Monday, November 21, 2011

Gerhana Bulan Penuh pada 10 Disember 2011

Gerhana Bulan Penuh dijangka akan berlaku dan dapat dilihat di Malaysia pada 10 Disember ini. Fenomena bulan memasuki bayang gelap bumi (umbra) akan mula kelihatan pada jam 2045 (8.45 malam) dan dijangka berakhir pada jam 2257 (10.57 malam). Gerhana kali ini berbeza dengan kejadian gerhana pada Jun lalu kerana ia berlaku awal sebelum waktu tengah malam. Selain ia memberi peluang kepada kita untuk melakukan perkara-perkara sunat degan lebih selesa, ia juga memungkinkan kita merasai atau menelilti perubahan-perubahan alam semasa kejadian gerhana. Perubahan awan dan arah tiupan angin adalah perkara biasa ketika berlakunya gerhana. Apapun, perkara yang paling dituntut ke atas umat Islam ketika berlakunya gerhana ialah melakukan solat sunat gerhana, banyak bertaubat dan bersedekah. Ini kerana Rasullallah SAW menegaskan bahawa kejadian gerhana adalah suatu tanda dan cara Allah SWT untuk menakut-nakutkan umat manusia supaya selalu mengingatiNya.Diriwayatkan bahawa Rasul SAW melakukan solat gerhana yang amat panjang dan tidak keluar masjid sehingga gerhana tamat. Bagi kita di Malaysia, pada 10 Disember ini, selepas solat fardhu Isyak, sama-sama kita mendongak ke langit untuk memastikan gerhana telah berlaku..tengok sekejap...kemudian masuk semula ke dalam masjid untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan dan mendengar khutbah....raikan falak!!

No comments:

Post a Comment