Wednesday, April 18, 2012

Falak @ School...SMKA (P) Al-Mashoor, Pulau Pinang

                                     





Alhamdulillah, pada 14 April lalu, Falak @ School aka Falak Attacks School telah berjaya dilaksanakan di SMKA (P) Al-Mashoor, Pulau Pinang. Program yang disasarkan untuk 300 pelajar telah berjaya membuka lembaran baru falak/astronomi di sekolah tersebut. Empat bengkel telah dijalankan iaitu Bengkel Falak, Bengkel Sains, Bengkel Astronomi dan Bengkel Peralatan Tongkat Istiwa. Dengan usaha para pelajar, titik kordinat geografi untuk sekolah mereka telah berjaya di ukur dan ditanda pada hari itu. Terima kasih untuk team Kelab Astro USM yang membantu mengendalikan Bengkel Astronomi yang meliputi aspek pengendalian teleskop dan peta bintang..juga jutaa terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menerima kunjungan dan 'serangan' team falakpenang kali ini...apa pun, jom raikan falak....

Friday, April 13, 2012

Falak On The Street Siri 2/2012 @ RnR Bagan Ajam, Butterworth

                                     
Falak turun ke jalanan untuk bersama masyarakat kali ini berlangsung di RnR Bagan Ajam, Butterworth pada 7 April 2012. Sambutan amat menggalakkan sehinggakan pihak pengurusan meminta team falakpenang datang setiap minggu ke tempat ini....Insya Allah kami akan ke sana lagi...masa dan waktunya akan diberitahu kemudian....Ramai yang teruja dapat melihat planet Jupiter dan Venus seawal jam 8 malam itu....sebelum awan mendung menutupi langit...seterusnya teleskop dihalakan ke arah Marikh, Zuhal dan bulan penuh....rata-rata pengunjung amat teruja kerana pertama kali dapat melihat objek-objek langit tersebut dengan mata sendiri....jom raikan falak!!!!

Tuesday, April 10, 2012

Zirafah diTengah Lautan

Sepetang menelusuri lautan Pulau Pinang bersama bot polis marin....berpeluang melihat secara dekat kawanan zirafah yang selama ini kelihatan dari kejauhan sahaja....

Jadual Aktiviti Falakpenang Bulan April dan Mei 2012

Bagi memudahkan anda mengikuti perkembangan aktiviti falak di Pulau Pinang, dinukilkan jadual aktiviti team falakpenang untuk bulan April ini....


 4 April - Pameran Dan Cerapan Di SMK Seri Muda
6-7 April - Tunas Muda Falak Sekolah Rendah @ SK Stowell, Bukit Mertajam
7 April - Falak On The Street @ RnR Bagan Ajam, Butterworth
14 April - Falak At School @ SMKA (P) Al-Mashoor
19 April - Pameran dan Cerapan di SMK Bandar Baru Perda,BM
20-21 April - Lawatan SK Pengkalan Jaya ke Pusat Falak Sheikh Tahir
22 April - Cerapan Hilal Jamadilakhir
28 April - Sambutan Hari Astronomi Pulau Pinang @ JUSCO Bandar Perda,BM


4 Mei - Falak On The Street @ Padang Kota Lama
4-6 Mei - Bengkel Astrofotografi feat Mr Shahrin Falak Online @ Pusat Falak & Pantai Keracut
7 Mei - Pameran Dan Cerapan @ SK Bukit Gelugor
8-10 Mei - Tafaqquh Fi Ilmi Falak feat Us Hanafiah @ MPC Kepala Batas
21 Mei - cerapan Hilal Rejab
24-26 Mei - Kem Astronomi Kedah @ Titi Hayun, Yan

Monday, April 9, 2012

Pertandingan Menulis Sajak Falak/Astronomi

PERTANDINGAN MENULIS SAJAK FALAK/ASTRONOMI
SEMPENA SAMBUTAN HARI ASTRONOMI
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2012
Syarat-syarat Pertandingan
1. Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia.
2. Semua karya adalah asli dan belum pernah disiarkan dalam mana-mana
akhbar dan majalah utama negara.
3. Panjang sajak adalah tidak terhad.
4. Sajak mestilah berkaitan dengan falak/astronomi termasuk mengenai
tokoh-tokoh tersohor di dalam bidang ini.
5. Semua karya yang di hantar adalah menjadi hak penganjur dan penganjur
berhak menggunakannya untuk tujuan promosi atau penerbitan. Hadiah
pertandingan ini adalah seperti berikut :-
Tempat Pertama : RM 500.00 dan sijil
Tempat Kedua : RM 300.00 dan sijil
Tempat Ketiga : RM 150.00 dan sijil
6. Pemenang akan dijemput untuk mendeklamasikan sajaknya semasa Sambutan Hari Astronomi Peringkat Negeri Pulau Pinang
pada 28 April 2012  di AEON (M), Jusco Bandar Perda, Bukit Mertajam.
7. Tarikh tutup pertandingan ini ialah pada
20 April 2012. Semua penyertaan mestilah dihantar dalam bentuk bercetak dan emel ke alamat
di bawah :-
Bentuk Bercetak :
Urusetia Pertandingan Menulis Sajak Falak/Astronomi Sambutan Hari Astronomi Peringkat Negeri Pulau Pinang 2012
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
Tkt 48, KOMTAR
10000 PULAU PINANG
(u.p : Us Anuar Bin Ariffin)
Bentuk Emel :