Monday, July 23, 2012

Ramadan 1433H

Majlis Cerapan Hilal Ramadan 1433H pada 19 Julai 2012 lepas berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran lebih 100 orang tetamu. Walaupun umur bulan hanya mencapai 7 jam 18 minit di Pantai Acheh pada hari itu, para pencerap masih bersemangat untuk menjejak hilal hingga ke saat terbenamnya. Cuaca baik namun kecerahan sang mentari menutup segala objek langit yang lain daripada memunculkan diri. Apapun, terima kasih kepada semua yang hadir...kita ketemu pada cerapan hilal syawal nanti....yang pastinya membuka ruang menjejak yang lebih terbuka buat semua pencerap. Jom raikan falak....

Wednesday, July 18, 2012

Falakpenang @ Perak

Denyut falak mengundang team falakpenang ke Perak untuk sama-sama memeriahkan Seminar Falak Syarie Dan Astronomi di Uitm Seri Iskandar pada 16 Julai lalu. Terima kasih atas undangan, semoga pertalian dan perhubungan ini kekal demi kemeriahan dunia falak masa hadapan.