Wednesday, March 30, 2011

Vernal Equinox @ Pontianak 2011

Vernal Equinox yang berlaku pada 21 Mac 2011 di Pontianak, Kalimantan Barat saban tahun menarik pelbagai golongan ke Tugu Khatulistiwa. Team falakpenang yang berkesempatan hadir bersama konsul Malaysia di Pontinak pada hari itu amat bertuah kerana dapat sama-sama masyarakat tempatan meraikan  detik "Pesona Kulminasi Matahari". Disamping itu, team falakpenang juga turut menjalankan kajian fizikal transit matahari menggunakan tongkat istiwa yang mengambil kira bayang yang wujud sebelum transit dan selepas berlakunya zawal. Ternyata peralatan kecil team falakpenang dan data-data efemeris matahari menarik perhatian masyarakat setempat yang sebelum ini tidak pernah ada pihak yang menjalankan kajian fizikal peristiwa transit matahari. Apapun,terima kasih kepada semua yang terlibat membantu team falakpenang...tak lupa juga yang turut mendoakan team falakpenang sepanjang berada di Pontianak.

Friday, March 18, 2011

Lawatan Falak Ke Pontianak 19-23 Mac ini

Cadangan team falakpenang untuk ke Pontianak, Kalimantan, Indonesia mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Pelbagai tanggapan dan komen diperolehi...malah ada yang memperkecilkan usaha ini. Apapun, tahniah untuk team falakpenang yang begitu kental dan cekal hatinya untuk terus teguh dengan pendirian yang kita sama-sama rancangkan sejak Oktober tahun lepas. Tidak sampai lagi 24 jam perjalanan yang panjang akan bermula....akan kita bawa bersama usaha-usaha kita selama ini dan roh sebagai 'pekerja falak' tetap kita pertahankan....lantas, team falakpenang mengharapkan doa rakan-rakan falak agar perjalanan yang panjang ini dirahmati dan diberkati....semoga selamat sampai dan selamat pulang...selamat mencapai apa yang diusahakan dan dirancangkan....Untuk pengetahuan, fenomena matahari tegak atas titik O darjah khatulistiwa ini, atau Vernal Equinox akan berlaku pada 21 Mac 2011 di Tugu Khatulistiwa di Bandar Pontianak, Kalimantan, Indonesia lebih kurang jam 11.57 tengahari. Terdapat suatu tempat yang menjadi tumpuan ramai semasa peristiwa ini iaitu Tugu Khatulistiwa yang didirikan pada tahun 1928 oleh pemyelidik Belanda yang ketika itu berusaha menentukan titik O darjah. Team falakpenang InsyaAllah akan diiringi oleh Konsul Malaysia di Pontianak untuk ke Tugu Khatulistiwa di samping kunjungan hormat ke pejabat Konsul selepas itu....raikan falak.

Friday, March 11, 2011

Kem Sains Astronomi SMK Paya Keladi

Semalam (10 Mac), berlangsung Kem Sains Astronomi SMK Paya Keladi, Kepala Batas yang dikendalikan Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Peserta seramai 100 orang begitu teruja dan bersemangat mengikuti bengkel-bengkel yang dijalankan terutama bengkel roket air. Pada malamnya pula, paea peserta di ajar mengenali peta bintang dan mencari sendiri buruj-buruj yang terdapat dilangit. Wajah bulan separa juga dapat dicerap dengan jelas tadi malam...sehinggakan para peserta, ibu bapa dan guru-guru terkesima menatapnya. Apapun, terima kasih kepada yang sudi menjemput dan berkongsi ilmu...moga ketemu lagi di lain aktiviti....raikan falak!

Tuesday, February 1, 2011

Safar Semakin Tua

Tadi pagi...kelihatan sang bulan sungguh indah..walaupun pada umur Safar yang sudah tua...namun kejernihan wajah yang terpancar amat mengagumkan....alangkah baiknya jika dapat merakamkannya...Ah, bulan tua bagai sinonim dengan 'tua' nya umur seseorang....sering dilupakan...tika sang peminat astronomi lebih teruja merakamkan wajah bulan separa atau purnama penuh mengambang....wajah bulan tua pada jam 7.00 pagi tadi amat unik dengan sedikit kesan 'earthshine' di bahagian atasnya...dan Venus sedang tinggi dilangit menuju ke puncak dasawarsa.....raikan falak.

Tuesday, January 25, 2011

Sesekali Falak Beriadah....

Team falakpenang mengambil peluang beriadah di Hutan Sg Tukun Teluk Bahang pada 22 Januari lalu dengan mencuba mengatasi rasa gayat dan goyah tika melalui jambatan gantung 'Canopy Walkaway' sejauh 260m di situ...Sesungguhnya peluang mengeluarkan peluh ini tidak disia-siakan team falakpenang....sambil merasai nikmat dilambung ombak ketika bersampan menuju ke kelong tempat ternakan ikan dalam sangkar....raikan falak dengan lebih sihat!!!!

Monday, January 24, 2011

Falak On The Street Edisi 1/2011

Program Falak On The Street yang sering mendapat sambutan ramai sejak penganjurannya diteruskan bagi tahun ini di Pantai Queensbay pada 19 Januari lalu. Cuaca amat baik malam itu....wajah bulan dapat dilihat dan dicerap dengan jelas....Musytari juga cerah bersama 4 bulannya, Io,Ganymede, Europa dan Callisto...Terima kasih pada yang sudi singgah meneropong bersama kami...terima kasih juga kertana sudi berkongsi pengalaman dan ilmu sepanjang perbualan singkat malam itu...moga berjumpa lagi pada siri akan datang....selepas ini di Pasar Ahad, Penaga pada 13 Februari 2011 jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari...raikan falak

Wednesday, January 12, 2011

Bulan


Hari ini akan bermula fasa separuh bulan..iaitu bulan separa. Masa ini amat sesuai untuk peminat falak yang pertama kali berhajat untuk merakamkan potret angkasa. Kita mulakan dengan mengambil gambar bulan...hanya menggunakan teleskop yang bersaiz kecil dan kamera biasa-biasa saja sudah boleh 'menangkap' kawah-kawah bulan yang cantik. Jom meneropong sambil belajar ambil gambar....