Monday, February 13, 2012

FOTS Siri 1/2012 @ Pantai Queensbay

Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar...walau pada awal malam cuaca amat berawan..Falak On The Street Siri 1/2012 di Pantai Queensbay pada 10 Februari lalu terlaksana jua...dengan beberapa objek samawi yang dapat dicerap seperti Planet Jupiter, Planet Marikh.,Bulan, Buruj Orion yang sedang tegak mendominasi tengah langit tika ini, sambil rapat diekori Sang Anjing, Canis Major....juga si kembar Pollux dan Castor yang tak mahu melepaskan peluang untuk turut sama beraksi. Terima kasih tak terhingga kepada rakan 'sekutu' falakpenang yang turut membantu iaitu Muzium Dan Galeri Tuanku Fauziah USM dan Kelab Astronomi USM....juga buat peminat amatur, Tuan ASP Osmera dan keluarga..yang turut membawa teleskop dan memberi penerangan kepada para pengunjung...Mr Lee, rakan Dr Chong dengan Sky Watchernya....kenalan baru, Mr Lim hadir dengan Meade Dobsonian...tq very much atas sokongan anda semua. Harapannya sambutan peminat falak dan pengunjung akan berterusan sehingga Falak On The Street yang terakhir bagi tahun ini...jom raikan...

3 comments:

  1. Tahniah. Nak start kat sini lum cukup buddy.. hehee

    ReplyDelete
  2. tq...kt mana tu? Penang boleh turun bantu pa...hehe..

    ReplyDelete