...jom raikan falak...
Wednesday, June 8, 2011
Thursday, June 2, 2011
Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011
Gerhana yang dijangka berlaku pada 16 Jun 2011 ini adalah gerhana bulan penuh yang bermula jam 3.22 pagi hingga 5.05 pagi.Team falakpenang akan berkampung di Masjid Daerah Jawi, Seberang Perai Selatan pada 15-16 Jun. Program akan bermula dengan pameran falak pada jam 6.00 petang...makan malam selepas Maghrib dan Forum Khas "Peristiwa Gerhana Dan Kelebihan Bulan Rejab" pada jam 9.30 malam. Dua ahli panel dijemput iaitu, Us Mod Isa Abd Rahman (Jabatan Mufti Kedah) dan Us Mohd Faizal Jani (Jabatan Mufti Perak)...pencerapan gerhana akan bermula pada jam 3.00 pagi. diikuti solat sunat gerhana dan khutbah, dan solat sunat tahajjud yang akan dipimpin Imam Masjid Daerah. Muslimin dan Muslimat adalah dijemput hadir beramai-ramai....jom raikan falak!!!
Thursday, May 19, 2011
Pertandingan Pidato Falak Sekolah Menengah Angkat Falak JMNPP Sempena Konvensyen Dan Ekspo Astronomi @ USM 2011
Satu pertandingan pidato falak antara sekolah menengah angkat JMNPP akan diadakan pada 7 Julai 2011 bersempena Konvensyen Dan Ekspo Astronomi @ USM 2011. Setiap sekolah hanya boleh menghantar seorang peserta sahaja dan dikehendaki memilih salah satu daripada tajuk berikut :
1. Kepentingan Ilmu Falak Dalam Mencapai Kesempurnaan Ibadah Orang Islam
2. Sheikh Tahir Jalaluddin : Sumbangannya terhadap Perkembangan Ilmu Falak di Malaysia
3. Hujan Meteor ; Kaitan Antara Al-Quran Dan Sains
4. Menyingkap Ketokohan Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi
5. Rahsia Dan Hikmah Penciptaan Alam Menurut Perspektif Falak.
Tarikh Tutup penyertaan ialah 27 Jun 2011...sila sahkan penyertaan anda melalui surat yang akan dihantar JPN. Hadiah Pertama RM 200.00, Hadiah Kedua RM 150.00 dan Hadiah Ketiga RM 100.00...peserta juga akan diberikan sijil penyertaan...jom raikan falak...
1. Kepentingan Ilmu Falak Dalam Mencapai Kesempurnaan Ibadah Orang Islam
2. Sheikh Tahir Jalaluddin : Sumbangannya terhadap Perkembangan Ilmu Falak di Malaysia
3. Hujan Meteor ; Kaitan Antara Al-Quran Dan Sains
4. Menyingkap Ketokohan Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi
5. Rahsia Dan Hikmah Penciptaan Alam Menurut Perspektif Falak.
Tarikh Tutup penyertaan ialah 27 Jun 2011...sila sahkan penyertaan anda melalui surat yang akan dihantar JPN. Hadiah Pertama RM 200.00, Hadiah Kedua RM 150.00 dan Hadiah Ketiga RM 100.00...peserta juga akan diberikan sijil penyertaan...jom raikan falak...
Tuesday, May 10, 2011
Sambutan Minggu Astronomi Antarabangsa Petrosains @ Aeon Jusco, Bandar Baru Perda, BM
Team falakpenang telah dijemput memeriahkan Sambutan Minggu Astronomi Antarabangsa Petrosains di Aeon Jusco bandar Baru Perda Bukit Mertajam pada 6 hingga 8 Mei 2011 lalu. Pelbagai aktiviti termasuk pameran falak, pertunjukan simulasi langit StarLab, permainan minda sains, pencerapan matahari, bulan dan planet serta pertunjukan sains buih oleh Unit Penyelidikan Ilmu Falak, USM. Tahniah diucapkan kepada petrosains atas usaha memperkenalkan ilmu falak astronomi kepada masyarakat setempat dan diharapkan usaha murni ini akan berterusan sehingga ke masa hadapan.
Cerapan Hilal Jamadil Akhir 1432H
Majlis Cerapan Hilal Jamadil Akhir 1432H kali ini dilaksanakan bersama sifu-sifu falak dari Unisza iaitu Dr Baharrudin, En Syahril Hirman dan Cikgu Ahmad Taufan. Team falakpenang bersama-sama team falakkedah dan team Unisza melakukan pencerapan hilal di Pantai Merdeka pada 4 Mei 2011. Cuaca amat tidak mengizinkan dengan awan setebal 3 darjah menutupi matahari terbenam sehingga ke akhirnya...apapun, terima kasih atas usaha sifu-sifu falak yang sudi sama-sama mencerap pada hari tersebut.
Wednesday, March 30, 2011
Vernal Equinox @ Pontianak 2011
Vernal Equinox yang berlaku pada 21 Mac 2011 di Pontianak, Kalimantan Barat saban tahun menarik pelbagai golongan ke Tugu Khatulistiwa. Team falakpenang yang berkesempatan hadir bersama konsul Malaysia di Pontinak pada hari itu amat bertuah kerana dapat sama-sama masyarakat tempatan meraikan detik "Pesona Kulminasi Matahari". Disamping itu, team falakpenang juga turut menjalankan kajian fizikal transit matahari menggunakan tongkat istiwa yang mengambil kira bayang yang wujud sebelum transit dan selepas berlakunya zawal. Ternyata peralatan kecil team falakpenang dan data-data efemeris matahari menarik perhatian masyarakat setempat yang sebelum ini tidak pernah ada pihak yang menjalankan kajian fizikal peristiwa transit matahari. Apapun,terima kasih kepada semua yang terlibat membantu team falakpenang...tak lupa juga yang turut mendoakan team falakpenang sepanjang berada di Pontianak.
Friday, March 18, 2011
Lawatan Falak Ke Pontianak 19-23 Mac ini
Cadangan team falakpenang untuk ke Pontianak, Kalimantan, Indonesia mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Pelbagai tanggapan dan komen diperolehi...malah ada yang memperkecilkan usaha ini. Apapun, tahniah untuk team falakpenang yang begitu kental dan cekal hatinya untuk terus teguh dengan pendirian yang kita sama-sama rancangkan sejak Oktober tahun lepas. Tidak sampai lagi 24 jam perjalanan yang panjang akan bermula....akan kita bawa bersama usaha-usaha kita selama ini dan roh sebagai 'pekerja falak' tetap kita pertahankan....lantas, team falakpenang mengharapkan doa rakan-rakan falak agar perjalanan yang panjang ini dirahmati dan diberkati....semoga selamat sampai dan selamat pulang...selamat mencapai apa yang diusahakan dan dirancangkan....Untuk pengetahuan, fenomena matahari tegak atas titik O darjah khatulistiwa ini, atau Vernal Equinox akan berlaku pada 21 Mac 2011 di Tugu Khatulistiwa di Bandar Pontianak, Kalimantan, Indonesia lebih kurang jam 11.57 tengahari. Terdapat suatu tempat yang menjadi tumpuan ramai semasa peristiwa ini iaitu Tugu Khatulistiwa yang didirikan pada tahun 1928 oleh pemyelidik Belanda yang ketika itu berusaha menentukan titik O darjah. Team falakpenang InsyaAllah akan diiringi oleh Konsul Malaysia di Pontianak untuk ke Tugu Khatulistiwa di samping kunjungan hormat ke pejabat Konsul selepas itu....raikan falak.
Subscribe to:
Posts (Atom)









