Friday, January 27, 2012

Sesekali teringin jugak...

Menelusuri beberapa blog rakan-rakan falak sepanjang minggu ini...banyak yang bercakap tentang himpunan bulan sabit muda dan planet Zuhrah...lantas kamera kecil ini pun terdorong untuk mencuba seberapa dapat gambaran tersebut....apa pun, inilah hasilnya....yang diambil pada senja 25.01.2012....yang tak seberapa....jom raikan falak...

Kem Kemantapan Ilmu Falak @ Sg Siput

Kesempatan berkumpul, bersua muka dan bercerita sesama rakan dan sahabat se'minat'an...(dulunya dikenali sebagai seperguruan), tentunya tak dapat dilepaskan. Walaupun kesesakan jalanraya dan cuaca yang bagaikan mencemburui pertemuan sahabat-sahabat lama ini bertandang tanpa diduga...semangat untuk sama-sama berkongsi berita dan cerita tetap berkobar-kobar. Penantian sehingga jam 2 pagi....bersambung hingga jam 4.30 pagi terasa berbaloi dengan cuti yang dikorbankan. Apapun, thanks kepada saudara Muzamir Mazlan yang bertungkus lumus menjadikan kem ini suatu kenyataan...juga pada tokey Falak-Online, Shahrin...yang sudi berkongsi menunjuk ajar penggunaan 'alat mainan' baru...Astrotrac...mmg best bro!!!! Harapnya sanggahan alam dan mainan udarakasa tidak menjejaskan semangat kita untuk kem seterusnya....Hmmm, Pengkalan Hulu? Pulau Tali Kail??? jom raikan falak.....

Monday, January 16, 2012

Lawatan Uitm Merbok ke Pusat Falak Sheikh Tahir

Kunjungan pertama ke Pusat Falak Sheikh Tahir bagi tahun 2012 ini dilakukan oleh pelajar Uitm Merbok, Kedah. Lawatan pada 13 Januari itu disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat Pusat Falak Sheikh Tahir, Pengenalan Astronomi dan Mengenal Peta Bintang. Walaupun cuaca pada awalnya agak mendung, semangat para pelajar amat tinggi untuk melihat objek langit dengan menggunakan teleskop pada malam itu. Cerapan langit bersambung selepas subuh dengan cuaca sedikit elok dan para pelajar dapat menjengah wajah bulan dan merenung kelibat planet Marikh dengan lebih dekat lagi. sebelum itu, pada sebelah petangnya, Pusat Falak Sheikh Tahir menerima kunjungan daripada 2 orang wakil jabatan agama Wilayah Setoi, Thailand. Harapan agar hubungan yang baru dibina akan membuahkan hasil antara 2 wilayah memandangkan terdapat pengajian dan pengajaran falak di wilayah Setoi tersebut. Untuk para pelajar, kumpullah sberapa banyak maklumat agar tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia maklumat hari ini...jom raikan falak!!!