Wednesday, December 17, 2014

Rubu' Mujayyab

Atas permintaan, Rubu' Mujayyab rasam Almarhum Haji Abdul Rahman Saleh telah disiapkan. Bagi yang berhajat memilikinya boleh menghubungi saya 019-4494950 atau 012-5694950. Harga COD ialah RM 35.00 dan Poslaju ialah RM 45.00.Moga bermanfaat...Insya Allah.

Thursday, December 5, 2013

Bengkel Pengenalan Rubu' Mujayyab

Kelab Astronomi Amatur Malaysia dengan kerjasama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan menganjurkan Bengkel Pengenalan Rubu' Mujayyab pada 14 Disember 2013 (Sabtu) bertempat di Masjid Daerah SPS bermula jam 9.00 pagi. Yuran penyertaan adalah RM 50.00 dan peserta akan mendapat seunit Rubu' Mujayyab berharga RM 35.00. Bengkel ini terbuka kepada orang ramai yang berminat mempelajari penggunaan Rubu' Mujayyab dalam mengukur waktu, mengukur arah kiblat, waktu solat, ketinggian dan penyelesaian sinus. Daftar segera kerana tempat adalah TERHAD.

 Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 019-4494950...atau terus berhubung dengan pegawai Masjid Daerah SPS....

 



Friday, August 16, 2013

Mengukur Jam dengan Menggunakan Rubu' Mujayyab


KAEDAH MENGELUARKAN JAM DENGAN MENGGUNAKAN RUBU' MUJAYYAB

 
MAKLUMAT/ DATA YANG DIPERLUKAN : -


1.     PENGUKURAN SEBENAR DENGAN RUBU'

2.     WAKTU MAHALLI  (TEMPATAN)

3.     TA'DIL AZZAMAN (EQUATION OF TIME)

4.     WAKTU ANGGARAN

 
PENGUKURAN SEBENAR DENGAN RUBU'


langkah pertama mestilah adanya cahaya matahari

seterusnya ambil bayang matahari yang selari antara hadaf ulya dan hadaf sufla

 
 
baca bacaan pada benang yang jatuh di atas permukaan rubu'
Contoh bacaan pada rubu' 48°
tukarkan bacaan 48°(DARJAH) kepada JAM, di mana 1 jam bersamaan 15°, jadi 48° bersamaa 3 jam 12 minit.
Maklumat pertama daripada pengukuran sebenar ialah 3 jam 12 minit
 
 
WAKTU MAHALLI (TEMPATAN)
waktu mahalli di kira dengan menukarkan beza LONGITUD tempatan kepada JAM
contohnya, longitud Pulau Pinang ialah 100° 12'. Waktu piawai Malaysia menggunakan titik 120°. Jadi 120° - 100° 12' = 19° 48'.
tukarkan kepada JAM, jadi 19° 48' / 15 = 1 jam 19 minit
maklumat kedua untuk waktu mahalli ialah 1 jam 19 minit
 
TA'DIL AZZAMAN (EQUATION OF TIME)
ialah perbezaan waktu matahari ketara dengan waktu matahari purata.
 




 
Graf Equation of time

Namun, di dalam pembelajaran rubu' mujayyab tradisional telah disertakan jadual bagi Ta'dil az-zaman. Akan tetapi didalam jadual ini hanya terdapat tarikh di dalam haribulan buruj.

Apa yang perlu, ialah menukarkan TARIKH MASIHI kepada TARIKH BURUJ dengan menggunakan satu lagi jadual seperti jadual 1 (sila rujuk entri sebelum ini)

Contoh, 30 September adalah bersamaan 6 LIBRA.

Cari tarikh 6 Libra di dalam jadual Ta'dil Azzaman, kita akan dapati jawapnnya ialah  - 10.
maklumat ketiga untuk Ta'dil Azzaman ialah -10 minit.
 
