Monday, November 21, 2011

Pemasangan Tanda Arah Kiblat di Tanah Perkuburan Islam

Tanda arah kiblat di tanah perkuburan Islam dilihat sesuatu yang penting dan perlu pada hari ini. Ini kerana selepas atau ketika ketiadaan penggali yang biasa, penggantinya terkadang kehilangan arah dan berdasarkan agak-agak sahaja. Hasil lawatan team falakpenang ke beberapa tanah perkuburan, terdapat arah kiblat di situ tidak  tepat dengan arah kiblat sebenar....walaupun ia terletak bersebelahan dengan masjid. Justeru, usaha pemasangan tanda arah kiblat bagi tanah perkuburan Islam Pulau Pinang sedang giat dijalankan....dengan Qaryah Masjid Al-Ihsaniah, Simpang Ampat, SPS merintis denai memasang tanda arah kiblat di tanah perkuburan mereka. Tahniah....kerana meraikan falak demi mencapai kesempurnaan ibadat dan kemaslahatan penduduk setempat....

Gerhana Bulan Penuh pada 10 Disember 2011

Gerhana Bulan Penuh dijangka akan berlaku dan dapat dilihat di Malaysia pada 10 Disember ini. Fenomena bulan memasuki bayang gelap bumi (umbra) akan mula kelihatan pada jam 2045 (8.45 malam) dan dijangka berakhir pada jam 2257 (10.57 malam). Gerhana kali ini berbeza dengan kejadian gerhana pada Jun lalu kerana ia berlaku awal sebelum waktu tengah malam. Selain ia memberi peluang kepada kita untuk melakukan perkara-perkara sunat degan lebih selesa, ia juga memungkinkan kita merasai atau menelilti perubahan-perubahan alam semasa kejadian gerhana. Perubahan awan dan arah tiupan angin adalah perkara biasa ketika berlakunya gerhana. Apapun, perkara yang paling dituntut ke atas umat Islam ketika berlakunya gerhana ialah melakukan solat sunat gerhana, banyak bertaubat dan bersedekah. Ini kerana Rasullallah SAW menegaskan bahawa kejadian gerhana adalah suatu tanda dan cara Allah SWT untuk menakut-nakutkan umat manusia supaya selalu mengingatiNya.Diriwayatkan bahawa Rasul SAW melakukan solat gerhana yang amat panjang dan tidak keluar masjid sehingga gerhana tamat. Bagi kita di Malaysia, pada 10 Disember ini, selepas solat fardhu Isyak, sama-sama kita mendongak ke langit untuk memastikan gerhana telah berlaku..tengok sekejap...kemudian masuk semula ke dalam masjid untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan dan mendengar khutbah....raikan falak!!

Thursday, November 17, 2011

Perhimpunan Falak Pulau Pinang pada 14 November 2011

Program Falak Peringkat Sekolah Angkat Falak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2011 diakhiri dengan Perhimpunan Falak 2011 pada 14 November 2011 lalu di puncak Bukit Bendera, Pulau Pinang. Program yang melibatkan hampir 60 pelajar dan guru berlangsung dengan lancar...selancar perjalanan menaiki tren baru Bukit Bendera. Para pelajar ditugaskan merancang aktiviti tahunan yang bersesuaian dan merekabentuk balai cerap impian mereka. Tahniah untuk kumpulan As-Syafiee yang memenangi pembentangan kali ini. Terima kasih jua untuk guru-guru pengiring yang membantu team falakpenang melicinkan perjalanan program kali ini. Moga aktiviti tahun hadapan kita rancakkan dengan pelbagai program yang bermanfaat...Raikan falak...

Bengkel Pendidikan Ilmu Falak Negeri Kedah pada 10-12 November 2011

Bengkel Pendidikan Ilmu Falak Siri 3 untuk guru-guru kelab Falak Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya di Langkawi pada 10-12 November 2011 yang lalu. Bengkel yang berorientasikan latihan dan merekabentuk alatan falak itu dikendalikan oleh Dr Baharrudin Zainal, pensyarah kanan ilmu falak Unisza dan dibantu oleh dua kakitangan team falakpenang. Ternyata para guru yang mengambil bahagian begitu terbuka dan sanggup melaksanakan tugasan yang biasanya dilakukan oleh pelajar sebelum ini. Bermula dengan memotong keratan kad, melukis dan mencantumkan kepingan 'handout' untuk dijadikan model falak, para guru tetap sabar hingga ke akhirnya. Tahniah team falakpenang ucapkan kepada para guru...moga apa yang kitan kongsikan bersama akan dimanfaatkan demi kelestarian ilmui falak generasi mendatang. Raikan falak....