Thursday, January 31, 2013

Pengajian Rubu' Secara Pondok

Alhamdulillah..ada kesempatan yang mendatang...ada masa yang terluang....bak rezeki yang terhidang, pada 30 Januari 2013, terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Madrasah Al-Imaniyah Ad-Dalawiyah, Jitra, Kedah untuk bersua muka dengan Pak Kiyai Hj Othman Bin Ahmad, seorang pakar falak dari Medan yang mengajar rubu' mujayyab secara pondok. Dengan risalah Taqribal Maqsod Fil Amali Bir Rubu'il Mujayyab, para pelajar madrasah tersebut dapat mengenali asas rubu' dengan mudah dan berkesan. Ternyata pendekatan tuan kiyai amat mudah diserapi dan diselami para pelajar yang mengikuti pengajian kitab falak itu selama 10 hari. Kesempatan berjumpa, bertemu malah berbual dengan guru falak ini, walaupun tak sempat mengaji...amat berharga bagi saya dan rakan-rakan falakpenang dan kedah.
Apa yang menariknya.....(hahaha...pinjam kata-kata Cikgu Mat Taufan) apabila pulang ke pejabat saya cuba membandingkannya dengan risalah jawi, Pedoman Bahagia karangan Tuan Guru Muhammad Soleh Bin Haji Harun Kemboja....memang ternayata sama...seolah-olah ianya terjemahan Arab - Melayu...







Kenapa saya katakan menarik.....? Sebabnya saya tidak lagi perlu bersusah payah menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu...walaupun saya amat suka membaca bahasa Arab tulisan lama yang amat indah bait-bait bahasanya. Apapun...jom raikan falak....dengan banyak membaca dan menelaah....

Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H


Salawat Dan Salam....Buat Nabi Junjungan Muhammad SAW...


Monday, January 21, 2013

Hilal Rabiulawal 1434H

Cerapan hilal atau anak bulan pertama bagi tahun 2013 diteruskan lagi dengan pelbagai agenda dan tujuan pencerap masing-masing. Ada yang mengejar kenampakan paling muda di Malaysia, ada yang melakukannya atas dasar tugas, ada yang melaksanakannya sebagi tuntutan ibadah dan ada yang mencerap bagi memastikan kesahihan data yang digunapakai selama ini. Apapun tujuan dan alasan rukyah itu dilakukan, ianya tetap suatu aktiviti yang memerlukan segala persiapan dan kesiagaan diri yang amat rapi. Kegagalan menyediakan peralatan yang secukupnya atau yang diperlukan perlu dielakkan. Apatah lagi perkara yang paling utama adalah diri pencerap itu sendiri. Kedatangan dalam keadaan tergesa-gesa dan kalut akan mempengaruhi minda dan emosi pencerap. Emosi yang tidak tenang dan terganggu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kerja-kerja merukyah dan peluang kenampakan bagaikan tipis. Namun segalanya terletak pada Yang Maha Kuasa, sedang Dialah yang menggerakkan awan dan meniupkan angin dengan kehendakNya. Jom raikan falak....