Friday, September 24, 2010

Fenomena Tanpa Bayang di Pontianak

Setiap tahun...ketika matahari tegak pada tarikh 21-23 Mac dan 21-23 September di atas bandar Pontianak yang berlatitud 0'00N dan 109'20E...semua benda tegak yang berada di situ tidak akan mempunyai bayang bagi tempoh selama 5 minit hingga 10 minit. Fenomena menarik ini bakal dinikmati oleh team falakpenang yang tika ini sedang merancang untuk menyertai ekspedisi ke sana...kepada yang berminat boleh menghubungi saya atau krew falakpenang secepat mungkin kerana urusan tempahan tiket sedang dijalankan...sekiranya anda meempah dalam waktu terdekat...kos keseluruhan adalah kurang daripada RM500...

Wednesday, September 15, 2010

Istiqbal Musytari 21 September ini...


Planet terbesar dalam sistem suria kita, Musytari akan berada dalam posisi istiqbal pada 21 September ini...dan yang paling menariknya...fenomena ini dapat dilihat sepanjang malam bermula selepas maghrib hingga subuh esoknya...dan purnama jua mula mengambang penuh mulai malam tersebut. Peristiwa istiqbal atau opposisi berlaku dimana kedudukan planet Musytari, bumi dan matahari berada dalam satu garisan lurus...pada malam tersebut, Musytari akan kelihatan amat terang pada pandangan mata kasar...dan lebih terserlah ke'ayuan'nya menerusi lensa teleskop!!! Krew falakpenang akan mengadakan pencerapan di Pusat Falak Sheikh Tahir sepanjang malam tersebut untuk mendokumentasikan wajah Musytari itu bersama bulan-bulannya yang terkenal iaitu Europa, Io, Ganymede dan Callisto. Harapnya cuaca mengizinkan dan kita sama-sama dapat berkongsi nanti..di atas saya sertakan wajah Musytari yang pernah dirakamkan NASA...raikan falak...

Tuesday, September 14, 2010

Cerapan Hilal Syawal 1431H



Majlis Cerapan Syawal 8 September 2010 lalu berlangsung sebagaimana tahun-tahun sebelumnya....dan keputusannya telah dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada malamnya...ternyata segala khabar angin dan cerita-cerita kosong yang mengelirukan masyarakat meleset sama sekali. Hari Raya Puasa 2010 jatuh pada hari Jumaat 10 September 2010...terima kasih kepada yang mahu bertanya pihak berwajib dalam hal ini...mendapatkan penjelasan tentang desas desus raya pada hari Khamis...harapan kami agar tiada yang beremosi dan tergelintar dengan cerita-cerita kosong tanpa fakta dan data yang muktabar. Apapun...raikan falak dengan data dan fakta yang tepat!!!!!

Monday, September 6, 2010

Anak bulan oh anak bulan


Entah tiba-tiba...timbul cerita raya akan jatuh pada hari Khamis ini...tersebar agak meluas...hinggakan telefonku kepanasan berdering...bertalu-talu masuk...bertanyakan tentang kebenaran raya hari khamis....atau jumaat!! Melalui sms guruku...Dr Baharrudin dan laman sesawang sosial guruku Cikgu Mat...ternyata mereka juga mengalami nasib yang sama...Hmm...ada benarnya...dan memang benar pun kata Dr Baha...taqwim adalah mekanisma sains dan agama... pendapat-pendapat sebegitu bakal meresahkan masyarakat....malah media pun patut memainkan peranan sewajarnya....