Wednesday, August 25, 2010

Falakpenang @ Kompleks Tabung Haji



Mencerap wajah bulan penuh di Kompleks TaHa Pulau Pinang pada 24 Ogos lalu amat mengujakan...langit begitu mengizinkan kami memfotokan wajah purnama dan menimbulkan rasa kagum di hati pengunjung pada malam itu....kehadiran Musytari seketika selepas itu tambah merangsang minat pengunjung dengan pencerapan wajah bulan Musytari seperti Io, Ganymede, Europa dan Callisto..

Monday, August 16, 2010

Email mengarut tentang 27 Ogos...

Ada beberapa orang sahabat dan kenalan yang menerima emel yang mengatakan pada 27 Ogos ini....planet marikh akan secerah bulan penuh dan kita akan nampak 2 biji bulan pada malam itu...emel dalam bahasa orang putih...ntahla sapa yang mula sebarkannya...penerima emel juga diminta melihat ke arah bulan pada jam 12.30 pg 27 Ogos...mengarut saja..pada malam itu memang Marikh akan kelihatan amat cerah dilangit...tapi sekitar jam 8 malam...itu pun dah hampir nak terbenam di ufuk barat...pada jam 12.30 pagi...bulan sedang naik di langit Timur bersama planet yang cerah..iaitu Jupiter...tika jam ini...Marikh telah lama terbenam di bawah ufuk...mana mungkin kita dapat melihat adanya 2 bulan pada saat itu sebagaimana yang diemelkan itu...

Tuesday, August 10, 2010

Senja @ Open Day PFST 2010




Hari Terbuka Pusat Falak 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Ogos lalu...dengan penganugerahan sijil Tunas Muda Falak buat pelajar-pelajar sekolah angkat dan pelancaran operasi pejabat PFST...namun, setelah semua tetamu beransur pulang...senja mula berinsut tua dan aku mula meraikannya......raikan falak.....thanks nikon L14 ku yang telah uzur.....

Friday, August 6, 2010

Sesekali bersantai.....



Sesekali bersantai....walau sebentar cuma...jauh dari hiruk pikuk aktiviti falak yang memenatkan...terasa lapang dan katarsis...namun, langit Cinta Sayang malam itu menghadirkan wajah bulan yang cukup indah.....arghhh..falak senantiasa mengekoriku ke mana jua...