KAEDAH
MENGELUARKAN JAM DENGAN MENGGUNAKAN RUBU' MUJAYYAB
MAKLUMAT/
DATA YANG DIPERLUKAN : -
1. PENGUKURAN
SEBENAR DENGAN RUBU'
2. WAKTU
MAHALLI (TEMPATAN)
3. TA'DIL
AZZAMAN (EQUATION OF TIME)
4. WAKTU
ANGGARAN
PENGUKURAN
SEBENAR DENGAN RUBU'
langkah
pertama mestilah adanya cahaya matahari
seterusnya
ambil bayang matahari yang selari antara hadaf ulya dan hadaf sufla
baca
bacaan pada benang yang jatuh di atas permukaan rubu'
Contoh
bacaan pada rubu' 48°
tukarkan
bacaan 48°(DARJAH) kepada JAM, di mana 1 jam bersamaan 15°, jadi 48° bersamaa 3
jam 12 minit.
Maklumat
pertama daripada pengukuran sebenar ialah 3 jam 12 minit
WAKTU
MAHALLI (TEMPATAN)
waktu
mahalli di kira dengan menukarkan beza LONGITUD tempatan kepada JAM
contohnya,
longitud Pulau Pinang ialah 100° 12'. Waktu piawai Malaysia menggunakan titik
120°. Jadi 120° - 100° 12' = 19° 48'.
tukarkan
kepada JAM, jadi 19° 48' / 15 = 1 jam 19 minit
maklumat
kedua untuk waktu mahalli ialah 1 jam 19 minit
ialah perbezaan waktu matahari ketara
dengan waktu matahari purata.
Graf
Equation of time
Namun, di dalam pembelajaran rubu'
mujayyab tradisional telah disertakan jadual bagi Ta'dil az-zaman. Akan tetapi
didalam jadual ini hanya terdapat tarikh di dalam haribulan buruj.
Apa yang perlu, ialah menukarkan TARIKH
MASIHI kepada TARIKH BURUJ dengan menggunakan satu lagi jadual seperti jadual 1 (sila rujuk entri sebelum ini)
Contoh, 30 September adalah bersamaan 6
LIBRA.
Cari tarikh 6 Libra di dalam jadual Ta'dil Azzaman, kita akan dapati jawapnnya ialah - 10.
maklumat ketiga untuk Ta'dil Azzaman
ialah -10 minit.
WAKTU
ANGGARAN
maklumat keempat ialah 6 jam.
KIRAAN
WAKTU JAM =
3 jam 12 minit, tambah
1
jam 19 minit, tolak
10 minit,tambah
6 jam 00
minit.
10 jam 21 minit.
Jadi, waktu yang diukur dengan rubu' tadi adalah pukul 10 : 21 pagi
Semoga bermanfaat.....jom raikan falak....