 
 
WAKTU ANGGARAN
 Memandangkan kita mengukur bayang pada waktu pagi, waktu anggaran bagi pagi ialah jam 6 pagi
maklumat keempat ialah 6 jam.
 
KIRAAN WAKTU JAM =
 
3 jam 12 minit, tambah
1 jam 19 minit, tolak
           10 minit,tambah
  6 jam 00 minit.
10 jam 21 minit.
 
Jadi, waktu yang diukur dengan rubu' tadi adalah pukul  10 : 21 pagi
 
Semoga bermanfaat.....jom raikan falak....

 
 

 

Friday, July 19, 2013

Salam....

Sudah agak lama tak meng'update'kan ruang ini...terpanggil untuk menulis meng'upload' beberapa maklumat yang di minta hamba Allah yang bertanya tentang Rubu' Mujayyab.

Jadual Hari Buruj


Jadual Ta'dil Az Zaman


Moga bermanfaat kepada yang bertanya...



Thursday, January 31, 2013

Pengajian Rubu' Secara Pondok

Alhamdulillah..ada kesempatan yang mendatang...ada masa yang terluang....bak rezeki yang terhidang, pada 30 Januari 2013, terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Madrasah Al-Imaniyah Ad-Dalawiyah, Jitra, Kedah untuk bersua muka dengan Pak Kiyai Hj Othman Bin Ahmad, seorang pakar falak dari Medan yang mengajar rubu' mujayyab secara pondok. Dengan risalah Taqribal Maqsod Fil Amali Bir Rubu'il Mujayyab, para pelajar madrasah tersebut dapat mengenali asas rubu' dengan mudah dan berkesan. Ternyata pendekatan tuan kiyai amat mudah diserapi dan diselami para pelajar yang mengikuti pengajian kitab falak itu selama 10 hari. Kesempatan berjumpa, bertemu malah berbual dengan guru falak ini, walaupun tak sempat mengaji...amat berharga bagi saya dan rakan-rakan falakpenang dan kedah.
Apa yang menariknya.....(hahaha...pinjam kata-kata Cikgu Mat Taufan) apabila pulang ke pejabat saya cuba membandingkannya dengan risalah jawi, Pedoman Bahagia karangan Tuan Guru Muhammad Soleh Bin Haji Harun Kemboja....memang ternayata sama...seolah-olah ianya terjemahan Arab - Melayu...







Kenapa saya katakan menarik.....? Sebabnya saya tidak lagi perlu bersusah payah menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu...walaupun saya amat suka membaca bahasa Arab tulisan lama yang amat indah bait-bait bahasanya. Apapun...jom raikan falak....dengan banyak membaca dan menelaah....

Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H


Salawat Dan Salam....Buat Nabi Junjungan Muhammad SAW...


Monday, January 21, 2013

Hilal Rabiulawal 1434H

Cerapan hilal atau anak bulan pertama bagi tahun 2013 diteruskan lagi dengan pelbagai agenda dan tujuan pencerap masing-masing. Ada yang mengejar kenampakan paling muda di Malaysia, ada yang melakukannya atas dasar tugas, ada yang melaksanakannya sebagi tuntutan ibadah dan ada yang mencerap bagi memastikan kesahihan data yang digunapakai selama ini. Apapun tujuan dan alasan rukyah itu dilakukan, ianya tetap suatu aktiviti yang memerlukan segala persiapan dan kesiagaan diri yang amat rapi. Kegagalan menyediakan peralatan yang secukupnya atau yang diperlukan perlu dielakkan. Apatah lagi perkara yang paling utama adalah diri pencerap itu sendiri. Kedatangan dalam keadaan tergesa-gesa dan kalut akan mempengaruhi minda dan emosi pencerap. Emosi yang tidak tenang dan terganggu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kerja-kerja merukyah dan peluang kenampakan bagaikan tipis. Namun segalanya terletak pada Yang Maha Kuasa, sedang Dialah yang menggerakkan awan dan meniupkan angin dengan kehendakNya. Jom raikan falak....