Tuesday, March 27, 2012

Denyut Hilal Menguntum Kasih Siri 1- Falakpenang & Falakkedah

Program mahabbah 'Denyut Hilal Menguntum Kasih Siri 1 bersama team falakkedah terlaksana jua pada 23 Mac lalu bersempena Majlis Cerapan Hilal Jamadilawal 1433H di Pusat Falak Sheikh Tahir. Biar langit  berdentum....awan harimau mengaum meraung....sesama kita tekun menghisab menghitung denyut hilal sampai ke hujung....terima kasih team falakkedah atas kunjungan...harapan kami kerjasama kita akan terus berpanjangan selepas ini...jomk raikan falak!!!

Monday, March 5, 2012

Tunas Muda Falak Siri 1/2012



persiapan LDK

persembahan LDK

persiapan LDK

Persembahan LDK- team ni juara le...

Persembahan LDK

Bacaan Doa Majlis Penutup

Penghulu Kem

Peserta Lelaki

Peserta Perempuan
 Alhamdulillah...program Tunas Muda Falak Siri 1/2012 berlangsung dengan jayanya pada 2-4 Mac 2012 bertempat di Pusat Latihan Pertanian Relau, Pulau Pinang. Walaupun hujan malam membantutkan acara cerapan langit....namun para peserta tetap bersemangat meneruskan aktiviti terutamanya LDK berkumpulan yang mengandungi tugasan falak. Terima kasih jua kepada guru pengiring yang berkesanggupan menghantar dan mengambil para peserta ke kem Tuans Muda kali ini. Kepada para peserta, diharapkan ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan di sekolah dan jangan serik untuk mencari ilmu-ilmu untuk kegunaan di hari kemudian. Jom raikan falak....

Monday, February 13, 2012

FOTS Siri 1/2012 @ Pantai Queensbay

Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar...walau pada awal malam cuaca amat berawan..Falak On The Street Siri 1/2012 di Pantai Queensbay pada 10 Februari lalu terlaksana jua...dengan beberapa objek samawi yang dapat dicerap seperti Planet Jupiter, Planet Marikh.,Bulan, Buruj Orion yang sedang tegak mendominasi tengah langit tika ini, sambil rapat diekori Sang Anjing, Canis Major....juga si kembar Pollux dan Castor yang tak mahu melepaskan peluang untuk turut sama beraksi. Terima kasih tak terhingga kepada rakan 'sekutu' falakpenang yang turut membantu iaitu Muzium Dan Galeri Tuanku Fauziah USM dan Kelab Astronomi USM....juga buat peminat amatur, Tuan ASP Osmera dan keluarga..yang turut membawa teleskop dan memberi penerangan kepada para pengunjung...Mr Lee, rakan Dr Chong dengan Sky Watchernya....kenalan baru, Mr Lim hadir dengan Meade Dobsonian...tq very much atas sokongan anda semua. Harapannya sambutan peminat falak dan pengunjung akan berterusan sehingga Falak On The Street yang terakhir bagi tahun ini...jom raikan...

Friday, February 10, 2012

Falak On The Street 2012

Program Falak On The Street datang lagi....dulu, di awal kemunculannya pada tahun 2005, ianya dikenali sebagai 'Jom Tengok Bintang"...Alhamdulillah...sejak sekian lama diadakan, ia mendapat sambutan dan harapan tinggi masyarakat sekitar Pulau Pinang...untuk tahun 2012 ini...sebanyak 8 siri dirancang...apapun, segalanya bermula malam ini, 10 Februari 2012..di Pantai Queensbay, Pulau Pinang..jom raikan...sila semak jadual kami berdekatan tempat anda....

Program Falak On The Street sepanjang tahun 2012..

1. 10 Februari : Pantai Queensbay, Pulau Pinang


2. 6 April : Hentian Rehat & Rawat Bagan Ajam,Butterworth

3. 4 Mei : Padang Kota Lama, Pulau Pinang

4. 6 Jun : Lebuh Sg Pinang, Pulau Pinang

5. 6 Ogos : Masjid Daerah Barat Daya

6. 28 September : Padang Kota Lama, Pulau Pinang

7. 13 Oktober : Rope Walk Butterworth

8. 11 November : Pasar Hari Tasek Gelugor

Friday, February 3, 2012

Kajian Waktu Fizikal Solat di Kawasan Tanah Tinggi

Alhamdulillah....kajian fizikal waktu solat kawasan tanah tinggi berjaya diadakan pada 30 -31 Januari lalu bersama pelajar tahun akhir Sarjana Muda Syariah Falak Universiti Malaya di Gunung Jerai, Kedah pada ketinggian 1005m. Walaupun kali pertama, para pelajar tahun akhir UM tampak efisien dengan tugasan yang diberikan penyelia mereka. Matahari terbenam berjaya dicerap pada jam 7.32 malam dengan azimut matahari pada kedudukan 252d 13m 30s dan altitud -0d 58m 30s. Data ini berjaya membuktikan tambahan 4 minit untuk waktu solat Maghrib bagi Puncak Gunung Jerai...namun ufuk Timur tak mengizinkan kami untuk mengkaji fajar. Harapnya cuaca di Bukit Bendera pada 18-19 Februari ini amat baik agar kajian dapat diteruskan.....jom raikan falak!!!!!!

Friday, January 27, 2012

Sesekali teringin jugak...

Menelusuri beberapa blog rakan-rakan falak sepanjang minggu ini...banyak yang bercakap tentang himpunan bulan sabit muda dan planet Zuhrah...lantas kamera kecil ini pun terdorong untuk mencuba seberapa dapat gambaran tersebut....apa pun, inilah hasilnya....yang diambil pada senja 25.01.2012....yang tak seberapa....jom raikan falak...

Kem Kemantapan Ilmu Falak @ Sg Siput

Kesempatan berkumpul, bersua muka dan bercerita sesama rakan dan sahabat se'minat'an...(dulunya dikenali sebagai seperguruan), tentunya tak dapat dilepaskan. Walaupun kesesakan jalanraya dan cuaca yang bagaikan mencemburui pertemuan sahabat-sahabat lama ini bertandang tanpa diduga...semangat untuk sama-sama berkongsi berita dan cerita tetap berkobar-kobar. Penantian sehingga jam 2 pagi....bersambung hingga jam 4.30 pagi terasa berbaloi dengan cuti yang dikorbankan. Apapun, thanks kepada saudara Muzamir Mazlan yang bertungkus lumus menjadikan kem ini suatu kenyataan...juga pada tokey Falak-Online, Shahrin...yang sudi berkongsi menunjuk ajar penggunaan 'alat mainan' baru...Astrotrac...mmg best bro!!!! Harapnya sanggahan alam dan mainan udarakasa tidak menjejaskan semangat kita untuk kem seterusnya....Hmmm, Pengkalan Hulu? Pulau Tali Kail??? jom raikan falak.....