Friday, October 11, 2019

Kaedah Menentukan Arah Kiblat Menggunakan Bayang Matahari


Cerita Bulan Februari lalu

Manfaat 'inovasi' kecil bagi menentukan Arah Kiblat
Walaupun tidak pada waktu bayang matahari searah kiblat, maklumat bayang digunakan sebaiknya untuk mencari kiblat yang tepat.
Pada matahari ada Isyarat, Irshad dan Maklumat. Jom raikan falak..

Bagi yang berminat menentukan arah kiblat di rumah boleh hubungi saya 019-4494950 

Image may contain: basketball court and indoor


Image may contain: night

Image may contain: outdoor

No photo description available.

Thursday, February 1, 2018

Cerapan Gerhana Bulan Penuh 31 Januari 2018




Alhamdulillah, selesai program Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal. Terima kasih Ustaz Shukri Osman dan team Pusat Islam USM KKj atas jemputan. Moga bermanfaat kepada semua. Jom raikan falak.

Wednesday, August 16, 2017

Beberapa Peralatan Falak Yang Saya Gunakan

Ada yang bertanya tentang peralatan falak yang saya gunakan...hmm, paling asasnya adalah Kompas , sebagai rujukan awal untuk penentuan arah kiblat dan Rubu' Mujayyab, untuk pengiraan dan latihan mengira dan mengukur. Disini saya sertakan gambar peralatan yang selalu saya gunakan dan harganya. Berminat boleh order dengan saya...019-4494950 



 
   Kompas Biasa
Yang ini harganya RM 25.00




 Kompas Jenis Ini Lebih Berat dan Besar Saiznya
Seakan-akan kompas askar
Dilengkapi dengan sarung (pouch)
Harga RM 70.00


Rubu' Mujayyab
Harga RM 45.00

Thursday, March 10, 2016

Gerhana Separa di Pulau Pinang, 9 Mac 2016










Para pelajar Politeknik Seberang Perai mengikuti Bengkel Jam Matahari


Pemain bolasepak Pulau Pinang, Azrul Ahmad@Cipeng turut merasai detik gerhana

SS Mufti Pulau Pinang ketika menyaksikan detik maksimum gerhana separa
Hasil Jam Matahari diuji dengan cahaya matahari


Alhamdulillah,..Majlis Cerapan Gerhana Matahari Separa, Solat Sunat Kusuf dan Khutbah Gerhana peringkat negeri Pulau Pinang telah diadakan di Masjid Nyiur Sebatang, Butterworth pada 9 Mac 2016 yang lalu. Kehadiran amat memberangsangkan dan diluar jangkaan pihak penganjur iaitu Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Qaryah Masjid Jamek Nyiur Sebatang. Dikongsikan beberapa foto sepanjang program tersebut.

Sunday, January 17, 2016

Hebatnya ulamak falak dulu

Sejak beberapa tahun lalu,memang saya berhajat menulis tentang kaedah-kaedah penggunaan rubu' mujayyab yang dapat memudahkan orang ramai mempelajari dan memahaminya. Namun, beberapa hari lalu ditakdirkan Allah bertemu kitab falak khusus bab rubu' yang ditulis ulamak dulu yang memperincikan kaedah penggunaan rubu' mujayyab. Allahu....
Karya ulamak dulu

Cadangan awal saya....

Cadangan dari nota awal saya.....

Thursday, January 7, 2016

Keletah Sang Guru

Guru yang mulia
Lembut dalam tutur kata
Dalam maksud bicaranya
Jenakanya halus mantiq belaka

Alhamdulillah....diberi kesempatan bertemu tuan guru yang mulia untuk tahun ini....raut wajahnya tak berubah, tenaganya tak berkurang dari sebelumnya....kagum aku melihat Kiyai Haji Osman bin Ahmad, guru falak yang mulia....beruntunglah sahabat2 yang sempat berdaurah bersama beliau selama 2 minggu di Pusat Tahfiz ABADA, Parit Panjang, Baling. Didoakan tuan guru kiyai dipelihara Allah dan diberi kesihatan yang baik agar bisa ketemu lagi di daurah yang akan datang.




Saturday, December 12, 2015

Ilmu orang dulu-dulu....


Awal minggu lepas, saya dihubungi seorang sahabat lama yang inginkan pertolongan. Rakan lama dalam aktiviti falak di Penang suatu masa dulu kini bertugas di Pusat Arkeologi USM mohon saya terjemah satu manuskrip kitab lama. Saya bukanlah penterjemah yang bertauliah,namun setelah membaca sekali imbas helaian yang dikirim itu, saya dapati ianya adalah amalan ilmu orang dulu-dulu yang kadang-kadang disebut ilmu hikmah dan kadang-kadang ilmu wafaq. Kelihatannya amat rapat dengan ilmu falak kerana turut menggunakan bulan,matahari dan planet-planet dalam jadual dan rajah. Juga penggunaan huruf -huruf jumaliyyah dalam kebanyakan doa dan amalannya. Terhenti saya dalam menterjemahkan helaian-helaian tersebut dan saya khabarkan kepada sahabat itu secara sekali imbas kandungan helaian yang dihantar. Lantas saya merujuk kepada seorang alim yang saya kenali tinggi ilmunya....tuan guru hanya menjawab...."itulah ilmu orang dulu-dulu...." sambil tersenyum dan mengijazahkan saya beberapa amalan untuk kehidupan seharian.... Jom raikan falak...Allahu Akbar...luasnya ilmu-Mu ya Allah...