini tidak disia-siakan team falakpenang....sambil merasai nikmat dilambung ombak ketika bersampan menuju ke kelong tempat ternakan ikan dalam sangkar....raikan falak dengan lebih sihat!!!!
Monday, January 24, 2011
Falak On The Street Edisi 1/2011
Program Falak On The Street yang sering mendapat sambutan ramai sejak penganjurannya diteruskan bagi tahun ini di Pantai Queensbay pada 19 Januari lalu. Cuaca amat baik malam itu....wajah bulan dapat dilihat dan dicerap dengan jelas....Musytari juga cerah bersama 4 bulannya, Io,Ganymede, Europa dan Callisto...Terima kasih pada yang sudi singgah meneropong bersama kami...terima kasih juga kertana sudi berkongsi pengalaman dan ilmu sepanjang perbualan singkat malam itu...moga berjumpa lagi pada siri akan datang....selepas ini di Pasar Ahad, Penaga pada 13 Februari 2011 jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari...raikan falak
Wednesday, January 12, 2011
Bulan
Hari ini akan bermula fasa separuh bulan..iaitu bulan separa. Masa ini amat sesuai untuk peminat falak yang pertama kali berhajat untuk merakamkan potret angkasa. Kita mulakan dengan mengambil gambar bulan...hanya menggunakan teleskop yang bersaiz kecil dan kamera biasa-biasa saja sudah boleh 'menangkap' kawah-kawah bulan yang cantik. Jom meneropong sambil belajar ambil gambar....

Tuesday, January 4, 2011
Biar Falak Berbicara (11)
Hari ini merupakan hari ke 29 dalam bulan Muharam....kebiasaannya seseorang ahli falak mencerap untuk menentukan samada esoknya 1 Safar atau 30 Muharam....meskipun data sedia ada...ianya hanyalah aplikasi saintifik yang diterima pakai sejak dulu...mengambil data atau hisab secara bulat-bulat bagai menafikan tuntutan rukyah...ah, meskipun data pada hari ini menunjukkan anak bulan tiada di atas ufuk...siapa yang bisa mengesahkan ketiadaannya tanpa melakukan rukyah. Itulah roh yang sepatut ada dalam setiap diri ahli falak..tetap berpegang kepada prinsip yang sedia selama ini....apalah hendak dijawab kepada masyarakat sekiranya balai cerap ditutup pada hari rukyah...walau ianya hanya cerapan bulan biasa, bukan bulan-bulan rasmi seperti Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Bagi saya, cerapan pada hari ke 29 perlu untuk mengesahkan data emperik hasil kajian saintifik selama ini...sedangkan cerapan pada hari ke 30 atau hari pertama bulan berikutnya adalah proses rakaman hilal atau sabit muda untuk tujuan rekod sesuatu balai cerap. Apapun, selamat mencerap bagi yang di arahkan....moga roh falak tidak hilang di kalangan kita nanti....
![]() |
| Gambar Hilal Muharam 1432H oleh team UM |
Thursday, December 30, 2010
Biar Falak Berbicara (10)
Ah...agak lama falak tidak berbicara di sini...kekangan waktu dan masa yang menghimpit...bagai mencipta suatu keterlupaan yang merengsakan....apapun...terima kasih kepada yang sudi menjadi follower kepada blog ini..baru tersedar...ramai adik2 yang mula menjengah dan manyapa laman ini...TERIMA KASIH BANYAK.... Antara aktiviti falakpenang yang terakhir untuk tahun ini ialah Falak On The Street pada 13 Disember lalu di Masjid Daerah Jawi, SPS...Alhamdulillah...sambutan amat menggalakkan daripada warga sekitar daerah Jawi...tersentuh jua hatiku dengan keterujaan beberapa remaja yang sabar dan lama menanti untuk melihat sendiri lintasan meteor Geminids...dan ternyata kesabaran mereka terbalas dengan kehadiran beberapa meteor di langit Jawi pagi itu...walau dalam cuaca yang sedikit merisaukan....Pada 25 Disember pula, team falakpenang dijemput mengadakan cerapan langit sempena Kem Mukhayyam di Surau Al-Furqan, Taman Seri Indah, Pajak Song, Kepala Batas. Langit begitu mengizinkan pada malam itu...dan anak-anak serta penduduk sekitar dapat melihat wajah Jupiter dari dekat....mengenali objek langit seperti Buruj Orion aka bintang kiblat....Gugusan Pleaides @ Bintang Tujuh Beradik...bintang Sirius...dan meatap kawah Bulan pada awal paginya....apapun...seawal 2011 ini, Hujan Meteor Quadrantids akan muncul pada 3-4 Januari...anda cuma perlu tumpukan perhatian ke arah langit Utara sekitar jam 2.00 pagi hingga ke subuih....insyaAllah...akan akan temuinya...jom raikan falak...
