Monday, August 22, 2011

Dari Kaca Asap Ke Hidrogen Alpha Filter,Dari Padang Lalang ke Jiaxing, Dari Al-Irshad ke Maldives

Teringatku semasa zaman kanak-kanak dulu...bila saja berlaku kejadian 'matahari sakit', saya akan tercari-cari serpihan kaca di tempat buangan sampah...nyala pelita minyak tanah dan asapkan ia agar menjadi sedikit gelap....kata orang tuaku...itulah caranya utuk melihat 'matahari sakit' tanpa menyakitkan mataku. Zaman mula berubah dengan kehadiran kamera berfilem...dan ketika itu juga filem kamera digunakan untk melihat matahari sakit. Pada zaman kanak-kanakku, tidak terlintas untuk mengadakan solat sunat atau perkara-perkara sunat lain sebagaimana dituntut. Mungkin kerana maklumat tentang kejadian gerhana atau matahari sakit ketika itu belum meluas.
Menelusuri alam persekolahan, seingat aku hanya sekali aku bersolat sunat tika matahari sakit. Kalau tak salahku, sekitar tahun 1988 di SMKA Al-Irshad...masih di tingkatan 2 ketika itu...hanya menurut saja ustaz dan kawan-kawan melaksanakan solat sunat gerhana. Tika itu solat diadakan di atas gelanggang tenis...(hari ini, tapak gelanggang tenis dan bola tampar telah tiada di SMKA Al-Irshad kerana dibina dewan besar di atasnya)...ketika itu masih jua tiada teleskop..tiada filter mylar atau thousand oak...apatah lagi Alpha Hidrogen Filter...aku dan kawan-kawan masih menggunakan negatif filem dan kaca asap!
Memasuki alam pekerjaan, segalanya berubah dengan perkembangan teknologi zaman...aku bukan saja berpeluang meneropong 'matahari sakit' dengan penapis mylar dan thousand oak...malah Alpha Hidrogen Filter kepunyaan 'rakan sekutu' sekerja kami iaitu USM. Terlalu berbeza imej yang kelihatan...tak terjangkau dengan apa yang aku rasai dengan filter 'kaca asap' buatan sendiri...atau penapis negatif filem yang dibekalkan guru sainsku di Al-Irshad dulu....
Menjejak gerhana penuh, cincin atau separa sejak 'mendaftarkan diri' sebagai pekerja falak telah membawaku ke Jiaxing, China pada 2009. tika itu gerhana penuh yang berlaku adalah gerhana terpanjang di abad ini, iaitu hampir 6 minit. Bayangkan....keadaan pada jam 9.00 pagi adalah sama dengan 12.00 tengah malam selama hampir 6 minit di Jiaxing...aku bagaikan kerinduan yang amat sangat kepada sinar mentari di siang hari tika itu....bukan aku saja,malah semua orang yang berada di Dataran Jiaxing tika itu... Pada tahun 2010 pula, penjejakan gerhana cincin membawaku ke Kepulauan Maldives. Kali ini suasana tidaklah segelap di Jiaxing, hanya menjadi redup dan mendung....pepatung dan beburung di Pulau Hulhule, Maldives bergegas terbang pulang kerana menyangkakan hari telah usai, dan senja bakal berinsut tua sebentar lagi. Sesungguhnya apa yang paling menarik, wajah mentari dalam bentuk cincin yang dirakamkan rakanku,Ramli Ahmad dari Negeri Sembilan....ma sya Allah...amat mengagumkan!!

.....dari kaca asap ke alpha -H...
...dari padang lalang ke jiaxing...
....dari al-irshad ke maldives...
Apapun...pengalaman-pengalaman ini amat berharga bagi diriku...menyaksikan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT dari pelbagai sudut yang berbeza...dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa...dari kaca asap ke hidrogen alpha filter...dari padang lalang ke jiaxing...dari al-irshad ke maldives....raikan falak!!!

No comments:

Post a Comment