Monday, February 13, 2012
FOTS Siri 1/2012 @ Pantai Queensbay
Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar...walau pada awal malam cuaca amat berawan..Falak On The Street Siri 1/2012 di Pantai Queensbay pada 10 Februari lalu terlaksana jua...dengan beberapa objek samawi yang dapat dicerap seperti Planet Jupiter, Planet Marikh.,Bulan, Buruj Orion yang sedang tegak mendominasi tengah langit tika ini, sambil rapat diekori Sang Anjing, Canis Major....juga si kembar Pollux dan Castor yang tak mahu melepaskan peluang untuk turut sama beraksi. Terima kasih tak terhingga kepada rakan 'sekutu' falakpenang yang turut membantu iaitu Muzium Dan Galeri Tuanku Fauziah USM dan Kelab Astronomi USM....juga buat peminat amatur, Tuan ASP Osmera dan keluarga..yang turut membawa teleskop dan memberi penerangan kepada para pengunjung...Mr Lee, rakan Dr Chong dengan Sky Watchernya....kenalan baru, Mr Lim hadir dengan Meade Dobsonian...tq very much atas sokongan anda semua. Harapannya sambutan peminat falak dan pengunjung akan berterusan sehingga Falak On The Street yang terakhir bagi tahun ini...jom raikan...
Friday, February 10, 2012
Falak On The Street 2012
Program Falak On The Street datang lagi....dulu, di awal kemunculannya pada tahun 2005, ianya dikenali sebagai 'Jom Tengok Bintang"...Alhamdulillah...sejak sekian lama diadakan, ia mendapat sambutan dan harapan tinggi masyarakat sekitar Pulau Pinang...untuk tahun 2012 ini...sebanyak 8 siri dirancang...apapun, segalanya bermula malam ini, 10 Februari 2012..di Pantai Queensbay, Pulau Pinang..jom raikan...sila semak jadual kami berdekatan tempat anda....
Program Falak On The Street sepanjang tahun 2012..
1. 10 Februari : Pantai Queensbay, Pulau Pinang
2. 6 April : Hentian Rehat & Rawat Bagan Ajam,Butterworth
3. 4 Mei : Padang Kota Lama, Pulau Pinang
4. 6 Jun : Lebuh Sg Pinang, Pulau Pinang
5. 6 Ogos : Masjid Daerah Barat Daya
6. 28 September : Padang Kota Lama, Pulau Pinang
7. 13 Oktober : Rope Walk Butterworth
8. 11 November : Pasar Hari Tasek Gelugor
Program Falak On The Street sepanjang tahun 2012..
1. 10 Februari : Pantai Queensbay, Pulau Pinang
2. 6 April : Hentian Rehat & Rawat Bagan Ajam,Butterworth
3. 4 Mei : Padang Kota Lama, Pulau Pinang
4. 6 Jun : Lebuh Sg Pinang, Pulau Pinang
5. 6 Ogos : Masjid Daerah Barat Daya
6. 28 September : Padang Kota Lama, Pulau Pinang
7. 13 Oktober : Rope Walk Butterworth
8. 11 November : Pasar Hari Tasek Gelugor
Friday, February 3, 2012
Kajian Waktu Fizikal Solat di Kawasan Tanah Tinggi
Alhamdulillah....kajian fizikal waktu solat kawasan tanah tinggi berjaya diadakan pada 30 -31 Januari lalu bersama pelajar tahun akhir Sarjana Muda Syariah Falak Universiti Malaya di Gunung Jerai, Kedah pada ketinggian 1005m. Walaupun kali pertama, para pelajar tahun akhir UM tampak efisien dengan tugasan yang diberikan penyelia mereka. Matahari terbenam berjaya dicerap pada jam 7.32 malam dengan azimut matahari pada kedudukan 252d 13m 30s dan altitud -0d 58m 30s. Data ini berjaya membuktikan tambahan 4 minit untuk waktu solat Maghrib bagi Puncak Gunung Jerai...namun ufuk Timur tak mengizinkan kami untuk mengkaji fajar. Harapnya cuaca di Bukit Bendera pada 18-19 Februari ini amat baik agar kajian dapat diteruskan.....jom raikan falak!!!!!!
