Monday, May 28, 2012

Kem Falak Kedah 2012 @ Merdeka Beach Resort

Pada 24-26 Mei lalu, team falakpenang telah dijemput membantu team falakkedah dalam penganjuran Kem Falak 2012 Siri 1 di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka. Penyertaan 30 orang pelajar pelapis ilmu falak negeri Kedah ini amat membanggakan kami dengan semangat dan azam yang ditunjukkan dalam menyelesaikan setiap tugasan. Harapan team falakpenang agar ilmu yang kita kongsi bersama dapat dimanfaatkan seadanya....jom raikan falak...

Monday, May 21, 2012

Gerhana Bulan Separa Pada 4 Jun 2012

Pada 4 Jun nanti, kita akan berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa. Kejadian ini akan bermula dari jam 5.59 petang hinggalah jam 8.06 malam. Memandangkan Pulau Pinang hanya akan ghurub pada jam 7.31 malam, kita hanya berpeluang menyaksikannya sekitar 30 minit sahaja...sekiranya cuaca elok, kita akan melihat bulan terbit dalam keadaan separa/separuh..namun ketinggian bulan sehingga tamat umbranya adalah pada ketinggian kurang 7 darjah. Apapun, selamat mencuba mencerap gerhana separa kali ini...cuba cari kawasan yang betul-betul Timur yang boleh melihat fenomena bulan naik....jom raikan falak...

Friday, May 4, 2012

Sambutan Hari Astronomi Pulau Pinang 2012





















Hari Astronomi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2012 telah disambut pada 28 April 2012 di Aeon (M) Seberang Perai City Shopping Mall, Bandar Perda Bukit Mertajam. Program yang bermula jam 10.00 pagi itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuklah pameran falak, ceramah berkaitan arah kiblat, taklimat calon angkasawan iaitu Kapten Mohd Faiz Kamaludin, cerapan bulan dan planet serta pertunjukan soap bubble oleh Kelab Astronomi USM. Upacara penutup sambutan disempurnakan oleh YB Dato' Farizan Bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada sebelah malamnya sebelum beliau turut sama mencerap bulan dan planet Zuhal di luar kompleks.