Friday, July 19, 2013

Salam....

Sudah agak lama tak meng'update'kan ruang ini...terpanggil untuk menulis meng'upload' beberapa maklumat yang di minta hamba Allah yang bertanya tentang Rubu' Mujayyab.

Jadual Hari Buruj


Jadual Ta'dil Az Zaman


Moga bermanfaat kepada yang bertanya...



Thursday, January 31, 2013

Pengajian Rubu' Secara Pondok

Alhamdulillah..ada kesempatan yang mendatang...ada masa yang terluang....bak rezeki yang terhidang, pada 30 Januari 2013, terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Madrasah Al-Imaniyah Ad-Dalawiyah, Jitra, Kedah untuk bersua muka dengan Pak Kiyai Hj Othman Bin Ahmad, seorang pakar falak dari Medan yang mengajar rubu' mujayyab secara pondok. Dengan risalah Taqribal Maqsod Fil Amali Bir Rubu'il Mujayyab, para pelajar madrasah tersebut dapat mengenali asas rubu' dengan mudah dan berkesan. Ternyata pendekatan tuan kiyai amat mudah diserapi dan diselami para pelajar yang mengikuti pengajian kitab falak itu selama 10 hari. Kesempatan berjumpa, bertemu malah berbual dengan guru falak ini, walaupun tak sempat mengaji...amat berharga bagi saya dan rakan-rakan falakpenang dan kedah.
Apa yang menariknya.....(hahaha...pinjam kata-kata Cikgu Mat Taufan) apabila pulang ke pejabat saya cuba membandingkannya dengan risalah jawi, Pedoman Bahagia karangan Tuan Guru Muhammad Soleh Bin Haji Harun Kemboja....memang ternayata sama...seolah-olah ianya terjemahan Arab - Melayu...







Kenapa saya katakan menarik.....? Sebabnya saya tidak lagi perlu bersusah payah menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu...walaupun saya amat suka membaca bahasa Arab tulisan lama yang amat indah bait-bait bahasanya. Apapun...jom raikan falak....dengan banyak membaca dan menelaah....

Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H


Salawat Dan Salam....Buat Nabi Junjungan Muhammad SAW...


Monday, January 21, 2013

Hilal Rabiulawal 1434H

Cerapan hilal atau anak bulan pertama bagi tahun 2013 diteruskan lagi dengan pelbagai agenda dan tujuan pencerap masing-masing. Ada yang mengejar kenampakan paling muda di Malaysia, ada yang melakukannya atas dasar tugas, ada yang melaksanakannya sebagi tuntutan ibadah dan ada yang mencerap bagi memastikan kesahihan data yang digunapakai selama ini. Apapun tujuan dan alasan rukyah itu dilakukan, ianya tetap suatu aktiviti yang memerlukan segala persiapan dan kesiagaan diri yang amat rapi. Kegagalan menyediakan peralatan yang secukupnya atau yang diperlukan perlu dielakkan. Apatah lagi perkara yang paling utama adalah diri pencerap itu sendiri. Kedatangan dalam keadaan tergesa-gesa dan kalut akan mempengaruhi minda dan emosi pencerap. Emosi yang tidak tenang dan terganggu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kerja-kerja merukyah dan peluang kenampakan bagaikan tipis. Namun segalanya terletak pada Yang Maha Kuasa, sedang Dialah yang menggerakkan awan dan meniupkan angin dengan kehendakNya. Jom raikan falak....

Monday, November 19, 2012

Bengkel Cerapan Hilal

Pada 14 November lalu, team falak kedah telah mengadakan Bengkel Falak yang merangkumi Bengkel Arah Kiblat dan Bengkel Cerapan Hilal untuk para guru dan pelajar Pondok Al-Imaniah Ad-Dalawiyah Jitra Kedah. Bengkel yang disertai lebih 20 peserta itu didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah moden bagi penetuan arah kiblat dan cerapan hilal masa kini. Team falakpenang dijemput untuk membantu team falak kedah mengendalikan bengkel berkaitan cerapan hilal. Alhamdulillah, para peserta dapat mengikuti dan memahami kaedah moden yang ditunjukkan, walaupun selama ini para peserta hanya didedahkan dengan kaedah tradisional seperti rubu' mujayyab di pondok mereka. Para peserta seterusnya didedahkan dengan cerapan sebenar, iaitu cerapan hilal Muharam 1434H di Menara Alor Setar. Walaupun cuaca agak mengecewakan, namun para peserta tetap bersemangat melaksanakan rukyah disamping mempelajari kaedah cerapan hilal menggunakan teodolit. Terima kasih atas jemputan team falak kedah untuk sedikit perkongsian ilmu, diharapkan selepas ini kita akan dapat mengikuti pengajian secara pondok pula untuk mendalami kitab-kitab turath falak. Jom raikan falak...

Friday, September 21, 2012

Latihan Trabas Ukur Zon Utara

Alhamdulillah, pada 15 September lalu, team falakpenang telah berjaya menganjurkan satu siri latihan trabas ukur bersama-sama team falakkedah dan falakperak. Latihan yang dikendalikan Tuan Haji Sr Fakhrul Azman Bin Ali daripada Syarikat Juru Ukur Hikmah sedikit sebanyak mengimbau kembali sesi latihan semasa berkursus di KUSZA/UDM/Unisza. Cuma lebihnya kali ini, para peserta didedahkan dengan kerja ukur sebenar dengan 'cubaan' melakukan trabas tertutup bagi lot yang telah ditetapkan. Rata-ratanya, peserta amat berpuashati dengan latihan yang dijalankan...cuma diharapkan ianya dapat diteruskan lagi dengan siri lanjutan yang mungkin diadakan di Perak atau Kedah pula selepas ini...jom raikan falak....

Tuesday, September 11, 2012

Bengkel Falak Kolej Komuniti Bukit Mertajam

Walau hanya sekadar bengkel ringkas, yang diselami para pelajar tanpa asas falak , ternyata pertemuan pertama kali dengan para pelajar kursus jahitan dan rekaan fesyen ini tetap membuahkan hasil dan era pemikiran baru terhadap ilmu falak di minda mereka. Apapun, tahniah pada adik-adik...atau anak-anak ? yang memanggil kami 'pakcik'....kerana berjaya mengharungi suatu tradisi keilmuan yang jarang diwar-warkan kepada semua....raikan falak!!!!