Friday, January 27, 2012
Sesekali teringin jugak...
Menelusuri beberapa blog rakan-rakan falak sepanjang minggu ini...banyak yang bercakap tentang himpunan bulan sabit muda dan planet Zuhrah...lantas kamera kecil ini pun terdorong untuk mencuba seberapa dapat gambaran tersebut....apa pun, inilah hasilnya....yang diambil pada senja 25.01.2012....yang tak seberapa....jom raikan falak...
Kem Kemantapan Ilmu Falak @ Sg Siput
Kesempatan berkumpul, bersua muka dan bercerita sesama rakan dan sahabat se'minat'an...(dulunya dikenali sebagai seperguruan), tentunya tak dapat dilepaskan. Walaupun kesesakan jalanraya dan cuaca yang bagaikan mencemburui pertemuan sahabat-sahabat lama ini bertandang tanpa diduga...semangat untuk sama-sama berkongsi berita dan cerita tetap berkobar-kobar. Penantian sehingga jam 2 pagi....bersambung hingga jam 4.30 pagi terasa berbaloi dengan cuti yang dikorbankan. Apapun, thanks kepada saudara Muzamir Mazlan yang bertungkus lumus menjadikan kem ini suatu kenyataan...juga pada tokey Falak-Online, Shahrin...yang sudi berkongsi menunjuk ajar penggunaan 'alat mainan' baru...Astrotrac...mmg best bro!!!! Harapnya sanggahan alam dan mainan udarakasa tidak menjejaskan semangat kita untuk kem seterusnya....Hmmm, Pengkalan Hulu? Pulau Tali Kail??? jom raikan falak.....
Monday, January 16, 2012
Lawatan Uitm Merbok ke Pusat Falak Sheikh Tahir
Kunjungan pertama ke Pusat Falak Sheikh Tahir bagi tahun 2012 ini dilakukan oleh pelajar Uitm Merbok, Kedah. Lawatan pada 13 Januari itu disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat Pusat Falak Sheikh Tahir, Pengenalan Astronomi dan Mengenal Peta Bintang. Walaupun cuaca pada awalnya agak mendung, semangat para pelajar amat tinggi untuk melihat objek langit dengan menggunakan teleskop pada malam itu. Cerapan langit bersambung selepas subuh dengan cuaca sedikit elok dan para pelajar dapat menjengah wajah bulan dan merenung kelibat planet Marikh dengan lebih dekat lagi. sebelum itu, pada sebelah petangnya, Pusat Falak Sheikh Tahir menerima kunjungan daripada 2 orang wakil jabatan agama Wilayah Setoi, Thailand. Harapan agar hubungan yang baru dibina akan membuahkan hasil antara 2 wilayah memandangkan terdapat pengajian dan pengajaran falak di wilayah Setoi tersebut. Untuk para pelajar, kumpullah sberapa banyak maklumat agar tidak ketinggalan dalam perkembangan dunia maklumat hari ini...jom raikan falak!!!
Friday, December 30, 2011
Ringkasan Kalendar Falak 2012
Alhamdulillah....2011 sudah hampir ke penghujungnya dan 2012, yang banyak dikaitkan dengan fenomena astronomi bakal muncul. Apapun, di sini diperturunkan ringkasan fenomena astronomi 2012...namun untuk yang selanjutnya bolehlah melayari web nasa atau portal komuniti falak Malaysia iaitu falak online...sekadar berkongsi...moga bermanfaat....jom raikan falak!!!!
FENOMENA LANGIT 2012
JANUARI
3-4 JANUARI – HUJAN METEOR QUADRANTIDS
9 JANUARI – BULAN PENUH
FEBRUARI
7 FEBRUARI – BULAN PENUH
MAC
3 MAC – OPPOSISI MARIKH
14 MAC – KONJUNKSI ZUHRAH DAN MUSYTARI
20 MAC – VERNAL EKUINOKS
APRIL
6 APRIL – BULAN PENUH
15 APRIL – OPPOSISI ZUHAL
21-22 APRIL – HUJAN METEOR LYRIDS
MEI
5-6 MEI – HUJAN METEOR ETA EQUARIDS
20 MEI – GERHANA MATAHARI ANNULAR DI CHINA DAN JEPUN
JUN
4 JUN – BULAN PENUH
4 JUN – GERHANA BULAN SEPARA
6 JUN – TRANSIT ZUHRAH MELINTASI MATAHARI
JULAI
3 JULAI – BULAN PENUH
28-29 JULAI – HUJAN METEOR SOUTHERN DELTA AQUARIDS
OGOS
2 OGOS – BULAN PENUH
12-13 OGOS – HUJAN METEOR PERSEIDS
24 OGOS – OPPOSISI NEPTUN
31 OGOS – BULAN PENUH
SEPTEMBER
29 SEPTEMBER – OPPOSISI URANUS
OKTOBER
21-22 OKTOBER – HUJAN METEOR ORIONIDS
29 OKTOBER – BULAN PENUH
NOVEMBER
13 NOVEMBER – GERHANA MATAHARI PENUH DI AUSTRALIA
17-18 NOVEMBER – HUJAN METEOR LEONIDS
27 NOVEMBER – KONJUNKSI ZUHRAH DAN ZUHAL
DISEMBER
3 DISEMBER – OPPOSISI MUSYTARI
13-14 DISEMBER – HUJAN METEOR GEMINIDS
28 DISEMBER – BULAN PENUH
FENOMENA LANGIT 2012
JANUARI
3-4 JANUARI – HUJAN METEOR QUADRANTIDS
9 JANUARI – BULAN PENUH
FEBRUARI
7 FEBRUARI – BULAN PENUH
MAC
3 MAC – OPPOSISI MARIKH
14 MAC – KONJUNKSI ZUHRAH DAN MUSYTARI
20 MAC – VERNAL EKUINOKS
APRIL
6 APRIL – BULAN PENUH
15 APRIL – OPPOSISI ZUHAL
21-22 APRIL – HUJAN METEOR LYRIDS
MEI
5-6 MEI – HUJAN METEOR ETA EQUARIDS
20 MEI – GERHANA MATAHARI ANNULAR DI CHINA DAN JEPUN
JUN
4 JUN – BULAN PENUH
4 JUN – GERHANA BULAN SEPARA
6 JUN – TRANSIT ZUHRAH MELINTASI MATAHARI
JULAI
3 JULAI – BULAN PENUH
28-29 JULAI – HUJAN METEOR SOUTHERN DELTA AQUARIDS
OGOS
2 OGOS – BULAN PENUH
12-13 OGOS – HUJAN METEOR PERSEIDS
24 OGOS – OPPOSISI NEPTUN
31 OGOS – BULAN PENUH
SEPTEMBER
29 SEPTEMBER – OPPOSISI URANUS
OKTOBER
21-22 OKTOBER – HUJAN METEOR ORIONIDS
29 OKTOBER – BULAN PENUH
NOVEMBER
13 NOVEMBER – GERHANA MATAHARI PENUH DI AUSTRALIA
17-18 NOVEMBER – HUJAN METEOR LEONIDS
27 NOVEMBER – KONJUNKSI ZUHRAH DAN ZUHAL
DISEMBER
3 DISEMBER – OPPOSISI MUSYTARI
13-14 DISEMBER – HUJAN METEOR GEMINIDS
28 DISEMBER – BULAN PENUH
Subscribe to:
Posts (Atom)