Wednesday, April 18, 2012

Falak @ School...SMKA (P) Al-Mashoor, Pulau Pinang

                                     





Alhamdulillah, pada 14 April lalu, Falak @ School aka Falak Attacks School telah berjaya dilaksanakan di SMKA (P) Al-Mashoor, Pulau Pinang. Program yang disasarkan untuk 300 pelajar telah berjaya membuka lembaran baru falak/astronomi di sekolah tersebut. Empat bengkel telah dijalankan iaitu Bengkel Falak, Bengkel Sains, Bengkel Astronomi dan Bengkel Peralatan Tongkat Istiwa. Dengan usaha para pelajar, titik kordinat geografi untuk sekolah mereka telah berjaya di ukur dan ditanda pada hari itu. Terima kasih untuk team Kelab Astro USM yang membantu mengendalikan Bengkel Astronomi yang meliputi aspek pengendalian teleskop dan peta bintang..juga jutaa terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menerima kunjungan dan 'serangan' team falakpenang kali ini...apa pun, jom raikan falak....

1 comment:

  1. Saya pun study al-mashoor tpi bru masuk 2014. Sayang tak ada masa tu... Saya di kelas 1 iltizam

    ReplyDelete