Wednesday, April 21, 2010

Biar Falak Berbicara ( 4 )

Tadi pagi....seawal jam 4.00 pagi, aku bersama krew falakpenang tiba di balai cerap UDM untuk menjalankan kajian fajar dan syuruk. Langit amat indah sekali....berbaring menatap langit Merang tadi pagi bagai menghadap sebuah skrin peta bintang yang besar....apa taknya...ribuan bintang bertaburan indah di langit...bagai pasir yang bersantai di gigi pantai lagaknya. Apa yang menariknya (meminjam kata-kata guruku, Cikgu Mat) tadi pagi....sang Scorpio sedang merangkak megah di langit Selatan....dengan jaluran lengan Bima Sakti merentasi di bahagian ekornya...sayang seribu kali sayang....kamera yang dibawaku dan Us Hardi tak mampu mendokumentasikan fenomena tersebut. Dibahagian utara, aku terpandang bintang Vega yang menjadi tanda bagi buruj Lyra....teringat aku akan kemunculan Hujan Meteor Lyrids pagi Sabtu ini....dan sekitar jam 5 pagi tadi,aku sempat 'menangkap' sebutir meteor yang terbit dari arah Vega, menuju ke ufuk laut. Hujan meteor lyrids ini sebenarnya bermula sejak 15 April lalu..tetapi kekerapannya amat kecil dan team falakpenang cuma menguar-uarkannya bakal berlaku pada 23 - 24 April kerana itu waktu kemuncaknya....walaupun tak sehebat meteor Geminids atau Leonids....Lyrids hanya berada dalam kekerapan 10 - 20 biji meteor sejam. Tadi pagi juga aku berjaya 'menangkap' sebutir lagi meteor dari arah barat langit Merang....agakanku ianya dari buruj Serpent atau Hercules...raikan falak.....biar falak berbicara seadanya...

No comments:

Post a Comment