Sunday, April 25, 2010
Hujan Meteor Lyrids @ Terengganu
Kajian syuruk dan fajar khamis lepas bukan saja menghidangkanku dengan langit Subuh yang begitu indah...malah turut menghadiahkan kami dengan 12 biji meteor Lyrids. Aku sendiri secara peribadi berjaya menangkap 10 biji meteor yang terbit dari arah barat ke utara langit Merang. Namun segalanya hanya diabadikan dibenak ingatan kerana peralatan yang ku miliki setakat ini tak mampu merakamkan meteor. Apapun, keasyikan menantikan meteor silih berganti dengan kekagumanku menatap lengan Bima Sakti di ekor Scorpio. Walaupun meteor Lyrids tidak popular seperti Geminids dan Leonids...inilah kali pertama aku dapat melihatnya sendiri. Itupun dibantu oleh cuaca baik langit Terenganu!!!! Apapun raikan falak....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment