Wednesday, April 28, 2010

Gerhana Matahari di China & Maldives






Sabtu lepas,semasa pencerapan bintang di SMKA Al-Irshad, iaitu sekolah lamaku yang meninggalkan begitu banyak memori, adik-adik sempat bertanyakanku tentang gerhana yang pernah aku saksikan. Memang tak banyak yang aku lalui, tetapi sepanjang 2 tahun ini, aku telah merasai Gerhana Matahari Penuh di China (22 Julai 2009) dan Gerhana Matahari Cincin di Maldives(15 Januari 2010). Sesungguhnya pengalaman mengikuti ekspedisi gerhana amat mengujakan....disamping dapat mendokumentasi dan merasainya sendiri....beberapa kajian sains turut menarik minatku. Apa yang mengujakan lagi, beberapa orang guru dan ibu bapa pelajar yang hadir pada malam cerapan itu amat berminat untuk mengikuti ekspedisi menjejak gerhana, baik matahari atau bulan. Ini memberi idea kepadaku untuk mewujudkan suatu team penjejak gerhana, iaitu Penang Eclipse Tracking Team. Amat menarik....dan sebagai permulaannya, aku titipkan beberapa keping gambar ekspedisi gerhana yang pernah aku lalui.



No comments:

Post a Comment