Friday, February 3, 2012

Kajian Waktu Fizikal Solat di Kawasan Tanah Tinggi

Alhamdulillah....kajian fizikal waktu solat kawasan tanah tinggi berjaya diadakan pada 30 -31 Januari lalu bersama pelajar tahun akhir Sarjana Muda Syariah Falak Universiti Malaya di Gunung Jerai, Kedah pada ketinggian 1005m. Walaupun kali pertama, para pelajar tahun akhir UM tampak efisien dengan tugasan yang diberikan penyelia mereka. Matahari terbenam berjaya dicerap pada jam 7.32 malam dengan azimut matahari pada kedudukan 252d 13m 30s dan altitud -0d 58m 30s. Data ini berjaya membuktikan tambahan 4 minit untuk waktu solat Maghrib bagi Puncak Gunung Jerai...namun ufuk Timur tak mengizinkan kami untuk mengkaji fajar. Harapnya cuaca di Bukit Bendera pada 18-19 Februari ini amat baik agar kajian dapat diteruskan.....jom raikan falak!!!!!!

2 comments:

  1. tahniah atas usaha Unit Falak, JMPP. harap diteruskan. Nampak mcm ada perubahan. kalau tak silap dulu, utk gunung jerai tambahan hanya 3 minit.

    ReplyDelete
  2. tq...kiraan kasar mendapati tambahan sebannyak 3.6 minit...jadi rasanya wajar digenapkan menjadi 4 minit...itu saj ayang dapat disimpulkan berdasarkan pemerhatian yang lepas..

    ReplyDelete