Friday, August 16, 2013

Mengukur Jam dengan Menggunakan Rubu' Mujayyab


KAEDAH MENGELUARKAN JAM DENGAN MENGGUNAKAN RUBU' MUJAYYAB

 
MAKLUMAT/ DATA YANG DIPERLUKAN : -


1.     PENGUKURAN SEBENAR DENGAN RUBU'

2.     WAKTU MAHALLI  (TEMPATAN)

3.     TA'DIL AZZAMAN (EQUATION OF TIME)

4.     WAKTU ANGGARAN

 
PENGUKURAN SEBENAR DENGAN RUBU'


langkah pertama mestilah adanya cahaya matahari

seterusnya ambil bayang matahari yang selari antara hadaf ulya dan hadaf sufla

 
 
baca bacaan pada benang yang jatuh di atas permukaan rubu'
Contoh bacaan pada rubu' 48°
tukarkan bacaan 48°(DARJAH) kepada JAM, di mana 1 jam bersamaan 15°, jadi 48° bersamaa 3 jam 12 minit.
Maklumat pertama daripada pengukuran sebenar ialah 3 jam 12 minit
 
 
WAKTU MAHALLI (TEMPATAN)
waktu mahalli di kira dengan menukarkan beza LONGITUD tempatan kepada JAM
contohnya, longitud Pulau Pinang ialah 100° 12'. Waktu piawai Malaysia menggunakan titik 120°. Jadi 120° - 100° 12' = 19° 48'.
tukarkan kepada JAM, jadi 19° 48' / 15 = 1 jam 19 minit
maklumat kedua untuk waktu mahalli ialah 1 jam 19 minit
 
TA'DIL AZZAMAN (EQUATION OF TIME)
ialah perbezaan waktu matahari ketara dengan waktu matahari purata.
 




 
Graf Equation of time

Namun, di dalam pembelajaran rubu' mujayyab tradisional telah disertakan jadual bagi Ta'dil az-zaman. Akan tetapi didalam jadual ini hanya terdapat tarikh di dalam haribulan buruj.

Apa yang perlu, ialah menukarkan TARIKH MASIHI kepada TARIKH BURUJ dengan menggunakan satu lagi jadual seperti jadual 1 (sila rujuk entri sebelum ini)

Contoh, 30 September adalah bersamaan 6 LIBRA.

Cari tarikh 6 Libra di dalam jadual Ta'dil Azzaman, kita akan dapati jawapnnya ialah  - 10.
maklumat ketiga untuk Ta'dil Azzaman ialah -10 minit.
 
 
 
WAKTU ANGGARAN
 Memandangkan kita mengukur bayang pada waktu pagi, waktu anggaran bagi pagi ialah jam 6 pagi
maklumat keempat ialah 6 jam.
 
KIRAAN WAKTU JAM =
 
3 jam 12 minit, tambah
1 jam 19 minit, tolak
           10 minit,tambah
  6 jam 00 minit.
10 jam 21 minit.
 
Jadi, waktu yang diukur dengan rubu' tadi adalah pukul  10 : 21 pagi
 
Semoga bermanfaat.....jom raikan falak....