Tuesday, June 19, 2012

Anak-anak @ Falak

Memberi taklimat atau penerangan falak  untuk anak-anak sekolah rendah memang mencabar....riuh rendah, hiruk pikuk dibuatnya.....sampaikan suara penceramah hilang begitu saja dalam kumpulan 300 -400 orang pelajar..apapun, ia amat mengujakan melihat beberapa wajah semasa aktiviti falak ini berlangsung....jom raikan falak...

Friday, June 8, 2012

Sekitar Peristiwa Iqtiran Az-Zuhrah 6 Jun 2012

Alhamdulillah, sekali lagi diizinkan Allah untuk menyaksikan kekuasaanNya dalam mengatur perjalanan dan peredaran makhlukNya di langit pada 6 Jun lalu. Peristiwa Iqtiranuz Zuhrah, sebagaimana dinukilkan olegh Imam Mawardi yang menafsirkan perkataan 'alkawakib addurriyah' sebagai Planet Zuhrah, banyak memberi kesan dan impak terhadap ufuk bumi, iaitu planet yang bersebelahan dengannya. Ternyata berlakunya kesan di ufuk bumi iaitu perubahan cuaca seperti hujan dan salji turun pada bukan musimnya. Pada 6 Jun itu, Australia dan New Zealand dilaporkan mengalami cuaca buruk iaitu ribut salji yang melampau, dan di Pulau Pinang, angin monsun barat daya agak menggila malam itu dengan laporan beberapa kawasan pantai dilanda ombak besar. Apapun, peringatan-peringatan yang Allah nukilkan di langit sebenarnya ada isyarat...ada irshad..dan ada maklumat bagi insan di bumi ini...Allahu akbar...jom raikan falak...

Monday, May 28, 2012

Kem Falak Kedah 2012 @ Merdeka Beach Resort

Pada 24-26 Mei lalu, team falakpenang telah dijemput membantu team falakkedah dalam penganjuran Kem Falak 2012 Siri 1 di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka. Penyertaan 30 orang pelajar pelapis ilmu falak negeri Kedah ini amat membanggakan kami dengan semangat dan azam yang ditunjukkan dalam menyelesaikan setiap tugasan. Harapan team falakpenang agar ilmu yang kita kongsi bersama dapat dimanfaatkan seadanya....jom raikan falak...

Monday, May 21, 2012

Gerhana Bulan Separa Pada 4 Jun 2012

Pada 4 Jun nanti, kita akan berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa. Kejadian ini akan bermula dari jam 5.59 petang hinggalah jam 8.06 malam. Memandangkan Pulau Pinang hanya akan ghurub pada jam 7.31 malam, kita hanya berpeluang menyaksikannya sekitar 30 minit sahaja...sekiranya cuaca elok, kita akan melihat bulan terbit dalam keadaan separa/separuh..namun ketinggian bulan sehingga tamat umbranya adalah pada ketinggian kurang 7 darjah. Apapun, selamat mencuba mencerap gerhana separa kali ini...cuba cari kawasan yang betul-betul Timur yang boleh melihat fenomena bulan naik....jom raikan falak...

Friday, May 4, 2012

Sambutan Hari Astronomi Pulau Pinang 2012





















Hari Astronomi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2012 telah disambut pada 28 April 2012 di Aeon (M) Seberang Perai City Shopping Mall, Bandar Perda Bukit Mertajam. Program yang bermula jam 10.00 pagi itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuklah pameran falak, ceramah berkaitan arah kiblat, taklimat calon angkasawan iaitu Kapten Mohd Faiz Kamaludin, cerapan bulan dan planet serta pertunjukan soap bubble oleh Kelab Astronomi USM. Upacara penutup sambutan disempurnakan oleh YB Dato' Farizan Bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada sebelah malamnya sebelum beliau turut sama mencerap bulan dan planet Zuhal di luar kompleks.