Tuesday, November 16, 2010
Hujan Meteor Leonids 17-18 November 2010
Memandangkan Hujan Meteor Leonids akan mencapai kemuncaknya pada pagi 17-18 November ini...saya rasa eloklah kita sambung sdikit lagi pembelajaran peta bintang kita. Hujan Meteor Leonids ini berlaku setiap tahun pada tarikh yang sama...di tempat yang sama. Untuk melihat hujan meteor ini, pandang ke arah TIMUR sekitar jam 4.00 pagi sehingga subuh. Bagaimana dapat kita ketahui kedudukan tempat keluarnya hujan meteor ini.? Inilah gunanya kita mempelajari peta bintang....kita menggunakan peta bintang Pusat Falak Sheikh Tahir. Ok...cara membaca peta bintang amat mudah...yang pertama kita perlu mengetahui TARIKH hari untuk dibuat cerapan. Katakan hari ini, 16 November 2010. Cuba lihat di garisan bawah peta bintang kita yang terdapat TARIKH dan takat garis MASA. Sekarang cari tarikh hari ini atau tarikh yang paling hampir dengannya. Saya pasti anda akan menjumpai 2 tarikh untuk bulan November iaitu, NOVEMBER 6 dan NOVEMBER 20. Jadi, kita akan menggunakan tarikh NOVEMBER 20 sebagai tarikh rujukan kita hari ini. Sekarang lihat bintang-bintang dan buruj yang terdapat segarisan (dari bawah ke atas) dengan tarikh tersebut. Semua bintang dan buruj yang berada di dalam garisan tersebut adalah buruj dan bintang yang terdapat di atas kepala kita pada jam 8 MALAM. Disebelah utara, kita akan nampak ANDROMEDA dan PEGASUS....manakala di selatan, AQUARIUS dan SCULPTOR. Dapat kan?
Ok....untuk mengubah kedudukan jam pula...kita akan bergerak ke KIRI mengikut takat MASA yang terdapat dalam garisan TARIKH tadi. Setiap takat mewakili SATU JAM...jadi, kita bermula dengan NOVEMBER 20 sebagai jam 8 MALAM...bergerak ke KIRI iaitu ke DISEMBER 6 akan membawa kita ke jam 9 MALAM....DISEMBER 21 = jam 10 MALAM.... dan begitulah seterusnya. Sekarang kita akan cari...di mana buruj LEO...kerana daripada situlah hujan meteor akan keluar. Kita buat kiraan bermula jam 8 MALAM pada TARIKH NOVEMBER 20.... bergerak ke KIRI setiap SATU JAM....kita kan jumpa buruj LEO pada kedudukan jam 6 PAGI atau 7 PAGI. Jadi kita dapat kenalpasti bahawa buruj LEO akan berada di atas kepala kita pada waktu tersebut. Untuk melihat hujan meteor, cukup untuk kita menganggarkan waktu buruj itu berada di ufuk TIMUR, iaitu kira-kira 2 atau 3 jam ke belakang.....jadi dapat kita pastikan bahawa hujan meteor ini boleh di lihat sekitar jam 4 PAGI....macam mana? Mudah kan...?
Ok....untuk mengubah kedudukan jam pula...kita akan bergerak ke KIRI mengikut takat MASA yang terdapat dalam garisan TARIKH tadi. Setiap takat mewakili SATU JAM...jadi, kita bermula dengan NOVEMBER 20 sebagai jam 8 MALAM...bergerak ke KIRI iaitu ke DISEMBER 6 akan membawa kita ke jam 9 MALAM....DISEMBER 21 = jam 10 MALAM.... dan begitulah seterusnya. Sekarang kita akan cari...di mana buruj LEO...kerana daripada situlah hujan meteor akan keluar. Kita buat kiraan bermula jam 8 MALAM pada TARIKH NOVEMBER 20.... bergerak ke KIRI setiap SATU JAM....kita kan jumpa buruj LEO pada kedudukan jam 6 PAGI atau 7 PAGI. Jadi kita dapat kenalpasti bahawa buruj LEO akan berada di atas kepala kita pada waktu tersebut. Untuk melihat hujan meteor, cukup untuk kita menganggarkan waktu buruj itu berada di ufuk TIMUR, iaitu kira-kira 2 atau 3 jam ke belakang.....jadi dapat kita pastikan bahawa hujan meteor ini boleh di lihat sekitar jam 4 PAGI....macam mana? Mudah kan...?
Subscribe to:
Posts (Atom)










