Thursday, January 31, 2013

Pengajian Rubu' Secara Pondok

Alhamdulillah..ada kesempatan yang mendatang...ada masa yang terluang....bak rezeki yang terhidang, pada 30 Januari 2013, terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Madrasah Al-Imaniyah Ad-Dalawiyah, Jitra, Kedah untuk bersua muka dengan Pak Kiyai Hj Othman Bin Ahmad, seorang pakar falak dari Medan yang mengajar rubu' mujayyab secara pondok. Dengan risalah Taqribal Maqsod Fil Amali Bir Rubu'il Mujayyab, para pelajar madrasah tersebut dapat mengenali asas rubu' dengan mudah dan berkesan. Ternyata pendekatan tuan kiyai amat mudah diserapi dan diselami para pelajar yang mengikuti pengajian kitab falak itu selama 10 hari. Kesempatan berjumpa, bertemu malah berbual dengan guru falak ini, walaupun tak sempat mengaji...amat berharga bagi saya dan rakan-rakan falakpenang dan kedah.
Apa yang menariknya.....(hahaha...pinjam kata-kata Cikgu Mat Taufan) apabila pulang ke pejabat saya cuba membandingkannya dengan risalah jawi, Pedoman Bahagia karangan Tuan Guru Muhammad Soleh Bin Haji Harun Kemboja....memang ternayata sama...seolah-olah ianya terjemahan Arab - Melayu...







Kenapa saya katakan menarik.....? Sebabnya saya tidak lagi perlu bersusah payah menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu...walaupun saya amat suka membaca bahasa Arab tulisan lama yang amat indah bait-bait bahasanya. Apapun...jom raikan falak....dengan banyak membaca dan menelaah....

4 comments:

  1. Assalamualaikum...di mana enta dapat ketiga-tiga risalah tersebut?

    ReplyDelete
  2. Wslm Us Awang....2 kitab arab tu di bawa oleh pak kiyai dari indonesia....kitab pedoman bahagia tuan saleh kemboja boleh di dapati di khazanah fatahaniyyah...

    ReplyDelete
  3. As salam ustaz..dimana saya boleh belajar ilmu falak mnggunakan kitab pedoman bahagia?saya amat berminat.terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Wslm tuan hasrat ishak....maaf sbb dah tlalu lama saya tak update blog ni...saya pun x pasti siapa yg boleh mengajar kitab pedoman bahagia tu...saya sekadar menelaah stlh mndapt kitab tu drpd Dr Baharrudin.....dan sy rs kitab tu mudah difahami.....sekirnya tuan sudi bermunaqasyah ttg kitab tu saya amat alu alukan kerana sy pun masih belajar....wallahu a' lam

    ReplyDelete