Thursday, August 9, 2012

Desir Marikh Menguntum Mahabbah Falakpenang-Falakkedah

Alhamdulillah, malam tadi (8/8/2012), desir angin Marikh bersama 'panas'nya derap Curiosity menemukan lagi team falakpenang dan falakkedah di SMA Taufikiah Khairiah Halimiah, Padang Lumat, Kedah. Program pendedahan ilmu falak syarie dan pencerapan bintang anjuran sekolah itu turut dijayakan Jabtan Ukur Dan Pemetaan Negeri Kedah dan SMKA Al-Mashoor (L) berjaya menarik minat hampir 800 pelajar sekolah berkenaan.
Walaupun, cuaca agak mengecewakan dan tiada sebarang objek langit dapat dicerap dengan jelas, namun semangat ingin tahu amat berkobar-kobar di kalangan para pelajar dengan pelbagai soalan dan pertanyaan diajukan kepada krew falakpenang dan falakkedah. Kaunter edaran bahan falak dan jualan cenderamata tak putus-putus diserbu oleh para pelajar yang dahagakan pengetahuan disamping merobek sifat ingin tahu di hati masing-masing. Apapun, terima kasih atas jemputan...moga pengetahuan yang sedikit ini dapat kita manfaatkan bersama....moga ketemu lagi di lain acara...jom raikan falak!!!

No comments:

Post a Comment