Team falakpenang dalam usaha mempromosikan Karnival Falak Pulau Pinang 2010, telah turun ke Pantai Queensbay dengan program falak on da street. Cuaca agak baik pada 19 Jun 2010 lalu, dengan langit menghidangkan wajah bulan separa yang anggun, pancaran cahaya sang Venus yang angkuh dikaki langit barat dan rupa bentuk klasik sang Zuhal yang bergelang itu. Kehadiran pengunjung yang mencuba menerobos wajah bulan malam itu amat memberangsangkan....sehingga memaksa krew falakpenang berembun sehingga jam 2.oo pagi. Apapun, terima kasih banyak atas sokongan orang ramai....terasa bagaikan ilmu falak mulai membugar jiwa-jiwa yang ketandusan lagaknya......
Monday, June 21, 2010
Tuesday, June 15, 2010
Hilal Rejab 1431H



Petang ahad lalu(13 Jun), hilal Rejab muncul disebalik kawanan awan tebal di Pantai Acheh...hampir berputus asa team falakpenang pada mulanya kerana kawanan awan hitam turun menuruti tenggelamnya sang mentari tika itu. Apapun, kepuasan merukyah petang itu amat terasa dengan anak bulan kelihatan di ruang udara kasa lebih 10 minit...sebelum dilitupi awan pada jam 8.13 malam.
Friday, June 11, 2010
falakpenang @ Bengkel Falak JMN Perlis
Pada 7-9 Jun lalu, team falakpenang telah menjayakan Bengkel Falak Syarie-Hisab Arah Kiblat bersama JMN Perlis di De Baron Resort, Langkawi. Bengkel yang disertai lebih 20 peserta itu berjaya mengupas dan merungkai beberapa isu dan topik berkaitan arah kiblat dan ilmu falak sendiri. Sepanjang bengkel tersebut, peserta didedahkan dengan kaedah pencarian titik kordinat tempat, hitungan arah kiblat dan penandaan arah kiblat di kediaman masing-masing. Diharapkan minat dan semangat para peserta akan berterusan, sebagaimana ucapan Timbalan Mufti Perlis yang berjanji akan meneruskan bengkel falak ini ke tahap yang lebih tinggi.
Wednesday, June 2, 2010
Ilmu Falak Membugar Ketamadunan
Ilmu falak membugar ketamadunan....itulah tema bagi Karnival Falak Pulau Pinang 2010 yang akan diadakan pada 26-27 Jun 2010 bertempat di Masjid Jamek At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas. Jemput hadir beramai-ramai....mungkin ada maklumat dan info yang dapat dikongsi bersama....mungkin ada ilmu yang dapat digali bersama....mungkin ada kegusaran yang dapat diredakan bersama....mungkin ada keceriaan yang dapat dirasai bersama....raikan falak!!!!
Monday, May 31, 2010
Biar Falak Berbicara (8)
Falak agak kesepian minggu ni....mungkin berehat sebentar setelah kepenatan mengharungi minggu-minggu yang menjerihkan. Ah, apapun team falakpenang bersantai Sabtu lalu dengan menghempas bola boling ke lantai Ampang Superbowl, Summit Bkt Mertajam. Agak mengejutkan...rupanya team falakpenang berkapabel untuk menghayun bola boling di lorongan datar...bukan sekadar memperbetulkan allignment teleskop!!! Agak meriah...semuanya kegembiraan...malah kealpaan dengan kesibukan yang bakal menanti Jun ini...penganjuran Karnival Falak Penang bakal menuntut team falakpenang bekerja keras dan sibuk seperti biasa. Keterlupaan itu jualah yang menyebabkan aku beberapa hari ini melupakan sang bulan yang sudah mencapai umur 19 hari. Telah melampaui era purnamanya...namun aku sengaja tidak menghiraukannya....biarkan dia sendirian...meladeni kesempitan hidup sendirian...tanpa perlu terlalu mengharapkan orang lain...biarkan saja...biarkan kegeruhan hati ini berlalu...biarkan kepedihan ini turut kau rasakan sang bulan....nanti akan kau tahu bila rasaku ini rasamu jua....biarkan dia bersendirian seketika...daripada melayan ego sesama...lebih baik tidak diendahkan saja sinar cerlangmu itu yang pasti suatu hari nanti ditimpa gerhana....
Thursday, May 27, 2010
Kem Sains Astronomi Dan Aeroangkasa Kebangsaan 2010
Sabtu lepas(22 Mei) hingga semalam (26 Mei), berlangsung Kem Sains Astronomi Dan Aeroangkasa Peringkat Kebangsaan 2010 anjuran KPM, diurusetiakan oleh JPN P.Pinang. Team falakpenang turut membantu dengan mengendalikan beberapa slot seperti Pertandingan Mencari Maklumat Astronomi dan Astro Race. Kem berjalan dengan lancar, para pelajar menunjukkan minat yang tinggi dalam semua aktiviti dan semangat tinggi guru-guru pengiring dalam membantu kelancaran program.Tahniah buat semua....keterujaan anda dibayar dengan kehadiran angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor....yang tidak lokek dengan pengalaman dan mencetuskan semangat yang tinggi di kalangan para peserta kem.
Subscribe to:
Posts (Atom)
