Tuesday, January 4, 2011

Biar Falak Berbicara (11)


Gambar Hilal Muharam 1432H oleh team UM
Hari ini merupakan hari ke 29 dalam bulan Muharam....kebiasaannya seseorang ahli falak mencerap untuk menentukan samada esoknya 1 Safar atau 30 Muharam....meskipun data sedia ada...ianya hanyalah aplikasi saintifik yang diterima pakai sejak dulu...mengambil data atau hisab secara bulat-bulat bagai menafikan tuntutan rukyah...ah, meskipun data pada hari ini menunjukkan anak bulan tiada di atas ufuk...siapa yang bisa mengesahkan ketiadaannya tanpa melakukan rukyah. Itulah roh yang sepatut ada dalam setiap diri ahli falak..tetap berpegang kepada prinsip yang sedia selama ini....apalah hendak dijawab kepada masyarakat sekiranya balai cerap ditutup pada hari rukyah...walau ianya hanya cerapan bulan biasa, bukan bulan-bulan rasmi seperti Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Bagi saya, cerapan pada hari ke 29 perlu untuk mengesahkan data emperik hasil kajian saintifik selama ini...sedangkan cerapan pada hari ke 30 atau hari pertama bulan berikutnya adalah proses rakaman hilal atau sabit muda untuk tujuan rekod sesuatu balai cerap. Apapun, selamat mencerap bagi yang di arahkan....moga roh falak tidak hilang di kalangan kita nanti....

1 comment:

  1. kadang2 akgum dengan semangat team UM yang x kenal erti penat untuk merakam hilal...apepun..congrats...

    ReplyDelete