Saturday, December 12, 2015

Ilmu orang dulu-dulu....


Awal minggu lepas, saya dihubungi seorang sahabat lama yang inginkan pertolongan. Rakan lama dalam aktiviti falak di Penang suatu masa dulu kini bertugas di Pusat Arkeologi USM mohon saya terjemah satu manuskrip kitab lama. Saya bukanlah penterjemah yang bertauliah,namun setelah membaca sekali imbas helaian yang dikirim itu, saya dapati ianya adalah amalan ilmu orang dulu-dulu yang kadang-kadang disebut ilmu hikmah dan kadang-kadang ilmu wafaq. Kelihatannya amat rapat dengan ilmu falak kerana turut menggunakan bulan,matahari dan planet-planet dalam jadual dan rajah. Juga penggunaan huruf -huruf jumaliyyah dalam kebanyakan doa dan amalannya. Terhenti saya dalam menterjemahkan helaian-helaian tersebut dan saya khabarkan kepada sahabat itu secara sekali imbas kandungan helaian yang dihantar. Lantas saya merujuk kepada seorang alim yang saya kenali tinggi ilmunya....tuan guru hanya menjawab...."itulah ilmu orang dulu-dulu...." sambil tersenyum dan mengijazahkan saya beberapa amalan untuk kehidupan seharian.... Jom raikan falak...Allahu Akbar...luasnya ilmu-Mu ya Allah...