Tuesday, July 6, 2010

Biar Falak Berbicara (9)

Ah, agak lama falak menyepi dari laman ini....selepas kekalutan masa yang bertimpa-timpa..disusuli dengan kemalangan kecil...laman ini bagai tiada daya upayanya. Bermula dengan Karnival Falak pada 26-27 Jun di Masjid At-Taqwa, Tmn Bertam Indah, KB...disusuli dengan persidangan balaicerap Malaysia di Hotel Seri Malaysia, KB pada 28 Jun, aku berangkat ke ILIM Bangi pada keesokan harinya (29 Jun) sehingga 1 Julai kerana menyertai kursus falak Rubu Mujayyab. Agak memenatkan, namun segalanya bagai direncanakan terlebih awal oleh Yang Maha Esa. Gerhana bulan separa yang berlaku pada 26 Jun lalu pun tak dapat dicerap kerana cuaca yang mendung dan berawan. Kehadiran jemaah yang menbanjiri setiap inci Masjid At-Taqwa malam itu bagai teruji dengan cuaca yang mengecewakan. Rata-rata yang ingin mencerap gerhana ternyata sedikit terusik jiwanya, namun tuntutan sunat solat gerhana dan mendengar khutbah dilangsaikan jua. Apapun,perencanaan kita sebagai hamba tak mungkin pernah selalunya sama dengan perencanaan Yang Maha Merencanakan. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih pada yang membantu krew falakpenang menjayakan Karnival Falak P.Pinang tempoh hari...

No comments:

Post a Comment